Wednesday, July 31, 2013

PART 1: JOGHO KELATE VS JOGHO MALAYSIA. SIAPA LEBIH LAYAK?


Daripada artikel yang saya tulis sebelum ini [KLIK]

Luahan daripada blogger KELANTAN:

Cuba kita renungkan, kalau kumpulan pejuang maya yang punyai suara pun boleh dikencing, apatah lagi ahli biasa, dan sikap individu seperti ini sudah pasti menjadi satu ancaman kepada Umno, mana tidaknya, bila ia tidak amanah dan menimbulkan rasa tidak puas hati serta pemberontakkan dikalangan mangsanya atau orang bawahannya, sedikit sebanyak serangan fakta yang akan dilakukan oleh mangsa-mangsa itu tadi turut akan terpalit sama kepada parti. Kemudian jadi satu kerja pula ahli-ahli Umno untuk bersuara sumbang membela individu seperti ini.

Sebelum mangsa-mangsa tadi bangkit melakukan serangan dengan membongkar segala bukti yang saya difahamkan ianya sudah pun tersusun rapi dan hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja, eloklah jika ahli-ahli Umno mengambil sedikit iktibar dari apa yang berlaku itu dalam usaha untuk memartabatkan Umno sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan negara.


Seperti yang ditulis GK, siapakah yang telah mengencing pejuang maya yang mempunyai suara tanpa had itu?

Panjang kalau aku nak ceritakan kat sini. Diringkaskan, saya sebagai jentera yang pernah berkhidmat dengan 'ketua pejuang siber kelantan' kini hidup terumbang-ambing. Kenapa? Kerna beliau telah songlap sebilangan peruntukan yang sepatutnya sampai ke tangan blogger dan cybertrooper yang berpenat lelah berjuang bagi memastikan kemenangan BN di Kelantan.

Psst: Siap pergi Phuket dan Australia lagi tu guna duit songlap tersebut.  Tak tahu betul ke tak.

Pada awalnya, jentera siber dibawah kepimpinan beliau telah dijanjikan dengan bermacam-macam janji manis. Jika anda masih ingat, laman blog TUKAR KELATE pernah menjadi suatu laman blog yang sohor dan FB page TUKAR KELANTAN yang pernah menjadi rujukan utama facebookers tentang politik kelantan. Tak ketinggalan juga kedua-dua laman ini diiktiraf oleh Pengerusi UMNO Kelantan iaitu Tok Pa kita. 

Antara kejayaan blog tersebut ialah:
● Tarian Kucing Garong di UTUSAN


Atas dasar busuk hati yang teramat sangat kerana kedua laman ini ada perkataan TUKAR. Beliau (ketua pejuang siber) telah membuat satu 'game' sampaikan anak buahnya termakan dengan 'mulut busuk' yang dijaja beliau hingga pejuang siber tersebut jadi benci dengan ketua gerakan TUKAR, Jogho Kelate atau Kamaruddin Kassim.

Saya mahu DIA tampil untuk menjelaskan apa yang terjadi dalam masa 3 hari.

P/S: INI BARU PART 1. TUNGGU PART 2 PULAK

Tuesday, July 30, 2013

@NajibRazak VS @MuhyiddinYassin: KOMEN PRO PEMBANGKANG

Berikut adalah komen dari blog pro pembangkang. 

http://tukanglawan.blogspot.de/2012/07/muhyiddin-vs-najib-permaianan-sudah.html?m=1

Siapa Lebih Layak Memimpin? Jogho Kelate Atau Jogho Malaysia?

Dimanakah anak muda ini ? Sewaktu PRU 13 yang lalu beliau antara dari salah seorang yang dilihat paling 'kalut' bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Kelantan, dan pernah satu ketika, hampir jam 1 pagi, dimana orang lain sedang nyenyak tidur atau sedang ber'kopitiam', saya terjumpa beliau dan beberapa orang jenteranya yang sedang memasang poster gerakkan TUKAR di Jalan Lundang, namun sekarang, ketika mana orang lain sedang 'kalut' lagi 'ribut' menawarkan diri bertanding merebut jawatan didalam Umno, beliau pula sunyi sepi, membuatkan saya tertanya dimanakah beliau ?

Bukan berniat untuk menafikan hasil kerja atau sumbangan orang lain, tapi sekadar menyatakan kebenaran mengenai individu yang pernah tampil menghidupkan kembali suasana politik UmnoBN di Kelantan dalam PRU 13 lalu. Mungkin ramai dikalangan kita yang masih ingat dengan sebuah gerakkan yang dikenali sebagai gerakkan TUKAR, dan sebagai makluman, beliau jugalah perancang utama kepada gerakkan tersebut.

Sebuah gerakkan yang boleh kita anggap sebagai berjaya biarpun BN masih lagi gagal menawan negeri berkenaan, kerana kegagalan itu adalah disebabkan kegagalan yang dicipta sendiri oleh kebanyakkan jentera BN, namun bilangan kerusi yang dimenangi oleh BN tetap bertambah.

Berbalik kepada cerita mengenai individu ini, saya difahamkan 'sunyi sepi' beliau disaat orang lain sedang 'kalut ribut' adalah disebabkan sekarang ini beliau sedang mengerjakan umrah, mungkin sekembalinya nanti dari mengerjakan umrah beliau akan kembali aktif dan menawarkan diri untuk bertanding dalam apa-apa jawatan yang beliau rasa layak untuk digalasnya.

Pada pendapat peribadi, individu seperti beliau seharusnya diangkat oleh ahli-ahli Umno supaya kepimpinan Umno nanti akan terdiri dikalangan mereka yang agresif dan punyai idea yang boleh memberi manfaat kepada parti. Bayangkan jika mereka yang mengepalai sayap-sayap parti di semua bahagian di Kelantan merupakan individu seperti beliau, apakah anda rasa mustahil untuk BN mengambil alih pentadbiran negeri itu dalam PRU 14 nanti ?.

Pertelagahan pendapat dalam sesuatu hal memang sukar untuk dielakkan, tapi tidak semestinya kita menyempitkan fikiran dengan pertelagahan pendapat itu bagi kita menafikan kebolehan yang ada padanya. Tambahan pula jentera-jentera yang berkerja dibawah beliau yang setakat saya tahu tidak ada seorang pun yang merungut di'kencing' oleh beliau, masing-masing mereka berpuas hati.

Bagaimanapun jika kita pergi jauh sedikit, kita dapat melihat individu yang lebih kurang sebaya juga dengan beliau dan diberikan amanah untuk mengepalai sesuatu kumpulan, dan pada masa sama bercita-cita besar sama besar dengan 'bual'nya, terbukti cacar marba dan tidak amanah sekaligus boleh menjadi ancaman kepada parti jika individu seperti ini yang diangkat untuk menjadi pemimpin dalam parti.

Cuba kita renungkan, kalau kumpulan pejuang maya yang punyai suara pun boleh dikencing, apatah lagi ahli biasa, dan sikap individu seperti ini sudah pasti menjadi satu ancaman kepada Umno, mana tidaknya, bila ia tidak amanah dan menimbulkan rasa tidak puas hati serta pemberontakkan dikalangan mangsanya atau orang bawahannya, sedikit sebanyak serangan fakta yang akan dilakukan oleh mangsa-mangsa itu tadi turut akan terpalit sama kepada parti. Kemudian jadi satu kerja pula ahli-ahli Umno untuk bersuara sumbang membela individu seperti ini.

