Penganalisis Politik profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff telah membariskan beberapa nama yang beliau fikir harus diberi lebih perhatian dalam pemilihan Umno yang akan datang.
Antara nama yang beliau sebut ialah, Datuk Mukhriz Mahathir bagi jawatan Naib Presiden, Khairy Jamaluddin bagi jawatan Ketua Pemuda, Datuk Suraya Yaacob bagi jawatan Naib Ketua Wanita, dan Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Datuk Saifuddin Abdullah bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
“Saya melihat merekalah barisan pemimpin pelapis yang mempunyai keupayaan dan wawasan untuk membawa negara ke depan,” kata Prof Agus dalam Facebook rasminya hari ini.
PEMIMPIN PELAPIS PARTI
“Apakah yang baru yang boleh ditawarkan oleh UMNO tanpa adanya calon muka baru yang bertanding? Apakah perubahan yang boleh diharapkan dari UMNO jika sekadar muka lama sahaja yang bertanding?” tanya Prof Agus.
Beliau berkata, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapatnya kerana melihat Datuk Mukhriz sebagai jelmaan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya tegas menyatakan ini adalah tanggapan yang tidak adil pada Datuk Mukhriz. Jika pun beliau masih dibayangi oleh ayahnya, saya fikir beliau tetap memahami aspirasi rakyat terkini,” ujar Prof Agus dalam Facebooknya.
Oleh sebab itulah beliau mahu melihat ahli UMNO menerima pencalonan Mukhriz sebagai pemimpin pelapis parti itu dan sekiranya UMNO terus berkuasa di negara ini, untuk melihat Mukhriz menjadi pemimpin negara seterusnya.
JAWATAN MAJLIS TERTINGGI
Tentang Datuk Nur Jazlan Mohamed, Prof Agus berkata, dalam pemilihan UMNO tahun 2008, beliau membuat kejutan apabila mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, tetapi kemudiannya terpaksa menarik diri kerana tidak cukup pencalonan.
“Apapun jawatan yang ditandingi Datuk Jazlan, saya beharap beliau dipilih oleh seramai 150,000 perwakilan kali ini. Sebagai seorang akauntan, beliau mempunyai idea baru untuk membawa perubahan kepada UMNO,” kata Prof Agus.
Rugi rasanya untuk negara jika pemimpin seperti Datuk Nur Jazlan diketepikan kerana untuk terus bertahan, UMNO perlukan pemimpin yang mempunyai jiwa dan roh pemimpin yang dapat memahami tuntutan dan keperluan semasa rakyat dan negara, tegas beliau.
Seorang lagi calon yang bertanding ialah Datuk Saifuddin Abdullah yang mempertahankan jawatannya di Majlis Tertinggi.
“Berkelulusan dari Universiti Malaya, saya melihat beliau berkeupayaan untuk meremajakan parti itu dengan menarik minat anak muda kepada UMNO,” ujar Prof Agus.
Tambah beliau lagi, “Gaya politiknya yang menerima perbezaan pendapat dan sederhana dalam banyak hal sepatutnya didokong oleh para perwakilan kerana sikap politik seperti inilah yang diperlukan oleh UMNO untuk kekal relevan dalam arus politik negara seterusnya.”
PEMUDA UMNO
Begitu juga dengan Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan kita. Berkelulusan Politik dan Falsafah dari Universiti Oxford, Prof Agus melihat beliau sebagai pemimpin muda yang dinamik, enegertik dan mempunyai idea yang segar.
Seorang kawan memberitahu Prof Agus, yang Khairy tidak sesuai menjadi pemimpin pelapis kerana semangat Melayunya yang kurang disebabkan sikapnya yang liberal.
“Tetapi saya berhujah sebaliknya, sikap liberal Khairy itulah kelebihan kerana ini menunjukkan beliau telah menonjolkan imejnya bukan sahaja sebagai pemimpin UMNO semata, tetapi juga sebagai pemimpin nasional,” jawab Prof Agus.
WANITA UMNO
Bagi Wanita pula, Prof Agus teruja dengan tindakan Datuk Suraya Yaacob menawarkan diri sebagai calon Naib Ketua Wanita.
Mengikuti perkembangan politik Wanita UMNO setakat ini, Suraya adalah seorang pemimpin yang mendekati rakyat. Berkelulusan dalam bidang undang-undang, Suraya dilihat sebagai seorang yang aktif melaporkan aktiviti hariannya bersama rakyat melalui facebook beliau.
Sikap beliau menunjukkan tahap kepekaannya yang tinggi kepada isu-isu masyarakat dan negara.
