Monday, June 30, 2014

[FOTO] ROSMAH DAN ROMBONGAN BAKTI ZIARAH ADIK FIRDAUS,

KEHADIRAN ISTERI PERDANA MENTERI MENGGEMBIRAKAN HATI REMAJA OKU, MOHD FIRDAUS.



KULAAN NIRING

Pagi ini bertempat di Wad Kanak-kanak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama dengan rombongan dari BAKTI telah sudi meluangkan masa menziarahi adik Muhammad Firdaus anak OKU yang baru-baru ini menggemparkan negara apabila berita anak kecil ini yang menderita dikurung oleh keluarga beliau diselamatkan oleh pihak Imigresen dan cerita mengenai beliau menjadi viral di media arus perdana dan media sosial.

Dalam kesempatan ini Datin Seri Rosmah meluangkan masa yang agak lama beramah mesra dan bermain dengan adik Firdaus yang dikhabarkan telah naik berat badannya sebanyak 2.3 kg semasa dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Kementerian Kesihatan dan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Kehadiran Datin Seri Rosmah juga diiring oleh ahli BAKTI yang terdiri daripada isteri-isteri pemimpin negara. Dalam "PC" beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menjaga adik Firdaus ini dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Ucapan terima kasih juga kepada Kementerian Kesihatan yang menjaga adik Firdaus di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban seterusnya kepada semua pihak media yang membantu.






Wednesday, June 25, 2014

KES REMAJA OKU: GAJI BERSIH PUAN LOLA RM1549.38... KESEMPITAN HIDUP APA YANG DIMAKSUDKAN?

Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai saluran untuk membantu.

Pengurus Kanan Modal Insan Brahim’s Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.

“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya itu dengan pihak syarikat ataupun Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.

“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38 dan, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk membuat pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.

Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih.

ROMBAKAN KABINET: DATUK @HishammuddinH2O AKAN KEMBALI MENJADI MENTERI DALAM NEGERI?

Nampaknya PM sudah beri 'signal' mengenai berita rombakan kabinet yang dilaporkan akan dirombak sebelum 1 Ramadhan ini.

Dengar kata, 5 muka baru akan diumumkan. Siapa agaknya? Satu muka sudah 'confirmed', 4 lagi siapa?

Khabar angin kencang mengatakan bahawa MP Teluk Intan merangkap Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong akan menggantikan hero 'Tragedi MH370', iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin akan kembali menjadi Menteri Dalam Negeri?

Petikan UTUSAN:

PM Bayangkan Rombakan Kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membayangkan kemungkinan melakukan rombakan Kabinet ketika beliau berucap merasmikan terminal klia2 di sini hari ini.

Pada akhir ucapan tersebut, Najib berkata, majlis tersebut mungkin program rasmi terakhir buat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

"Ini mungkin program rasmi Datuk Seri (Hishammuddin) sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," kata Perdana Menteri ketika merasmikan terminal berkenaan.

Sebelum ini, terdengar desas desus akan berlaku rombakan Kabinet tetapi tidak dapat disahkan.

Ia berikutan kemenangan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei lalu dan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA tahun lalu yang bersetuju menerima kembali jawatan dalam Kabinet. - UTUSAN ONLINE

MY SLIDESHARE UPLOAD