Sebelum mangsa-mangsa tadi bangkit melakukan serangan dengan membongkar segala bukti yang saya difahamkan ianya sudah pun tersusun rapi dan hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja, eloklah jika ahli-ahli Umno mengambil sedikit iktibar dari apa yang berlaku itu dalam usaha untuk memartabatkan Umno sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Justeru, mana-mana individu yang merasakan layak untuk bertanding jawatan didalam parti, pastikan anda benar-benar layak dan terbukti kelayakkanya setelah berpengalaman menjadi 'Jogho', kalau pengalaman menjadi 'Jogho' kumpulan pun gagal kerana tidak amanah, macammana nak jadi 'Jogho' untuk negeri ? Hah apa ? Nak jadi 'Jogho' Malaysia !!! lagi-lagilah brotherrrr!!! Anda Mampu Mengubahnya.

Gelombang Kick

Saturday, July 27, 2013

#PRKKualaBesut: ABE KU MASUK TUGAS TAK SAMPAI 24JAM DIUMUM SEBAGAI ADUN.

Dua belas jam selepas bergelar Yang Berhormat, Tengku Zaihan Che Ku Rahman dari Barisan Nasional (BN) turun padang dengan melawat Pasar Kuala Besut, untuk menemui rakyat dan membeli-belah.

Tengku Zaihan, 37, ditemani isterinya, Salbiah Othman, 34, dilihat keluar dengan sebuah kenderaan dan menuju ke pasar berkenaan yang menjadi tugas pertama selepas bergelar wakil rakyat.

Walaupun masih penat dan tidak cukup tidur, saya berusaha sedaya upaya menemui penyokong selepas diumumkan sebagai wakil rakyat” - Tengku Zaihan Che Ku Rahman, ADUN Kuala Besut

Beliau diumumkan pemenang dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon PAS, Endut @ Azlan Yusof, memulakan tugas pertamanya berjumpa penyokong di pasar berkenaan.

Bermesra dengan pengundi

Sebaik tiba di pasar itu, beliau dan isteri beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga serta pengunjung di situ.

Katanya, walaupun masih penat dan tidak cukup tidur, beliau berusaha sedaya upaya menemui penyokong selepas diumumkan sebagai wakil rakyat malam kelmarin.
“Selepas ini, saya akan menziarah seorang penduduk di Kampung Gong Nering, Kuala Besut yang dilaporkan meninggal dunia malam tadi,” katanya, ketika ditemui di sini, semalam. - Berita Harian

Thursday, July 25, 2013

#PRKKualaBesut: KEPUTUSAN DAN 'POST MORTEM RESULT'. (SUMBER DALAMAN)

Berikut adalah keputusan dan statistik penuh keputusan PRK Kuala Besut yang baru selesai semalam. Apa-apa pun tahniah buat calon BN, Tengku Zaihan dan takziah kepada Che Long, eh silap semoga Che Long boleh cuba lain kali.

DEDAH! RANCANGAN @MuhyiddinYassin MAHU SAILANG @NajibRazak DIBONGKAR!!

Hal ini mungkin sesuatu yang tak mustahil. Kerana Anwar Ibrahim pernah lakukannya sewaktu dia menjadi TPM dulu.

Menurut MALAYSIA CHRONICLES :

Sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa kini populariti timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengatasi bosnya Datuk Seri Najib Razak di dalam Umno.

“Malah isteri Muhyiddin (Hajjah) Norainee (Abd Rahman) lebih popular daripada (Datin Seri) Rosmah (Mansor),” kata sumber Umno itu yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Ditanya apa bukti beliau untuk menyatakan demikian, berikut ialah jawapannya.

“Ada orang terkenal daripada Universiti Malaya maklumkan kajiannya pada Muhyiddin. Dan beliau sangat gembira. Terbukti keputusannya untuk membisu tatkala orang war-war tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi dalam Umno adalah tepat,” kata sumber Umno itu lagi.

Menurut sumber Umno itu lagi, Najib kini semakin hilang pengaruh sepenuh di dalam Umno. Najib, katanya, kini terus diasak Tun Daim Zainuddin dan Tun Mahathir Mohamad.

“Ada orang sangat besar mengingatkan Najib bagaimana semua orang kanannya tewas di PRU13, tapi orang lain boleh menang. Contoh yang paling ketara ialah di Kedah, di mana Setiausaha Politiknya Datuk Sahlan Ismail tewas pada Datuk Mahfuz di Pokok Sena, tapi yang lain menang termasuk mengalah Mat Sabu. Najib terduduk apabila diingatkan perkara itu dan diberi amaran bahawa nyawanya sebagai presiden Umno kini di hujung tanduk,” tambah sumber Umno.

Beliau turut berkata sehingga kini perbincangan masih hangat samada perlu menggunakan pilihanraya kecil Kuala Besut sebagai titik permulaan menjatuhkan Najib.

Blogger pro-Mahathir dan bekas editor NST A Kadir Jasin menulis pada hari Ahad yang lalu bahawa Umno hanya akan berubah sekiranya mereka tewas di Kuala Besut.

“Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU. Wallahualam,” tulis Kadir.

Kadir turut berkata BN mungkin kalah di Kuala Besut sebagaimana ia tewas di Kuala Terengganu selepas pilihanraya 2008.

“Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.

"BN meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Media menguar-uarkan kemenangan besar bagi BN. Dia kalah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan defisit undi sebanyak 2,631.

"Tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, adalah besar. Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434,” tambah beliau.

Sumber Umno menyatakan bahawa Kadir sememangnya berharap agar Muhyiddin akan mencabar Najib sebagaimana beliau.

“Kadir dalam tulisannya menulis Muhyiddin 'tidak berminat' mencabar Najib kerana 'sudah penat' dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM sebenarnya sedikit tersasar. Muhyiddin cuma sedikit terkilan apabila Mahathir berkata tiada dalam Umno yang layak menggantikan Najib. Tapi Daim telah memberikan keyakinan semula padanya kerana kuat melobi jawatan presiden dipertandingkan.

"Bagi Muhyiddin, sekiranya Tan Sri membaca ini, tolong bertanding untuk selamatkan Umno daripada terus reput. Kami perlu kepimpinan yang baru. Kami hendakkan juga Puan Sri Noraini menggantikan tempat Rosmah. Semua ahli Umno kini hanya menunggu isyarat daripada Tan Sri. Asalkan Tan Sri bagi signal, kita semua akan bersatu di belakang Tan Sri untuk memaksa Najib mengundur diri daripada tewas di tangan Tan Sri,” rayu sumber Umno itu sebelum menamatkan perbualan.

Wednesday, July 24, 2013

ISU TANDAS: KEBENARAN YANG PATUT RAKYAT MALAYSIA TAHU!

Berkaitan dengan isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (SINI). Artikel tersebut 100% ditulis dalam English, dan berikut adalah terjemahan nya.

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.

3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.

4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.

5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.

10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .

11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.

Sumber: FB

P/S: SAYA BAGI AMARAN KEPADA PEMBANGKANG JANGAN CUBA CETUSKAN ISU PERKAUMAN!!

