Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Saturday, May 5, 2018

SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN M!!



Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Kenyataan Media:




Saya ingin menjawab pertuduhan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap saya di ceramahnya malam tadi di Putrajaya: 
Tun, tolong ingat kembali apa yang telah berlaku dengan apa yang Tun ucapan malam tadi. 
Jika Tun menuduh saya pencuri, apakah yang telah saya curi sedangkan saya banyak menggunakan harta yang saya ada bagi membantu rakyat. Melalui kontrak mana yang saya ambil sedangkan saya telah diisytiharkan sebagai antara orang yang terkaya di Malaysia pada tahun 1992. Ketika itu saya adalah ahli perniagaan yang kemudiannya terlibat dalam politik aktif. 
Sudahkah Tun lupa, waktu Tun susah saya menyumbang tenaga mempertahankan Tun dari serangan reformasi. Tun lupakah jasa saya ketika itu? Saya telah berpihak kepada Tun walhal antara Tun dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Anwar lebih banyak sumbangannya dalam perniagaan saya. 
Satu lagi fakta yang dituduh Tun mudah lupa, saya digugurkan menjadi menteri sewaktu zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan dilantik terus menjadi menteri sewaktu zaman pentadbiran Datuk Seri Najib. Bila masa pula saya tidak menjadi Ahli Parlimen dan tidak terpilih menjadi menteri? 
Hakikatnya saya telah digugurkan menjadi menteri oleh Tun Abdullah. Saya telah menjawat jawatan menteri ini pada zaman Datuk Seri Najib. Ini adalah satu pembohongan yang besar. Biarlah jawapan saya ini memberikan pertimbangan kepada mereka yang cintakan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku dan saya dapat membuktikan bahawa Tun telah berbohong. Tun cuba menipu rakyat dengan andaian-andaian sebagaimana serangannya kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan YABhg Datin Seri Rosmah Mansor.
Tun, saya bukan pencuri… malahan dengan harta yang saya ada ini saya bersyukur kerana dapat membantu rakyat. Biarpun nilai harta saya semakin berkurangan saban tahun, namun saya gembira dapat membantu rakyat dengan duit yang saya ada. Menceburi politik tidak menambahkan harta saya sebagaimana dakwaan Tun sebaliknya ia semakin berkurangan. Saya gunakan harta saya untuk membantu rakyat dan juga warga saya di Putrajaya. Tun lihatlah sendiri pembangunan dan kemajuan yang ada di sini. Itu tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat. 
Tun, saya sedia maklum berkaitan program Tun malam tadi lebih awal lagi, dan saya telah minta kepada warga Putrajaya khususnya anak-anak muda agar tidak mengganggu atau melakukan sebarang kekacauan terhadap majlis Tun. Kami tahu bahawa orang luar ramai yang membanjiri sesi ceramah Tun, tetapi jangan lakukan fitnah. 
Tun, janganlah berpolitik dengan melakukan pembohongan cuba mengelirukan rakyat dan warga Putrajaya sedangkan penduduk Putrajaya telah menjadi sebahagian daripada keluarga saya selama ini. Saya juga sedia maklum bahawa jumlah penyokong yang hadir dalam ceramah Tun semalam bukanlah warga tempatan, semuanya sudah dirancang serapi yang mungkin bagi mengaburi masyarakat. 
Tun, jika Tun yakin dengan perjuangan Tun ketika ini, lakukanlah dengan berpaksikan kepada kebenaran tanpa melakukan fitnah demi fitnah terhadap pihak lain. Jika Tun yakin untuk menang, apa perlunya Tun membuat surat terbuka kepada orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dengan merayu untuk menyokong Tun sedangkan sebelum ini Tun sendiri yang mengkhianati perjuangan UMNO malah membuat pelbagai tuduhan kepada ahli-ahli UMNO. Bukankah lebih elok jika Tun membuat surat terbuka kepada anggota PKR yang Tun tandingi bagi memohon maaf atas reformasi yang dilakukan berpunca dari keputusan Tun dahulu. 
Tun, sudah-sudahlah. Zaman Tun sudah berlalu. Era pentadbiran, kepimpinan dan perjuangan Tun sudah tidak relevan lagi. 
Saya yakin, rakyat termasuklah para pengundi saya di Putrajaya akan bijak melakukan penilaian. Tun menggunakan saya sebagai bahan propaganda namun sesungguhnya apa yang Tun lakukan hanya membuka aib Tun sendiri. Sudah-sudahlah Tun, jangan mudah lupa, jangan perguna rakyat, jangan rosakkan bangsa, jangan binasakan negara. 
Sekian, terima kasih 
Tengku Adnan Bin Tengku Mansor


Thursday, July 3, 2014

MENGAPA MAJLIS BERBUKA PUASA TAK CUKUP MAKANAN PUN NAK SALAHKAN @tengkuadnanreal?