“Oleh itu saya lega apabila beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita kerana beliau adalah antara pemimpin yang saya harap memainkan peranan untuk memacu Malaysia ke depan,” kata Prof Agus. - The Malaysian Times
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MY SLIDESHARE UPLOAD
Blog Archive
-
▼
2013
(655)
-
▼
September
(92)
- #2 INI CERITA BUKAN KEMPEN TAU: KENAPA PERLU PILIH...
- PROTES DRACONIAN: APA MELAUN NI BERDEMO TOLAK ISA ...
- #BR1M: AKAN DIBERI DUA KALI SETAHUN DAN CUMA TUNGG...
- #PemilihanCEC: DASAR STATUS QUO. NO MALAY IN DAP.
- #PemilihanUMNO: CALON PERLU DIBERI RUANG JUMPA PER...
- #1 INI CERITA BUKAN KEMPEN TAU: KENAPA MP LENGGONG...
- #PemilihanUMNO: 30 CALON DARI KELATE TARIK DIRI?
- #ShamsulAnuar4MT: DIPILIH SEBAGAI JK HAK DAN KEBEB...
- PENDEDAHAN "SILENT MOVEMENT' SYIAH DI MALAYSIA
- DAKWAAN BAHAWA HARGA MINYAK NAIK TIDAK BENAR!! @ah...
- #PemilihanUMNO: APAKAH PERTARUHAN @AzwanBro UNTUK ...
- #Justice4TF: PENJELASAN @tunfaisal MENGENAI RAYUAN...
- #PemilihanUMNO: PENERANGAN RINGKAS SYARAT BERTANDI...
- #Justice4TF: NAH! ULASAN LENGKAP KENAPA @tunfaisal...
- #PemilihanUMNO #Justice4TF: EXCO PEMUDA TAK LAYAK ...
- #PemilihanUMNO: #ShamsulAnuar4MT DATO' SHAMSUL ANU...
- LAGI PENDEDAHAN MEMALUKAN DIDEDAHKAN OLEH BLOGGERS...
- #PemilihanUMNO: CALON FAVOURITES TELAH DIUMUMKAN S...
- #PemilihanUMNO: DS @Mustapha_Mohamed WAJIB DIKEKAL...
- #PemilihanUMNO: ADAKAH CALON MT #no60 @tunfaisal R...
- #PemilihanUMNO: #YBShamsulAnuar4MT MENGAPA YB SHAM...
- #OneBro4NKP: SATU PUJIAN PATUT DIBERIKAN, @AzwanBr...
- #PemilihanUMNO: PERTANDINGAN ADIK BERADIK CALON MT...
- SUPRISE!! OBAMA AKAN JADI TETAMU JEMPUTAN #Pemilih...
- #PemilihanUMNO: CALON EXCO NO. 46 PERLUKAN PELUANG...
- #PemilihanUMNO: @KhairyKJ MINTA DIBERI MANDAT UNTU...
- #YBShamsulAnuar4MT: KENALI CALON MAJLIS TERTINGGI ...
- #PemilihanUMNO: ADAKAH WAJAR ARIFF HAKIMI DIBERI P...
- #PemilihanUMNO: JOM KENALI CALON-CALON YANG BAKAL ...
- [CHAPTER 2] LAGI PENIPUAN DAP DIDEDAH!
- #OneBro4NKP [VIDEO]: BARISAN PEMUDA PERAK SOKONG P...
- [CHAPTER 1]: PENDEDAHAN PENIPUAN DINASTI LIM DALAM...
- PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA: KADAR KEMISKINAN '...
- #PemilihanUMNO: JOM KENALI CALON NAIB KETUA PUTERI...
- WAN SAIFUL WAN JAN: MELAYU BODOH YANG MAHU ARTIKEL...
- #PemilihanUMNO: PENGALAMAN @AzwanBro DIPERLUKAN UN...
- PEMILIHAN SEMULA CEC: KANTOI! SEBUAH BLOG KHAS MIL...
- ARIFF HAKIMI CALON EXCO PEMUDA DARI KELANTAN @Arif...
- #PemilihanUMNO: @KhairyKJ SIKIT PUN TARAK GOYANG M...
- CONFUSE!! MUKHRIZ TAWAR DIRI MAHU BERTANDING EXCO?...
- SENARAI RANKING BLOG PRO-KERAJAAN TERKINI!! @WRSyn...
- @khalidismath BIADAP!! MAIN-MAIN DENGAN NAMA ALLAH...
- #OneBro4NKP "MAYAT SEORANG TERRORIS SEPERTI CHIN P...
- #RazmanVSKJ: AGAK-AGAK BERAPA BAHAGIAN KENAL RAZMA...
- AHLI PEKIDA AKAN DIBERI KAD DAN CIP SEBAGAI BUKTI ...
- ABU MAYAT CHIN PENG TUDAK DIBENARKAN DIBAWA KE MAL...