Tuesday, July 23, 2013

#PRKKualaBesut: PLEASE NOTE!! JANJI @barisanasional KEPADA PENGUNDI @kualabesut_!! #BN4KualaBesut #TolakCheLong

"BN akan meneruskan komitmen untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di Kuala Besut."
Itulah janji calon BN di N01 Kuala Besut, iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman A.K.A Abe Ku yang diilhamkan bagi memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan yang bakal 'ditaklukinya' terjamin.

Peningkatan infrastruktur dan pembangunan dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Seperti anak jati Kuala Besut seperti Abe Ku, dia mahu tengok kampung halamannya dibangunkan sejajar dengan aspirasi negara iaitu lebih maju dari sekarang especially dalam bidang pelancongan kerana Kuala Besut mempunyai kelebihan aset, iaitun Pulau Perhentian.

“Sebagaimana yang kita tahu, Kuala Besut merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian kita tahu pulau ini merupakan 13 pulau tercantik dunia kita akan selaras kemudahan asas di Kuala Besut merupakan gateway selaras ke arah bertaraf lebih tinggi mungkin bertaraf dunia,” - ABE KU

JIKA: Harapan PAS termakbul untuk seri dengan BN iaitu menang 16:16 kerusi. Dengan itu, Che Long (mulut plaster) sudah menanam hasrat dan berharap sangat-sangat kemenangan berpihak kepadanya supaya dapat mewujudkan “check and balance” dalam kerajaan negeri Terengganu. (Padahal nak kembangkan bisnes.. kan che long kan?)


CHE LONG APTB (APA PUN TAK BOLEHH......!!!)


“Kalau kita menjadi kerajaan kita banyak boleh membantu kalau jadi kerajaan tapi seandainya tidak jadi kerajaan Che Long akan berusaha membantu semampu Che Long untuk membantu seperti yang Che Long buat Che Long akan meningkat lagi InsyaAllah.” - CHE LONG PLASTER

Dari segi spiritialiti, kedua-dua calon dari PAS dan BN cukup yakin dengan aura kemenangan yang bakal mereka dapat pada esok hari. Tapi pemenangnya tetap seorang. Siapa? Kita tunggu keputusan pilihan 17,683 pengundi di Kuala Besut esok. 

#PRKKualaBesut: AMANAT DARIPADA DATUK @ahmad_maslan KEPADA SEMUA JENTERA @barisanasional!! Cc: @ kualabesut_ #BN4KualaBesut #Vote4AbeKu #BNMuda

Berikut adalah pesanan daripada Tok Mat kita kepada semua jentera parti ketika menghadapi hari pengundian.

Dari UMNO ONLINE:

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan meminta agar kesemua jentera Barisan Nasional (BN) melipat gandakan gerak kerja kempen dan memastikan segala tugasan yang diberikan berjalan lancar menjelang hari pengundian esok.

Menurut beliau, jentera BN juga perlu memastikan tugasan-tugasan yang diberikan dirancangkan dengan rapi dan teliti serta dilaksanakan sebaik yang mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah di hari pengundian nanti.

“Antara tugasan yang penting dan perlu diberi perhatian ialah potfolio pengundi luar, kenderaan, peraih undi, ejen pengiraan undi dan beberapa tugasan lain lagi." Itu antara enam potfolio yang amat penting menjelang hari pengundian nanti.

“Satu perkara yang saya ingin maklumkan ialah kita perlu ingat bahawa setiap undi amat berharga tidak kira  samada undi itu datang dari wanita, pemuda, dewasa dan golongan tua. Undi dari kesemua golongan itu amat penting untuk memastikan kemenangan BN pada hari pengundian nanti,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sementara itu, beliau juga meminta agar pengundi di DUN Kuala Besut agar tidak terpengaruh dengan slogan 16:16 yang didendangkan oleh pihak pembangkang sebagai modal kempen mereka.

“Sekiranya ditakdirkan Allah tiba-tiba Pas memenangi pilihanraya ini, mereka tidak akan dapat untuk mentadbir negeri Terengganu kerana BN mempunyai kelebihan satu undi yang datangnya dari speaker DUN iaitu Zubir Embong."

“Tetapi kita tak mahu kedudukan 16:16 kerana sekiranya perkara itu berlaku, negeri Terengganu akan menjadi tidak stabil , akhirnya rakyat juga yang rugi dan menjadi mangsa atas ketidakstabilan itu."

“Tapi sekiranya BN memperolehi jumlah kerusi asal iaitu 17 kerusi dan pembangkang kekal dengan 15 kerusi, maka Terengganu akan menjadi lebih stabil dan rakyat yang akan menerima kebaikan pembangunan, ekonomi dan sebagainya,” ujarnya.

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat dan pengundi di DUN Kuala Besut ini tidak terpukau dengan slogan 16:16 yang dicanangkan oleh pembangkang.

“Saya mohon agar pengundi  DUN Kuala Besut mengekalkan kemenangan BN di sini agar jumlah kerusi BN sebanyak 17 kerusi, apatah lagi memandangkan kerusi DUN Kuala Besut sebelum ini sememangnya milik BN,” akhiri beliau.

SUMBER: MediaUMNO

#PRKKualaBesut: DS @Zahid_Hamidi PESAN SUPAYA RAKYAT #KualaBesut JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN PAS! #TolakCheLong


Pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diingatkan supaya tidak mudah tertipu dengan kempen pembangkang termasuk kononnya tidak mendambakan jawatan Menteri Besar jika memperoleh kemenangan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan kononnya apa yang diumumkan kerajaan di Kuala Besut adalah atas desakan pembangkang hanyalah satu kempen mudah bagi meraih perhatian walhal kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti cukup perihatin dalam membela rakyat.

"Agaknya pada mereka BN ini tidak ada perancangan, hanya mereka yang lebih pintar kononnya. Sedangkan BN mempunyai keperihatinan tinggi terhadap rakyat tanpa mengira siapa suarakan asalkan untuk kebaikan rakyat.

"Jadi, saya harap pengundi di Kuala Besut tidak tertipu sekali lagi dengan kempen mudah sebegini, termasuk slogan 16:16 kononnya tidak membawa apa-apa makna kepada mereka," katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat keselamatan di Markas Taktikal Polis (Martek) di Kuala Besut, semalam.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang bahawa semua projek yang diturunkan kerajaan di Kuala Besut sepanjang kempen pilihan raya ini kononnya terjadi setelah dibangkitkan mereka.


Naib Presiden Umno itu turut menarik perhatian bahawa jika berjaya, teori 16:16 akan mewujudkan kerajaan tergantung di Terengganu yang akan mengudang ketidakstabilan politik dan pentadbiran di negeri itu.

Justeru, katanya pengundi Kuala Besut mempunyai peranan cukup penting dalam menentukan masa depan negeri itu kerana jika kerajaan tergantung akan berlaku kekecohan dalam menentukan siapa yang bakal membentuk kerajaan akibat jumlah kerusi yang seimbang itu.

Ahmad Zahid juga menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar sekiranya menang pada Rabu ini sebagai satu lagi perangkap yang akan memerangkap rakyat dan keadaan politik di Terengganu. - TRANSFORMASI13

Monday, July 22, 2013

#PRKKualaBesut: SEJARAH SILAM BUATKAN CHE LONG KALAH SEBELUM BERTANDING!!!