Saya ingin meluahkan rasa kurang selesa dengan artikel oleh blogger Kulaan Niring bertajuk Meja Menteri Wilayah Makan Mewah Tapi Orang Ramai Datang Makan Tak Cukup??? @NajibRazak.

Majlis berbuka puasa tak cukup makanan pun nak salahkan Ku Nan? 


Adalah jauh lebih baik jika balun pemimpin pembangkang daripada membalun Ahli Parlimen sendiri dengan 'point' yang sangat remeh-temeh macam ni. 

Sudah terang lagi bersuluh menu berbuka tersebut disediakan oleh pihak katering, bermakna KATERING TU YANG MASAK TIDAK CUKUP, BUKANNYA KU NAN YANG BAGI MAKANAN TAK CUKUP.
" Yang sedihnya waktu orang lain dah berbuka masih ramai yang tadah pinggan kosong macam orang mintak sedekah. Ada 2 katerer, satu katerer berbuka untuk masjid dan satu katerer lagi untuk majlis menteri. Menunya berlainan. Dah tentu yang majlis menteri tu lebih "special". Nasi dengan lauk katerer masjid pukul 7.20 dah habis tapi kat khemah menteri bersepah lauk-pauk. Apa lagi, rakyat jelata pun pegi la ke katerer majlis menteri. Nak tau apa waiter / waitress kata kat rakyat jelata, "kami terima arahan lauk yang berbaki tu untuk top-up meja kat majlis menteri sahaja" 
Inilah sebabnya rakyat makin marah dan meluat dengan pemimpin dan menteri kerajaan BN terutama menteri UMNO bila cakap berdegar-degar buat semua untuk rakyat tapi benda macam nie takkan la tak nampak tak tanya. Bukan jauh pun sebelah khemah jer. Cuba berenti sat makan turun tahta tu bertanya khabar rakyat dah makan ker belum. Dapat lauk nak berbuka ker tak "

Tak perlu nak salahkan menteri melainkan kalau dia betul-betul buat salah.

SAMBUNG NANTI... IDEA KURENG!! :p

Sunday, May 4, 2014

SIAPA YANG BERMASALAH SEBENARNYA? KU NAN ATAU BLOGGER DI PUTRAJAYA? @TengkuAdnanReal

Saya difahamkan bahawa kebanyakan Ahli Pemuda Bahagian Putrajaya kurang senang dengan tindakan beberapa rakan bloggers yang juga merupakan ahli pemuda bahagian itu kerap 'menghentam' Ketua Bahagian Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan).

Menurut blog Double-Y, perkara ini berpunca dan bermula sejak perletakan jawatan seorang Ketua Cawangan dibahagian Putrajaya rentetan ketidakpuashatiannya mengenai perlantikkan Pengerusi Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MBKB).


Apa sahaja yang diucapkan Ku Nan akan di 'spin' untuk menimbulkan imej negatif terhadap Ku Nan.
Contohnya: 

Seperti kata-kata mengenai penerima BR1M diperbesarkan konon tidak mahu ia dijadikan bola tanggung oleh PR.


Menurut blogger tersebut, Ku Nan telah menuduh bahawa penerima BR1M menggunakan wang bantuan untuk berjudi di kafe siber. Maksudnya Ku Nan membuat tuduhan ke atas penerima BR1M dan bagi dirinya tuduhan tersebut tidak berasas.

Persoalan disini ialah, Benarkah Ku Nan telah menuduh penerima BR1M? atau Kenyataan Ku Nan telah diputarbelit oleh blogger tersebut?

NAMUN PADA HAKIKATNYA IALAH SEPERTI DIBAWAH, BACA SENDIRI APA KENYATAAN DARI KU NAN...
Kenyataan Ku Nan:


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau kesal ramai penerima menggunakan bantuan itu untuk tujuan salah termasuk berjudi. 

“Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian).  
“Kompleks beli belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut,”
Ternyata bahawa, Ku Nan menyatakan keKESALannya terhadap segelintir penerima BR1M yang menggunakan wang bantuan tersebut kearah yang tidak patut. Ini adalah suatu kenyataan yang positif dan membina, kenapa perlu diputarbelit? Sepatutnya mesej sebegini patut sampai kepada rakyat.

P/S: SAYA ULANGI.. KESAL.... KESAL... KESAL........


Ia bukan satu tuduhan, soalan saya adakah blogger berkenaan faham apa Ku Nan kata. Justeru tidak timbul cerita Ku Nan menuduh penerima BR1M sebaliknya blogger tersebut menuduh Ku Nan. 
Terbukti ia bukan satu teguran kepada pemimpin, sebaliknya satu tindakan terdesak persis pembangkang kerana sengaja memutar belit kenyataan pemimpin UMNO di bahagian yang dianggotainya sendiri. 
 
Jadi memang betul kata-kata rakan-rakan pemuda bahawa blogger tersebut melakukan serangan secara MEMBABI-BUTA. 
Bagi saya tiada salah menegur seorang pemimpin, tetapi tegur dengan cara berhemah dan janga 'over spin' kenyataan pemimpin sendiri serta melakukan sindiran berbentuk provokasi terhadap rakan-rakan pemuda yang prihatin bertanyakan punca serangan ke atas Ku Nan.

Akhir sekali jangan ambil hati, dan jangan melompat dengan teguran ini kerana ia suara kalangan ahli pemuda UMNO Putrajaya sendiri.

Tuesday, September 10, 2013

[FOTO] #KalimahAllah: UPDATE!! TERKINI DARI #MahkamahRayuan

Sekitar perkarangan mahkamah rayuan putrajaya. Keadaan hingga jam 1120HRS.Dihadiri hampir 200++ orang. Mujur hari bekerja, kalau tak confirm sesak jalan.

Saturday, August 31, 2013

SAMBUTAN #AmbangMerdeka2013 DI #Putrajaya LUAR BIASA!! TARIKAN DARIPADA PERCIKAN BUNGA API NON-STOP!! #Merdeka56



PUTRAJAYA – Percikan bunga api membawa kilauan beribu warna indah menerangi langit Putrajaya menghidupkan Ambang Merdeka 2013 malam tadi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 Malaysia.

Selain dentuman dan percikan bunga api, ketibaan detik 12 malam menandakan tibanya 31 Ogos, tanggal keramat Malaysia merdeka pada 1957, tentunya disambut rakyat dengan penuh kesyukuran kerana mampu menjalani kehidupan di sebuah negara yang aman dan makmur.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai ribuan warga Putrajaya dan penduduk kawasan sekitar yang megah mengibarkan Jalur Gemilang, dalam acara utama Ambang Merdeka 2013 di Marina Putrajaya, yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Maritim Putrajaya, di Presint 5.

Beliau disertai isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-56, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan menteri-menteri kabinet.

Laungan “merdeka” penuh bersemangat oleh pengunjung yang hadir bergema membingitkan persekitaran kota pentadbiran negara menjelang detik 12 malam.

Pada majlis itu, Najib melancarkan Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013.

Selain pasukan Malaysia yang membuka tirai dengan persembahan bunga api memukau malam ini, lima negara peserta lain ialah Korea Selatan, Perancis, China, Amerika Syarikat dan Emiriyah Arab Bersatu.

Pertandingan itu berlangsung secara berperingkat mulai malam ini dan esok (Sabtu), disusuli 13, 14 dan 15 September dan 2 Oktober.

Sambutan di Marina Putrajaya itu juga dimeriahkan dengan penganjuran Konsert Ambang Merdeka yang membariskan artis tempatan.

Di KUALA LUMPUR, sambutan di sekitar Suria KLCC yang berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas meriah dengan pertunjukan air pancut berirama dan bunga api.

Di Dataran Merdeka, meskipun sambutan ambang merdeka kali ini tidak diadakan secara rasmi di situ, ia tidak menghalang orang ramai berkumpul bagi menantikan detik 12 malam.

Ada yang memperagakan kenderaan dengan Jalur Gemilang dan membunyikan hon bagi merai ketibaan 31 Ogos.

Di kawasan Bukit Bintang, pelancong asing menyertai warga Malaysia menyambut ambang merdeka.

Lebih menarik, sekumpulan pelajar Kolej Komuniti Selayang dilihat mengibarkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan suasana di sekitar Jalan Bukit Bintang. - ABN News

MY SLIDESHARE UPLOAD