Showing posts with label pembaziran makanan. Show all posts
Showing posts with label pembaziran makanan. Show all posts

Friday, June 26, 2015

PANAS!!! POLIS AKAN TANGKAP SIAPA YANG BAZIRKAN MAKANAN?


Berapa banyak sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia? Cukup untuk memenuhi 42 Menara Berkembar Petronas!

Pada 2005, kira-kira 7.34 juta tan sisa pepejal dihasilkan di Malaysia, cukup untuk memenuhi 42 bangunan yang bersamaan dengan saiz Menara Berkembar Petronas. Penghasilan sisa pepejal dijangka mencapai 30,000 tan sehari pada 2020. Daripada komposisi sisa pepejal itu adalah dianggarkan kira-kira 45% merupakan sisa makanan. (Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Ini tidaklah mengejutkan memandangkan rakyat Malaysia suka membazirkan makanan. Terlalu banyak makanan yang ditinggalkan di pusat makanan segera, kedai kopi, medan selera, restoran dan di rumah kita sendiri. Malah lebih banyak dibiarkan tanpa dimakan ketika acara rasmi, sambutan hari kelahiran dan majlis perkahwinan.

Pembaziran makanan menjadi masalah apabila masyarakat menjadi semakin mewah. Di Singapura pembaziran makanan mencapai 558,900 tan pada 2008 dan telah meningkat 6.2% sejak 2002. Rakyat Jepun membuang satu per empat makanan yang diperolehi manakala United Kingdom membuang 4.1 juta tan makanan. Di Amerika Syarikat, sehingga 30% makanan bernilai $38.3 bilion dibuang setiap tahun. Rakyat Australia membazir $6 bilion makanan setiap tahun – cukup untuk memberi makan seluruh negara selama tiga minggu.

Terdapat banyak sebab kenapa kita tidak sepatutnya membazirkan makanan. Antaranya adalah:
• Adalah salah dari segi moral untuk membazir makanan kerana masih terdapat ramai lagi orang yang lapar atau mati kerana tidak mempunyai makanan. Menurut Pertubuhan Makanan Sedunia PBB, sekitar 920 juta orang kelaparan di seluruh dunia, satu pertiga daripadanya adalah kanak-kanak. 
• Adalah dikatakan bahawa lima peratus makanan yang ditinggalkan oleh rakyat Amerika boleh memberi makan kepada empat juta orang untuk sehari. Makanan yang ditinggalkan oleh orang Perancis boleh memberikan makan kepada rakyat Congo dan orang Itali boleh memberi makan kepada rakyat Ethiopia yang mengalami kebuluran. (Sumber: The Yomiuri Shimbun, 28.07.2008). 
• Tidak wajar untuk membayar makanan yang anda tidak makan. Menurut WRAP, pemerhati pembaziran kerajaan UK, isirumah British membuang 20% daripada makanan yang mereka beli walaupun ia masih boleh dimakan. Purata kos pembaziran makanan isirumah ialah ₤420 (RM2,394) setahun.

• Membeli makanan yang tidak dimakan juga memberikan peningkatan permintaan makanan yang tidak benar bagi makanan. Pembelian makanan yang dibiarkan tidak dimakan akan meningkatkan permintaan yang tidak sepatutnya dan oleh sebab itu akan meningkatkan harga serta membebankan pengguna berpendapatan rendah yang membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk makanan. 
• Makanan dari kilang yang dibuang juga bermakna air dan tenaga yang digunakan dalam pengeluaran makanan itu juga dibazirkan dan ini adalah berita buruk bagi alam sekitar. 
Contohnya, secawan kopi memerlukan kira-kira 140 liter air yang digunakan untuk menanam, menghasilkan, membungkus dan penghantaran kopi. Sementara itu baju yang diperbuat daripada kokun yang ditanam di Pakistan memerlukan 2,700 liter air (Reuters, 22.08.08).

• Makanan yang reput dan bahan sisa organik lain di kawasan pembuangan sampah menghasilkan gas metana, 20 kali lebih bahaya daripada gas rumah hijau karbon dioksida.

SELANJUTNYA 

Thursday, June 25, 2015

WOW! RAKYAT MALAYSIA MEMBAZIR MAKAN SETINGGI KLCC SETIAP HARI!


Budaya pembaziran makanan dilihat semakin membimbangkan di Malaysia. Sanggupkah anda melihat makanan yang masih lagi 'dara' dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah?

Berdasarkan apa yang saya baca artikel di blog rasmi PPIM bertajuk - Pembaziran Makanan: Kenapa Tak Salurkan Sahaja Kepada Gelandangan?, ini sedikit sebanyak telah menyedarkan saya akan kepentingan makanan dalam kehidupan seharian.

Antara laporan yang menarik perhatian saya adalah jumlah pembaziran makanan yang tidak diusik adalah sebanyak 270,000 tan dan bersamaan ketinggian 30 bangunan KLCC!


Baca ni:
Walaupun ramai penduduk negara kita merungut akan kesempitan hidup kerana peningkatan kos sara hidup, tetapi majoriti dari kita yang masih mengamalkan budaya pembaziran secara tidak sedar. 
Tahukah anda, setiap hari pada bulan Ramadhan setiap tahun rakyat negara Malaysia membuang 9000 tan makanan yang ‘tidak diusik’ dan boleh dimakan? 
Jumlah ini bersamaan dengan 270,000 tan untuk sebulan dan jika disusun semula, ianya sama dengan ketinggian 30 bangunan KLCC! 
Berdasarkan sumber, jumlah makanan yang telah dibazirkan ini boleh dihidangkan kepada enam kali ganda daripada jumlah penduduk negara kita, iaitu 180 juta orang.
Adalah lebih baik sekiranya makanan yang 'tidak diusik' ini dikumpul dan diagihkan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti gelandangan dan fakir miskin. 
Disamping itu, makanan ini juga boleh diagihkan kepada tahanan lokap polis daripada dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah. 
Selanjutnya
Selain cadangan supaya makanan ini disalurkan kepada gelandangan dan pengagihan ke lokap tahanan,  Akta Kawalan Pembaziran Makanan juga disaran supaya diwujudkan.

Ini sedikit sebanyak mampu mengawal pembaziran luar biasa yang dilakukan oleh pihak hotel dan restoran mewah serta dapat mengurangkan kadar 270,000 tan ini.

Disamping itu, harga makanan juga tidak akan naik mendadak kerana permintaan yang 'masuk akal'.

MY SLIDESHARE UPLOAD