Perbezaan pendapat dan masalah dalaman antara Pas Besut dan pimpinan Pas Terengganu telah sedikit sebanyak menjejaskan kempen Pas dalam Pilihan Raya Kecil DUN Besut ini.

Difahamkan, hubungan dingin Pas Besut dengan Pas negeri telah menyebabkan bantuan jentera kempen Pas banyak didatangkan dari negeri Kelantan. 

Felo Penyelidik Utama dari Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof  Dr Mansor Mohd Noor dalam satu temubual eksklusif bersama astroawani.com berkata di Kuala Besut ini, Pas tidaklah sekukuh parti Umno yang lebih banyak bergerak ke akar umbi.

“Cumanya, kekuatan Umno juga banyak bergantung kepada kekuatan Tok Yih (Datuk Seri Idris Jusoh) yang merupakan Ahli Parlimen Besut dan pemimpun akar umbi yang banyak memperkenalkan Besut ke setiap negeri,” kata Dr Mansor.

Sebaliknya, Pas disini dilihat mempunyai pelbagai masalah dimana hubungan Pas Besut dengan Pas Terengganu agak ‘lain sedikit’.

“Perbezaan pendapat dilihat banyak menjadi penghalang bagi Pas Besut dan Pas Terengganu. Malah, pada awal kempen juga Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berada di Turki dan bukannya memberi tumpuan kempen di Kuala Besut ,” katanya lagi.

Oleh hal demikian, kempen-kempen calon Pas, Azlan Yusof atau Che Long banyak dibantu jentera-jentera Pas yang datangnya dari negeri Kelantan.

“Selain itu juga, jika dilihat dari calon, Che Long ini memanglah anak tempatan namun dia banyak bergerak di luar Besut seperti Kota Bharu dan jarang pulang ke rumah. Lazimnya, apabila mobiliti sosial berlaku, seseorang akan berpindah ke tempat lain dan jalinan hubungan dengan keluarga sendiri juga akan terputus. Che Long dilihat baru nak membina semula jalinan itu dan ianya bukan satu perkara yang mudah,” kata Dr Mansor.

Selain itu, hubungan Pas dalam Pakatan Rakyat juga tidaklah bersatu dan pada akhir-akhir ini Pas melihat Parti DAP yang berada dalam Pakatan Rakyat pula sebagai liabiliti kepada mereka.

“Isu-isu politik nasional berkaitan dengan Islam, Karpal Singh dan MP Perak adalah antara isu-isu yang sebenarnya akan merugikan pengundi Pas dari sudut pengundi Melayu,” kata beliau.

Sementara itu, meski secara kasarnya dilihat Barisan Nasional mampu memenangi PRK Kuala Besut ini, Prof Dr Mansor membayangkan pengekalan majoriti seperti Pilihan Raya Umum yang lalu dilihat tampak sulit.

“Pilihan Raya Kecil ini membuka ruang kepada rakyat untuk mengubah segalanya dan ini agak sulit bagi BN untuk mengekalkan amjoriti yang dicapai pada PRU lalu,” kata Dr Mansor.- AWANI

Saturday, July 20, 2013

#PRKKualaBesut: PENCERAMAH IMPORT TAKTIK LAPUK PAS BURUKKAN UMNO SAMARKAN MATA ORANG KAMPUNG!


Nampaknya PAS yang semakin tertekan dengan reaksi pengundi di DUN Kuala Besut yang memberi reaksi positif kepada BN menggunakan 'taktik lapuk' mereka iaitu dengan menjemput 'otai' PAS iaitu Nik Aziz untuk memberi ceramah di sekitar Kuala Besut ini.

Nik Aziz yang tak lain tak bukan hanya tahu untuk menghentam kerajaan pusat sahaja dalam ceramahnya. Ini kerana beliau ingin rakyat rasa berdendam dengan kerajaan pusat sepertimana beliau berdendam dengan kerajaan pusat.

My Media Lab

PRK kuala besut menyaksikan kempen dan gerakan kerja kedua dua pihak yg perlahan, disebabkan Bulan ramadhan gerakan Kempen berjalan dalam keadaan aman dan teratur dan tiada lagi perkara yg buruk berlaku..

Pendekatan Kempen yg digunakan oleh PAS seperti biasa yg mereka lakukan iaitu dengan berkempen berceramah di sekitar DUN Kuala Besut dengan memanggil penceramah luar untuk membantu jentera parti mereka dan seperti biasa ceramah mereka tidak lain hanya menhentam kerajaan Pusat.

Walaupun gerakan mereka berceramah, jarang melihat Calon PAS yakni Cek Long sendiri berucap dikhayalak ramai mungkin disebabkan calon PAS ini gugup bila bercakap dan akan bercakap merapu, walaupun dia disoal oleh pihak wartawan tiada jawapan yg akan diberikan ini kerana beliau telah diberi arahan untuk menutup mulut dari mengeluarkan sebarang kenyataan kepada wartawan.

Di Kampung Beris Pak Abu Semalam Pas telah menurunkan Nik Aziz Mursyidul Am PAS, IK KOL bersara TUDM hj Mohd Nazari dan Calon PAS sendiri yakni Cek Long yg mana telah menarik lebih kurang dlam 1000 – 1200 orng penyokong PAS yg hadir untuk mendengar amanat yg cuba diberikan.

Rata rata yg hadir untuk mendengar ceramah tersebut adalah orng dari luar dan hanya segelintir sahaja rakyat tempatan. kelihatan anak anak muda Kuala Besut sedang sibuk bermain FUTSAL dari menghadiri ceramah PAS..

PAS bergitu terdesak untuk menang sampai kan terpaksa menurunkan IKON mereka yakni N. Ajis walaupun dalam keadaan uzur dan keletihan dia diangkut seperti MAYAT HIDUP ke hulu hilir untuk membantu Kempen di PRK Kuala Besut.

Dalam keadaan Uzur N. Ajis hanya boleh berdiri berucap selama 15 minit sahaja, dan isi isi ceramah N. Ajis seperti biasa hanya menyalahkan kerajaan pusat dan dia sahaja yg betul.

Amanat N. Ajis semalam dia berang kerana dituduh selama 22 thn pemerintahan dia tiada satu pun masjid yg didirikan dikelantan, dan mengambil cth dari Nabi SAW yg mana dalam kenyataan beliau “selama 30 thn Nabi SAW memerintah madinah hanya satu sahaja Masjid yg dibina di madinah iaitu Masjid Nabawi”..

Dan antara lain di dalam ucapan N. Ajis mengatakan bagaimana UMNO hendak memperjuangkan nasib orng melayu sedangkan UMNO itu sendiri adalah perkataan English iaitu United Malay National Organization sampai tergulung gulung lidah N. Ajis tidak dapat menyebutnya.

Pekara lain dari kenyataan nik aziz ialah kerajaan sekarang menolak ISLE dan semua yg kerajaan buat semua salah dan hanya dia sahaja yg betul. Agak sedikit pelik kerana tiada Hudud di dalam ceramah ceramah PAS, adalah meraka sudah diberi amaran oleh pihak DAP?

PAS yg hanya menjadi BARUA dan sanggup mengadaikan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA kepada kapir lanatullah DAP yg terang terang telah menolak dan menghina ISLAM dan Bangsa Melayu di negara ini.