- ARTIKEL KHAS SEMPENA #HariMalaysia50: "MELAYU PERL...
- KRITERIA PENTING UNTUK MENJADI KETUA PEMUDA UMNO. ...
- #PemilihanUMNO: GANERASI KE-4 PENGASAS UMNO TAWARK...
- #MEB: APA LAGI MELAYU MAHU? AYUH DENGAR SUARA PEMU...
- PENGURANGAN #SubsidiBahanApi: APA KESANNYA DALAM K...
- PEMILIHAN SEMULA CEC: DAP LANGGAR PERLEMBAGAAN PAR...
- JIKA AKAR UMBI GAGAL. MAKA, GAGAL LA SELAMANYA #Tr...
- #Syiah: MEDIA SOSIAL DIGUNAKAN SEBAGAI 'BALAI REPO...
- LAMBANG POLIS: STAF RTM DIBUANG KERJA!!
- HUSAM MUSA DIGUGURKAN JAWATAN EXCO ADALAH RANCANGA...
- #PemilihanUMNO: SELEPAS ARTIS, KINI BLOGGER PULA T...
- MALAYSIA NAK BENTERAS #Syiah DENGAN BANTUAN ASING??
- AYUH IMBAS KEMBALI SERANGAN 11 SEPTEMBER DI AMERIK...
- @AbbyAbadi112 BUAT MACAM NIKAH KAT THAILAND TU MAC...
- #Comango: AGENDA PEMBANGKANG UNTUK UBAH SISTEM KEA...
- #ExcoCandidates: SELAMAT PEGANTIN BARU SHEIKH NAFI...
- [FOTO] #KalimahAllah: UPDATE!! TERKINI DARI #Mahka...
- SKANDAL ADI PUTRA: 'SCREEN SHOT' PERBUALAN DIDEDAH...
- #KalimahAllah: DEMI "ALIF, LAM, LAM, HA", AYUH KE ...
- CALON NKP DI"HIJACKED" OLEH CALON EXCO DI MAJLIS K...
- THE ECONOMIST SAHKAN EKONOMI MALAYSIA PULIH!! @Naj...
- #Syiah: YAHUDI IS SYIAH!! SYIAH IS YAHUDI!! YAHUDI...
- TAHNIAH!! BUKTI RAKYAT MALAYSIA #AntiDemo !! DEMO ...
- KURANG AJAR TAHAP MAKSIMA!! BETINA HINA ALLAH DI F...
- PENDEDAHAN EKSLUSIF!! BUKTI CHIN PENG BUKAN WARGAN...
- ISU SKANDAL DENGAN ISTERI ORANG: APA KOMEN ISTERI ...
- $$$: BEKAS CEO YAYASAN PELAJARAN MARA DIJATUHKAN H...
- #PemilihanUMNO: KENAPA KITA WAJIB BERTINDAK SEGERA...
- SKANDAL GAMBAR LUCAH: ADI PUTRA TURUT BUAT REPOT P...
- #PemilihanUMNO: THIS IS #TF4MT!! #TF4MT!! @tunfaisal
- SALINAN REPOT POLIS KES ADI PUTRA HANTAR GAMBAR LU...
- [VIDEO] NILAI MATAWANG MALAYSIA JATUH, SEBAB KENAP...
- #PemilihanUMNO: KAMI SUDAH SIAP SEDIA!! @tunfaisal...
- ISU KENAIKAN HARGA PETROL: RAFIZI RAMLI KANTOI MEN...
- SEDIH... DETIK-DETIK AKHIR SEBELUM BANDUAN KE TALI...
- #PemilihanUMNO: KENAPA @tunfaisal LAYAK BERTANDING...
- AL-KISAH KEMBALINYA INSAN BERNAMA WAWA..
- MISTERI: ROH TENTERA SULU BERKELIARAN TUNTUT TANGK...
- LAGI FAKTA YANG MEMBUKTIKAN PETROL DI MALAYSIA MUR...
- ISU KUIL SRI MUNESWARAR: PUJIAN YANG PATUT DIBERIK...
- JANGAN HANYA TAHU MELENTING, KAJI DULU KENAPA HARG...
- MISTERI: KAMPUNG TANDUO DIDUDUKI OLEH ROH-ROH TENT...
- #LahadDatu: PENDUDUK KAMPUNG SIMUNUL AKAN DITEMPAT...
- KEJAM! MELAMPAU! MAYAT BAYI CUKUP SIFAT DITEMUI DI...
- #ThrowBack: VIDEO KHAS #OpsDaulat OLEH @PDRMSia UN...
- #TandaPutera: PAS SOUND LIM GUAN ENG SURUH TONTON ...
-
▼
September
(92)
No comments:
Post a Comment