Sunday, December 30, 2012

[FOTO] LIVE!! SEKITAR AMAN KAMPUS DI KUANTAN!! @AmanKampus

Seramai hampir 100 orang anak muda dari beberapa IPTA dan IPTS setempat telah menyertai Aman Kampus di Kuantan. Mereka telah tiba disini lebih kurang jam 5 petang semalam.

Tapi kali ni gua just sempat share moment sekitar Kampung Galing Kecil. Koramg tengok la sendiri betapa ikhlasnya diorang ni mencurahkan bakti walaupun tengah busy dengan final exam minggu depan.

For your information, Aman Kampus ni disokong penuh oleh Aspirasi Malaysia, 1 Malaysia Develepment Berhad (1MDB) dan banyak lagi NGO. Tahniah aku ucapkan! :)

P/S : kekalkan.. Good luck for your final :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[FOTO] MELAMPAU! DAP HINA ISLAM! KASI CINCANG INI ORANG!

Tindakan terbaru Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menyamakan al-Quran dan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah dalam laman sosial Twitternya kelmarin, bukan setakat menghina umat Islam malah menghina kitab suci al-Quran.

Sehubungan itu, aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mahu pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada kerana Koo Ham ternyata telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyifatkan perbuatan Koo Ham itu sebagai satu bukti jelas bahawa DAP sememangnya mempunyai agenda selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memperkatakan perkara sama.

"Ini bukan kali pertama Koo Ham membuat kenyataan yang menghiris hati umat Islam. Telah beberapa kali beliau lakukan. Oleh itu kita mahu pihak berkuasa bertindak atas kelancangannya itu.

SOURCE : http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/puk-mak-punya-ngeh-koo-ham-berani-lu.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 28, 2012

Terbaik... Belia Dah Boleh Daftar Untuk Rebet Smartphone Mulai Selasa Ini !!

Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan hari Khamis.

Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas. - bernama


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 22, 2012

BONGKAR! MB SELANGOR KANTOI BUSUK TIPU RAKYAT SELANGOR !!



Masih tak habis-habis isu air di Selangor. Kali ini pembongkaran mantap daripada kawan aku. Mampoih hang Khalid..

Khalid kata "Hak air untuk rakyat Selangor jika Penstrukturan semula air di Selangor berjaya"...apa sebelum ini rakyat Selangor tak pernah dapat air ka sampai Khalid gagap ni kata Hak Air untuk rakyat Selangor...
Putar belit Khalid “Pengurangan NRW sebanyak 10% akan menyelamatkan 500 juta liter air sehari” ini adalah amat dangkal sekali yang mana seluruh rakyat Selangor telah disabotaj. 
Kenapa disabotaj? 
Kadar air tidak berhasil (NRW) pada 32% tidak dapat diturunkan lagi adalah berpunca daripada tindakan Khalid sendiri yang telah mensabotaj rakyat Selangor. Kerana tindakan dialah NRW kekal 32%. Dia yang menjadi petualang rakyat Selangor apabila tidak meluluskan permohonan Capex Syabas untuk menaiktarafkan infrastruktur air di Selangor. 
Khalid menafikan yang dia tak bekukan CAPEX Syabas tetapi realiti yang berlaku adalah sebaliknya.. 
Bila Khalid dah bekukan CAPEX Syabas, maka SYABAS tiada modal untuk menggantikan paip-paip air yang kebanyakannya sudah usang. Anggaran sebanyak 6000 km paip yang perlu diganti di Selangor tetapi Syabas hanya mampu membaiki sebanyak 800 km sahaja kerana Khalid tidak meluluskan CAPEX Syabas. 
Jika paip usang ni tidak diganti, maka NRW tidak boleh diturunkan malah berkemungkinan akan meningkat. Maklumlah paip usang banyak masalah!!! ada yang bocor, ada yang tak boleh tahan high pressure...Nak ganti paip pun tak boleh sebab Capex tidak diluluskan Syabas...
Tindakan Khalid tidak meluluskan CAPEX Syabas telah menyebabkan pembaziran air (NRW)….bila nak buat loji rawatan air Langat 2 bagi menambahkan sumber air terawat Khalid tak bagi!! 
Dalam Risalah yang disebarkan kepada rakyat, Khalid kata kalau Penstrukturan berjaya maka “Rakyat Selangor tak perlu tanggung hutang dan kerugian syarikat konsesi” di Selangor...Sungguh mudah Khalid laksanakan tugas untuk sabotaj dan menipu rakyat... 
sambungan 

P/S : KALAU MACAM NI TADBIR NEGERI.. BAIK MATI LAGI BAGUS DARIPADA HIDUP.. PUIHHH !!!

Friday, December 21, 2012

PANAS!! ANWAR BALUN NIK AZIZ!!


Nampaknya semakin jelas menunjukkan bahawa PAS telah tergelincir jauh dari landasan mereka.  Mungkin segelintir daripada kita masih samar-samar pasal hal ni.

Dari Blog MIM :

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa kerajaan PAS Kelantan kurang bijak mengendalikan isu kontroversi salun gunting rambut di negeri itu. 
Menurut beliau, pengurusan kes yang lemah di peringkat negeri menggambarkan seolah-olah pentadbiran kerajaan PAS tidak sensitif dengan cara kehidupan orang bukan Islam. 
Justeru Anwar menyarankan agar kerajaan Kelantan meneliti setiap perundangan yang mahu dikenakan ke atas pengusaha salun. 
"Saya setuju. Isu salun ini diuruskan dengan lemah di peringkat kerajaan negeri (Kelantan) sepertimana yang dinyatakan oleh Exco, kita perlu faham cara hidup orang Cina dan Pakatan Rakyat perlu sensitif dengan isu yang melibatkan mereka,” katanya pada sidang media hari ini. 
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebelum ini dibidas kerana mengambil tindakan saman terhadap pengusaha kedai gunting rambut yang membenarkan pekerja wanitanya yang bukan beragama Islam memotong rambut pelanggan lelaki yang juga bukan beragama Islam.
Setelah dikritik pelbagai pihak termasuk pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat, DAP, Exco Kerajaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan undang-undang berkenaan dibekukan buat sementara waktu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, M Manoharan dipetik sebagai berkata, kerajaan PAS perlu sensitif terhadap perasaan kaum bukan Islam yang menyatakan pendapat tentang tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Kata beliau, PAS tidak perlu mudah tertekan apabila ada pihak lain yang memberitahu tentang kesilapan yang dilakukan.“PAS tidak perlu berasa tertekan apabila ada pihak yang mengetengahkan kesilapan.  
Mereka mesti menjadi sanggup menerima,” kata Manoharan merujuk kepada kenyataan Takiyuddin yang mendakwa penyokong PAS Kelantan mempunyai “niat buruk” apabila memberi respon mengenai isu tersebut. selanjutnya ..

P/S : PAS SESAT! TAK LAYAK JADI PARTI ISLAM!

MY SLIDESHARE UPLOAD