Oleh itu kita seharusnya pandai untuk membuat pilihan dan melihat sendiri kejayaan yg telah dibuat oleh pemimpin UMNO sekarang dan yg lepas yg mana telah berjaya terbukti dalam membangunkan negara ini dan menjaga keamanan walaupun rakyatnya yg berbilang bangsa dan agama..

Bukan hanya mendengar Ceramah yg mana mereka sahaja betul (PAS) yg orng lain semua salah, sedangkan sudah jelas yg mereka adalah Golongan yg menolak islam dan tunduk kepada Kapir DAP. Sehinggakan Kerajaan ISLE mereka ditukaq kepada kerajaan Kebajikan dan Hudud Mereka hanya hanya boleh dilaksana apabila DAP memberi keizinan. - KAKI RAYAU KB

#PRKKualaBesut: FINALLY.. KEKEJAMAN PAS DIDEDAHKAN! CALON PAS #N01KualaBesut BOLEH JAWAB?


Tak sangka kezaliman PAS di Kuala Besut akhirnya didedahkan sendiri oleh MANTAN AHLInya sendiri. Saya yakin, Che Long mesti kenal dengan Pak Cik yang ditemuramah ini. Tapi walau bagaimana pun, Che Long takkan berani tampil kedepan menjawab pendedahan yang didedahkan. Itu pasal BN sentiasa mahukan calon yang tidak diplaster mulut untuk bercakap dan menjawab hujah-hujah dihadapan media. Pak cik ini pun steady. Beza banyak dengan Che Long Plaster.


JANGAN LUPA TONTON VIDEO INI JUGA!


Friday, July 19, 2013

#BN4KualaBesut! RATUSAN ANAK JATI #N01KualaBesut SAMBUT KEHADIRAN DATO' @razaliibrahim!! @ahmadmaslan @tunfaisal

Hebat! Ratusan motosikal mengiringi konvoi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Dato' Razali Ibrahim.

Ahli parlimen Muar yang tiba pagi tadi itu membuat lawatan ke 10 buah rumah di Pusat Daerah Menggundi (PDM) Seberang Barat Luar dan memberi bantuan kepada keluarga berkenaan.

Semasa melawat salah sebuah rumah di kawasan PDM berkenaan,beliau turut mencadangkan agar warga kurang upaya (OKU) diberikan bantuan laptop dan broadband sebagai salah insiatif memajukan ilmu pengetahuan melalui internet dan juga sebagai langkah awal perniagaan secara 'online' jika mereka berminat

Beliau dijangka meneruskan lawatan ke kawasan-kawasan PDM yang lain selepas solat Jumaat untuk aktiviti 'Pemuda Prihatin'.

Turut serta dalam lawatan Naib Ketua Pemuda ini ialah Exco Pemuda UMNO Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Tun Faisal Ismail Aziz.

Sumber dari blog Brader Jai: http://braderjai.blogspot.com/2013/07/ratusan-motosikal-iringi-konvoi-lawatan.html?m=1


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ALHAMDULILLAH.. SERVIS TEKSI BAKAL DINAIKTARAF DALAM MASA TERDEKAT INI.

Tak sangka sebenarnya sebab terbaca news pasal ni tadi. Hope semua berpuas hati dengan apa yang dibuat ini gunakan public transport untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.  Especially kat KL.

Dipetik dari THE STAR:

In the near future, brown Proton Exoras will become the face of Malaysia’s taxis, much like New York’s yellow cabs and London’s black cabs.Land Public Transport Commission (SPAD) chairman Tan Sri Syed Hamid Albar said that the 1.6-litre MPV model will be the nationwide standard for all new Malaysian taxis.“This (Proton Exora 1.6) will be the standard bearer for the future. “We’re going to do away with all these different colours,” he told reporters at SPAD headquarters.He said that the spacious Exora was chosen for its comfort factor, with specifications for more headroom, legroom and larger baggage space.The move was one of many that SPAD was doing to standardise the taxi industry, which until now used all types of cars and colours.Syed Hamid said that customers would not have to pay higher fares for riding in the new Exoras, adding that the rates would start at RM3.The Exoras will come in manual or automatic transmission models, have either petrol or factory-fitted natural gas vehicle (NGV) models, and will be priced at RM64,000 and above.Drivers of existing models, he said, would not be forced to convert their cabs to the new standard immediately. Instead, they would be asked to use the Exora only when the permits on their current models expired.“Existing taxis have an expiry period. It will take time and they may take up to 10 years to expire.“After that, we want them to migrate to a better specifications,” he said.The first models are expected to hit the road in early September.Syed Hamid said SPAD was also looking into installing Global Positioning System (GPS) units in all new and existing taxis.Calling it the Centralised Taxi Service System (CTSS), he said that the GPS units would allow SPAD to monitor the movements of cabbies nationwide.“This is something we are going to centralise for all taxis. Even current ones will have to install a GPS,” he said.In light of recent crime cases, Syed Hamid said that SPAD was also looking into closed-circuit television systems (CCTV) and panic buttons for security reasons.Syed Hamid said that SPAD had been studying London and New York’s taxis in an effort to make Malaysian cabs more identifiable.He said it would be best for Malaysia to have a mix of individual and company-based taxi licences.“We are now looking at whether there are any dormant licences, or whether there are any drivers who have lost interest. We’ve found quite a number recently, and we’ll keep on (issuing) licences as a continuing exercise,” he said. - THE STAR

#PRKKualaBesut: CALON PAS #N01KualaBesut DIARAH ZIP MULUT BUKTI DIA TAK LAYAK MEMIMPIN!!!


Malu! Sangat memalukan! Boleh angkat kaki dah Che Long oi....

Che Long A.K.A Calon Boneka PAS berstatus Kontraktor Kelas A yang bertanding untuk merebut jawatan ADUN di 'gelanggang' PRK DUN N01 Kuala Besut. Secara asasnya, secara sedar atau tidak dia sedang bergelut dengan sesuatu keadaan yang secara amnya menjatuhkan imejnya secara tersirat. GAGAL!

Apa yang sangat menggelikan perut ialah apabila PAS memberi kata putus supaya dia 'zip' mulut untuk memberi kenyataan secara spontan kepada media. Alasan yang diberikan pula agak bodoh, takut dan tidak  relevan dengan apa yang sedang dilakuu di era kini iaitu:- "TAKUT DI'SPIN' OLEH MEDIA (BLOGGER DAN AKTIVIS MEDIA SOSIAL PRO-BN). 

Wuishh! Kenapa calon-calon PAS yang lain boleh?  Che Long tak boleh? Mesti ada 'something' yang membuatkan dia diberikan arahan sedemikian. Berbeza dengan calon yang BN pertaruhkan, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. Jika dilihat dari sudut fizikalnya yang kemas pun sudah cukup untuk menggambarkan dia aadalah seorang pemimpin. Dia juga berpelajaran tinggi dan berani mendekati penduduk walaupun usianya yang muda. Yang penting sekali dia tak cakap kelam kabut macam Che Long. Hehehe. 

That's our LEADER!! 

Seharusnya, sebagai pemimpin yang mahu memimpin rakyat, dia perlulah BERANI. Contoh paling mudah ialah berani memberi pendapat kepada umum. Macam mana dia nak memimpin penduduk Kuala Besut ni? Sedangkan dirinya sendiri pun masihbtak terpimpin dan kelam kabut walaupun boleh dikategorikan sebagai golongan yang elit? 

