Wednesday, March 24, 2021

KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?








DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL

Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira kumpulan politik, NGO mahupun rakyat majoriti.

Terkini Mufti Negeri Sembilan menegaskan masih kekal dengan pendirian bahawa kalimah ALLAH adalah khusus untuk umat Islam sahaja.

Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, kalimah ALLAH itu, tidak boleh digunakan atau dikaitkan dengan agama-agama bukan Islam.

UNTUK BACA KRONOLOGI POLEMIK KALIMAH ALLAH - SINI

Proses perundangan yang sangat panjang membuatkan ramai berasa keliru dan mahu kerajaan persekutuan hari ini mengambil langkah sepatutnya bagi mempertahankan kesucian Kalimah Allah.

Alhamdulillah..

Pada 15 Mac 2021 Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) DS Hamzah Zainudin dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Satu tindakan yang amat wajar daripada KDN agar polemik ini dapat segera diselesaikan dan terus memelihara keharmonian seluruh negara.

Sama sama kita bersatu hati tanpa mengira fahaman poltik berdoa fahaman agar proses rayuan berkenaan berjalan lancar dan memberi kemenangan kepada umat Islam keseluruhannya..

ARTIKEL PENUH

Monday, March 15, 2021

KRONOLOGI: POLEMIK ISU KALIMAH ALLAH


BOLEHKAH KALIMAH "ALLAH" DIGUNAKAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM?



1. Polemik mula tercetus pada 31 Disember 2007 apabila pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah Allah. 

2. Pihak KDN menegaskan bahawa larangan yang telah dikuatkuasakan pada 1 November 2006 itu masih kekal.

3. Pada 3 Januari 2008, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin menyatakan bahawa mesyuarat Kabinet Malaysia telah mengekalkan keputusan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar masing-masing.

4. 16 Februaru 2009 pihak Gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam membuat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 16 Februari 2009 bagi mengisytiharkan bahawa tindakan pihak KDN mengeluarkan larangan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja adalah tidak sah. 

5. 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah memutuskan bahawa pihak The Herald mempunyai hak dari sudut perlembagaan untuk menggunakan kalimah tersebut selagi mana tidak disebarkan kepada umat Islam.

6. Pihak KDN telah segera memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu. 

7. Pada 14 Oktober 2013, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. 

8. Pihak gereja telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan pada 11 November 2013 dengan mengemukakan 26 hujah bantahan. 

9. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ketika itu saya selaku Yang DiPertua mengadakan beberapa siri jelajah negeri-negeri dan perbincangan Meja Bulat bersama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, NGO-NGO Islam, pakar-pakar perundangan Islam untuk mengatur strategi bagi menangani isu ini secara ilmiah dan memberikan pencerahan kepada masyarat.

10. YADIM mengatur dan memobilisasi hampir 1500 orang dikalangan NGO-NGO Islam untuk mengikuti proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.

11. Rayuan berkaitan isu ini akhirnya tamat pada 23 Jun 2014 apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan  menolak permohonan pihak gereja untuk menggunakan Kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly.

12. 10 Mac 2021 Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, memutuskan bahawa penganut Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

13. Hakim Mahkamah Tinggi ini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya untuk mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. 

14. Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang kalimah 'Allah' dalam penerbitan Kristian sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah di sisi undang-undang.


MY SLIDESHARE UPLOAD