P/S: Jika saya Che Long, saya sama sekali akan UNDUR DIRI. Hahaha! Bagi pendapat saya, Che Long TAK LAYAK MENJADI ADUN DI DUN KUALA BESUT! 


Thursday, July 18, 2013

#PRKKualaBesut: PENDUDUK DUN #N01KualaBesut BAKAL TERIMA 500 UNIT RUMAH MAMPU MILIK!!


Hebat sungguh habuan yang bakal diterima oleh penduduk DUN N01 Kuala Besut sekiranya BN berjaya pertahankan kerusi di sana. Bukan sengaja MB Terengganu, DS Ahmad Said menabur janji sebegitu. Sekiranya 500 buah unit rumah tersebut dibina, secara automatikalnya petempatan dan peluang pekerjaan akan berkembang. So, ini akan membuka peluang kepada penduduk setempat supaya dapat lebih agresif dan secara tak langsung dapat mendapat hasil yang lebih lumayan dengan perkembangan petempatan tersebut. 

SEKIAN!

Dipetik dari blog PRK N01 KUALA BESUT:
500 buah unit rumah akan dibina di Kuala Besut jika Barisan Nasional (BN) menang pada pilihanraya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini. 
Demikian menurut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sebagai janji kepada penduduk Kuala Besut jika memberikan kemenangan besar kepada calon BN. 
Projek itu bakal menjadi kesinambungan kepada projek 72 unit pangsapuri rumah mampu milik di Kampung Tok Saboh Kuala Besut yang bernilai 10 juta ringgit. 
“Kita buat bukan pilihanraya ini sudah rancang maknanya di Kota Bahru rumah siap 550 unit yang sedang dalam binaan 200 unit di Pulau Perhentian 32 bina untuk mangsa ombak kita berjanji menang selesa akan tambah lagi 500 maknanya lebih 1000 rumah di Kuala Besut ini,” Ahmad. 
Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri Terengganu di Kuala Besut. 
Isu perumahan menjadi antara permasalahan membelenggu penduduk di Kuala Besut. 
Kebanyakan yang tidak mempunyai tanah persendirian, menyebabkan mereka terpaksa menyewa. 
“Kuala Besut ini masalah rumah kebanyakan penduduk kawasan Kuala Besut merupakan sewa sahaja dia tidak mempunyai tanah asas sendiri dari turun temurun sewa tanah jadi bersesuaian kerjaaan bina rumah baru seperti pangsapuri kebetulan dapat selesai masalah sekitar Kuala Besut.” 
Dalam pada itu, Ahmad Said mengakui kekurangan tanah kerajaan antara punca timbul isu perumahan. 
Dasar kerajaan negeri Terengganu adalah semua rakyat negeri itu berhak mendapatkan satu lot tanah untuk tapak rumah atau pertanian. 
Namun tidak ramai yang mampu memperoleh tanah milik persendirian.

#PRKKualaBesut: JANGAN TAKSUB AKAN POLITIK, KERNA ITU SEMUA AKAN BAWA KEPADA KEMUDARATAN!!


Umat Islam diingatkan bahawa perbezaan fahaman dan ketaksuban dalam berpolitik akan membawa kemudaratan dan kehancuran kepada negara dan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebagai bukti, kemelut itu berlaku di beberapa negara termasuk Mesir dan adalah tidak mustahil akan turut melanda Malaysia jika rakyatnya berbeza fahaman dan terlampau taksub dalam berpolitik

"Gejala seumpama itu juga sudah pasti akan menghancurkan perpaduan kalangan umat Islam hanya disebabkan fahaman politik sempit," katanya ketika berucap dalam mesyuarat dengan Penyelaras Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Besut di Balai Raya Kampung Beris Lampu, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seterusnya meluahkan rasa bimbang dengan masalah itu yang akhirnya merugikan rakyat khususnya umat Islam sendiri.

Yang hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Sosioekonomi) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Zubir Abdul Ghani dan Ketua Pengarah Kemas, Datuk Hassan Mohd. Amin.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Mohd. Shafie berkata, seluruh jentera BN dan UMNO perlu bergerak dan diselaraskan mulai sekarang bagi memastikan kemenangan BN di kawasan itu.

Beliau risau sekiranya penyelarasan tidak dilakukan, matlamat untuk mempertahankan kekuasaannya di Kuala Besut tidak akan dicapai.

"Penyelarasan di segi gerak kerja perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh, saya bimbang sangat kalau kita tidak ada penyelarasan.

"Usaha ini penting untuk membolehkan kita menyelami kehendak dan keperluan rakyat seperti berkunjung dari rumah ke rumah," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap seluruh penggerak jentera parti jangan membuang masa untuk memulakan gerak gempur bagi memastikan kemenangan BN dengan majoriti lebih besar pada 24 Julai ini. - UTUSAN



#PRKKualaBesut: #Salute!! RIDER TRAFIK PUTUS KAKI AKIBAT EKSIDEN KETIKA BERKHIDMAT! @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Satu kemalangan melibatkan pegawai Trafik didalam PRK N01 Besut. Kejadian belaku di Hadapan SK Alor Peroi, Kuala Besut lebih kurang pada pukul 4.40 petang semalam ianya melibatkan motosikal Peronda Trafik jenis VFR bernombor pendaftaran WPV 2542 dan Kereta proton bernombor pendaftaran TAR 9252 .

Kejadian itu berlaku semasa G/17408 FARID HASNI BIN MAMAT (33 thn) dari KONTINJEN MELAKA dan ditugaskan di Kuala Besut sempena PRK Kuala Besut.Mangsa ditugaskan membuat rondaan bersama Asp Zainal dengan menaiki motosikal. Dari apa yang telah diceritakan oleh FARID ketika selesai rawatannya Kuala Terangganu. Sebuah kereta dari arah jalan Semerak datang dengan laju memotong kenderaan lain (double line).


Asp zainal yang berada dihadapan mengelak (sedikit bergesel), namun mangsa yg brada di belakang motosikal Asp Zainal tidak sempat mengelak (bertembung), motorsikal dan mangsa tercampak ke kiri jalan dan melanggar tembok sekolah (kaki kanan putus . dijumpai diruntuhan tembok) manakala mangsa dan motor melambung 10 meter dari runtuhan tembok.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulan. Pemandu Kereta bernama Mohd Burhanuddin bin Mohd 19 tahun masih lagi pelajar akan ditahan untuk siasatan lanjut.

#HinaIslam: PASANGAN ALVIN DAN VIVIAN JUNJUNGAN #PR BAKAL DIPENJARA!!


Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook baru-baru ini, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, hari ini.

Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata mereka akan menghadapi tiga pertuduhan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.“Alvin dan Vivian akan tampil di Mahkamah Jalan Duta esok (hari ini) selepas siasatan ke atas mereka selesai dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Penjara lima tahunDi bawah akta itu, mereka yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua hingga lima tahun serta denda tidak kurang RM5,000 atau kedua-duanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, pula berkata mereka dijangka tampil bersama peguam pada jam 8.30 pagi.

“Setakat ini Polis Kuala Lumpur gagal menghubungi mereka selepas diminta menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

“Namun, mereka menghantar SMS kepada pegawai penyiasat di Seremban dan memberitahu akan datang ke Bukit Aman.

“Difahamkan tindakan mereka ke Bukit Aman atas nasihat peguam yang akan mewakili mereka. Sekiranya gagal hadir, polis akan menge-luarkan waran tangkap,” katanya.

Chin Wah berkata, kertas siasatan dibuka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis selepas menerima tiga laporan polis daripada badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini.

Isnin lalu pasangan itu disoal siasat hampir 11 jam di pejabat SKMM, di Jalan Tun Razak, di sini, bagi memberikan keterangan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalah guna kemudahan media sosial.
Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore (NUS) didakwa mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar dalam laman sosial Facebook mereka menikmati hidangan dengan keterangan gambar ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi), wangi enak dan menyelerakan’ berserta logo halal.
Umat Islam marahTindakan mereka bukan saja menimbulkan kemarahan umat Islam, malah mendapat tentangan kaum Cina sehingga Pengerusi Social Care Foundation, Tan Sri Robert Phang, menyifatkan tindakan mereka melampau dan menyentuh sensitiviti umat Islam. - SUMBER

INILAH YANG DIBANGGAKAN PAKATAN RAKYAT SEBENARNYA.. BUKTINYA? 


lagi!!

[FOTO] #PRU13: Gambar Nurul Izzah Berpelukan Dengan Sundal. [KLIK!]

http://tenteramaya.blogspot.com/2013/04/foto-pru13-gambar-nurul-izzah.html


#PRKKualaBesut: SPR TAK MAHU GUNA DAKWAT KEKAL PADA 24 JULAI INI? HABIS TU?


Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menghapuskan penggunaan dakwat kekal dan menukar kepada sistem biometric semasa pilihan raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata cadangan untuk menggunakan dakwat kekal adalah daripada pembangkang dan dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang kemudian pelaksanaannya mendapat pertikaian pihak pembangkang sendiri.

"Yang cadang guna dakwat kekal Yang Berhormat Anggota Parlimen Gombak (Mohamed Azmin Ali) dalam jawatankuasa (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya), yang cadang dakwat ini mereka, kita ni ikut, padahal SPR mencadangkan biometrik supaya (guna) cap jari (supaya) tak boleh lari.

"Itu (biometrik) cadangan yang terbaik, kita akan pastikan supaya perkara ini dibincang," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.


Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) - mencadangkan penghapusan penggunaan dakwat kekal berkata isu dan polemik dakwat kekal itu berpanjangan berikutan pihak yang tidak menang dalam pilihan raya terpaksa mencari sesuatu alasan tentang kekalahan mereka.

Mengenai sistem biometrik, Annuar berkata Malaysia mempunyai system pendaftaran komprehensif berasaskan kad pengenalan yang mempunyai kawalan begitu ketat dan kemas.

"Kita sudah ada sistem yang cukup bagus tetapi kita melayani dengan soal dakwat, bila kita buat dakwat kekal, ada orang timbulkan pula termasuk berasa was-was air sembahyang sah atau tidak.

"Jika sistem biometrik itu sebagai satu alternatif, adakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan sama sekali sistem menggunakan dakwat kekal berikutan banyak negara tidak menggunakan sistem calit di jari pada masa ini," katanya.


Shahidan juga berkata jumlah pengundi berdaftar di negara ini ialah 13,268,147 orang dan jumlah yang mengadu berhubung PRU13 hanyalah 1,469 orang atau 0.0013 peratus.

SUMBER

P/S: Better guna biometrik daripada dakwat kekal.. kesian anggota polis yang bertugas ambil report kat balai tu... heheehe

[VIDEO] #PRKKualaBesut: DUN #N01KualaBesut DILANDA RIBUT!! #PrayForKualaBesut!!!!


Kesian akan penduduk di DUN N01 Kuala Besut. Mari kita sama-sama doakan mereka semua terselamat dan sentiasa dilindungi Yang Maha Esa. Amin......

Wednesday, July 17, 2013

[VIDEO] #PRKKualaBesut: DEDAH! SIAPA RAMPAS TANAH TAPAK PANGSAPURI KG LAY OUT?? MARI SAKSIKAN!! #N01KUALABESUT


Sungguh tak sangka, masih ada akal lagi PAS ini dengan memainkan semuala Isu perobohan 4 kediaman yang berlaku pada bulan oktober 2012. Actually, bagi aku ini adalah taktik busuk PAS untuk meraih simpati pengundi muda. Disebabkan kecelaruan ini, 2 orang sahabat saya, iaitu blogger yang sama-sama membantu saya membenam PAS semasa PRU-13 dulu iaitu Double-Y dan Gelombang Kick telah turun padang bagi mendapatkan kepastian penduduk kampung.


Dipetik dari laman blog Double-Y:

Bagi merungkai persoalan serta tuduhan yang dilemparkan oleh PAS melalui sidang media kelmarin, saya serta sahabat blogger GelombangKick berkunjung ke tapak Pangsapuri berkenaan yang terletak di Kg. Lay Out.
Kronologi kes :




Isu perobohan empat kediaman di Kg.Lay Out tidak sepatutnya ditimbulkan oleh pembangkang, Ini kerana tindakan kerajaan negeri mengambil semula tanah yang diduduki mereka jelas tidak melanggar sebarang peraturan. selanjutnya..

Ini pula dipetik dari laman blog Gelombang Kick:
Isu yang ditimbulkan Pas dimana kerajaan BN telah merampas tanah rakyat di Kampung Layout, Tok Saboh sebenarnya langsung tidak menjadi 'butir gatal' kepada penduduk disini ekoran isu berkenaan timbul hanya kerana seorang saja penduduk yang juga penyokong tegar Pas tidak berpuashati dan ingkar terhadap beberapa notis pindah yang telah diberikan kepadanya.

Masalah yang berlaku ini juga berpunca sewaktu pemerintahan Pas di Terengganu 1999-2004 dimana kerajaan Pas ketika itu telah memberikan tanah berkenaan kepada salah seorang penyokong kuat Pas sebelum tanah itu dijual kepada beberapa orang yang lain dengan harga RM4,000 hingga RM 7,000 mengikut keluasan tanah, daripada beberapa bahagian tanah yang dijual itu 4 buah rumah kayu yang 'daif' sudah dibina, biarpun tanah-tanah berkenaan tidak mempunyai geran, mereka diyakinkan geran akan keluar sejurus selepas itu kerana masih dalam pemprosesan untuk mendapatkan geran sehinggalah berlarutan dan berkuburnya kerajaan Pas di negeri tersebut.

Diatas sebab itu jugalah kerajaan negeri yang baru selepas itu cuba mencari insentif untuk menyelesaikan masalah berkaitan supaya tidak ada mana-mana pihak yang teraniaya dalam masalah berkenaan. Namun gara-gara keengganan penyokong tegar Pas itu berpindah setelah beberapa kali notis diberikan menyebabkan Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai pilihan selain mengambil tindakan dengan mengikut peruntukkan undang-undang yang ada, ia bagi memastikan mereka yang lain yang turut terlibat dengan pengambilan tanah ini juga mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Takkanlah kerana percaturan politik Pas terhadap seorang penyokong tegarnya itu kerajaan negeri hendak mengabaikan suara majoriti yang lain, kerana kesemua mereka bersetuju dan menerima wang pampasan serta rumah yang dijanji akan diberikan oleh kerajaan negeri kepada mereka. selanjutnya..

Sunday, July 14, 2013

[VIDEO] #PRKKualaBesut: CALON PAS #NO1KualaBesut SANGGUP MAIN NAMA ALLAH DEMI UNDI!!



Video berdurasi 2:42 yang diupload dari channel Youtube GelombangKick ini sudah cukup padat untuk mencerminkan kejelekan dan kesesatan pemimpin PAS ini terhadap agama Islam, Siapa tak kenal calon PAS N01 Kuala Besut iaitu Mr. Azlan@Endut Yusof atau dikenali sebagai Che Longini? Saya tahu dia adalah seorang yang klas kerana berstatus kontraktor kelas A, tapi dia tak klas terhadap ilmu keagamaan yang dia amalkan. Itupun dah secara automatik gugur dah salah satu syarat untuk menjadi pemimpin dalam agama Islam. Okay, dari rhythm dialog dia dalam temubual ini, terserlah dia punya keghairahan hingga sanggup pergunakan nama Allah semata-mata untuk politik dan memalsukan kewarakan dia untuk mengaburi mata pengundi.

Saya faham awak akan dapat lebih projek kalau awak menang dalam PRK kali ini. Semoga Allah tunjukkan jalan yang benar pada awak.

PAS kata perjuangkan Islam, tapi sanggup jual dasar pejuangan demi kepentingan diri sendiri. Okaylah, malas nak cerita panjang. Dari aspek analisis, DUN Kuala Besut punyai lebih ramai pengundi muda berbanding pengundi 'otai'. So, harap-harap orang muda tak termakan dengan 'servis' yang diberikan oleh pemimpin PAS ini.

Untuk artikel lengkap DISINI

Antara dialog yang diucapkan Che Long:

"Saya nak duduk dengan Allah Taala-lah daripada duduk atas dunia ni, atas dunia ni kita duduk tak sedap jugak, bukan kita suka sangat atas dunia ni". 

"Kita ni Alhamdulillah, Allah, Allah, Allah........., maha kayalah" 
"Dan saya ni dipilih untuk duduk sini, saya bangga, tapi saya tidak bangga, bukan saya bangga saya dipilih, tapi saya bangga kerana Allah pilih saya untuk duduk disini hari ni, saya bangga Allah pilih saya untuk buat taat kepada dia, saya bangga InsyaAllah, saya bangga, Allah pilih saya "
P/S: Walaupun ilmu agama saya tak cukup tinggi, tapi saya tak sanggup nak main-main nama Allah S.W.T. Sangat memalukan diorang ni. 

Saturday, July 13, 2013

PERHATIAN! PESANAN TERBARU @PDRMsia KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Jika semasa anda memandu diwaktu malam dan secara tiba2 cermin kereta anda dilempar telur ayam, sila jangan pasang wiper atau pancut air pada cermin kereta anda tu. Teruskan pemanduan dengan apa yang mampu dilihat hingga anda tiba ditempat selamat.

Ini merupakan satu taktik jenayah yang terbaru. Seperti yang kita tidak terfikir, telur ayam bercampur air ia akan menjadi  SUSU dan akan KABURKAN 92.5% tahap penglihatan seseorang. Justeru, secara tak langsung akan memaksa anda untuk memberhentikan kereta anda. Pada masa itulah perompak akan mengambil peluang untuk merompak. Kreatif sungguh taktik baru yang digunakan oleh perompak jalanan ni. 

P/S: Kepada semua pembaca MOHON SHARE, mungkin ia akan menyelamatkan rakan2, family, orang tersayang dan rakyat Malaysia dari menjadi mangsa perompak2 yang semakin hari semakin licik ini.

ZAHARIN KELDAI JANGAN BIKIN PANAS DI #PRKKualaBesut! @ZaharinMY @tunfaisal @NajibRazak

Semalam kecoh dikalangan blogger-blogger Pro-BN yang tidak puas hati dengan status FB milik seorang ahli politik UMNO yang saya boleh kategorikan sebagai 'TALAM DUA MUKA'.Dia juga merupakan seorang penulis blog yang agak kontroversi sebelum ini, iaitu SANG KELDAI.. Eh, silap.. SANG KELEMBAI.. Nampaknya Sang Kelembai ni berani lagi mencetuskan kontroversi setelah kontroversi lepas sudah 'mute'.


Mari kita tengok apa yang Sang Keldai ini keluarkan kenyataan di laman fb beliau..

PERTAMA:


Kenapa perlu Sang Keldai ini perlu ketengahkan nama Datuk Markiman Kobiran jika dia hanya bermasalah dengan Tun Faisal dan UMB? Apa salah dia? Hal peribadi letak tepi la, politician jenis apa ni? Low class! Seperti apa yang kita tahu, Tun Faisal pula adalah penggerak utama media sosial Pro-BN dan seperti yang kita tahu, Tun Faisal telah memainkan peranan besar ketika PRU-13 lepas semasa bersama UMB. So, sikit pun tak ada masalah dengan awak!

''Jika dia simpan Markiman dengan Tun Faisal.. Saya malas nak sokong.. Mereka semua bodoh sombong'' 

Cukuplah.. You're useless!!

Yang menjelekkan disini ialah kenyataan Sang Keldai ini merasakan dirinya terpinggir dari dunia bloggersfera.

Kalau nak tahu, dia ni 24/7 bawa DSLR dia kehulu-kehilir, tapi semua gambar tak tahu dia upload kat mana? Kat FB tak ada, kat blog pun tak ada. Cari duit tepi ke bang? Hahahahaha!


Hahaha! Inilah yang orang yang dikatakan bodoh sombong sebenarnya. Tengok tu, Status FB dia sendiri dah jerat diri dia. Hahaha! Dia siapa nak mempertikaikan hak blogger untuk main isu kontraktor? Dah terang-terang namanya blogger PRO-BN. Blogger tak bodoh nak senang-senang serang calon PAS tu, sebab kita ada undang-undang dan masing-masing ada anak bini nak jaga, tapi blogger cuma buat apa yang patut dibuat supaya BN dapat mempertahankan kerusi. Selepas di'scroll' balik. Sang Keldai ini cenderung kearah PAS. Anda dialu-alukan keluar dari UMNO. Sila angkat kaki secepat mungkin.

Kenapa saya cakap macam ni? Salah satu sebab utama ialah:

ZAHARIN TELAH MENJATUHKAN IMEJ PDRM DENGAN SENGAJA MENCETUSKAN KONTROVERSI SEMASA BERSIH 3.0 LEPAS KONONNYA DEMONSTRAN YANG MEMAKAI GELANG KUNING IALAH ANGGOTA CAWANGAN KHAS (SB). 

Boleh rujuk SINI dan SINI ...


Sebenarnya aku tengah ghairah nak cerita pasal Keldai ni. Okay la. Aku akan sambung Part II.

P/S: Keldai ini dulu masa nama ada kat puncak, dia lupa diri. Sampaikan sanggup jatuhkan maruah diri sendiri sampai cium tangan musuh ketat dia. Manusia busuk hati memang macam ni.








MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive