Friday, September 6, 2013

ISU SKANDAL DENGAN ISTERI ORANG: APA KOMEN ISTERI ADI PUTRA?


“Jangan mudah hukum dia”

Hanya sebaris ayat... Itulah yang diperkatakan oleh Aida Yusof, apabila suaminya didakwa mempunyai skandal dengan wanita lain, tambahan pula berstatus isteri orang. Aida juga berkata, lontroversi ini tidak akan sesekali menggugat keharmonian rumah tangga mereka.

Dalam laporan yang disiarkan HIP, Aida Yusof menyatakan akan tetap berdiri teguh di belakang suaminya walau apapun yang terjadi dan menggangap orang boleh berkata apa sahaja mengenai Adi Putra namun beliau lebih mempercayainya kerana tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Adi Putra mesra bersama Isterinya, Aida Yusof
Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan secara umum kepada media bahawa tindakan Adi Putra mendiamkan diri setelah kontroversi ini disiarkan oleh media, bukan kerana mahu melarikan diri sebaliknya tidak mahu menganggu/menghormati tugas pihak polis yang sedang menjalankan siasatan berkenaan kes itu.

Aida atau merangkap pengurus kepada Adi Putra turut menyatakan lagi, Adi Putra tidak melarikan diri ke mana-mana malah dia dalam keadaan baik-baik saja dan langsung tidak tertekan dengan keadaan sebegini.

Menurut cerita-cerita di media sosial pula, 'Second Hero' KL Gangster ini didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita yang berusia 30 tahun, dalam tempoh perkenalan yang sahaja baru seminggu dan suami wanita berkenaan telah membuat aduan berhubung perkara itu

Dalam pada itu, beberapa laman blog, mula menyiarkan beberapa keping foto seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan kontroversi skandal Adi Putra.

Sumber

$$$: BEKAS CEO YAYASAN PELAJARAN MARA DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM) Datuk Dr Abdul Shariff Hamid hari ini dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana bersubahat menggunakan dokumen palsu berjumlah lebih RM300,000 dua tahun lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu selepas Abdul Shariff menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap lapan pertuduhan pilihan bersubahat itu. Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM50,000 hari ini dan selebihnya dibayar secara tiga kali ansuran sehingga 1 Dis ini dan jika gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara enam bulan. Abdul Shariff membayar denda RM50,000 itu. Hari ini sepatutnya mahkamah menyambung perbicaraan kes itu. Bagaimanapun selepas empat hari perbicaraan dan 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan kepada Abdul Shariff.

MAHKAMAH-YPM 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Abdul Shariff, 53, yang juga Setiausaha Kelab Umno Luar Negara didakwa telah bersubahat dengan pengurus bahagian pengurusan program YPM Zainal Rashid Zakaria, 44, dengan mengarahkannya menggunakan sebagai tulen borang pengesahan pembayaran bagi pelaksanaan lapan program yang keseluruhannya bernilai RM324,150 yang mana ia merupakan dokumen palsu. Program terbabit termasuk Program Bina Diri Anak-anak Yatim Darussalam Bersama Remaja dan Program Kecerdasan Emosi dan Pemikiran Ibnu Sina yang diadakan di beberapa negeri termasuk Perak, Kedah dan Johor. Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di pejabat Bahagian Kewangan YPM, Aras 9, Medan MARA, Jalan Raja Laut pada 2.45 petang, 12 Mei 2011. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala tertuduh diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid.

ARTIKEL BERKAIT:

Bekas CEO YPM didakwa buat tuntutan palsu
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr Shariff Hamid, mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah lebih RM300,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini dan minta dibicarakan.
Beliau adalah salah seorang daripada dua yang dihadapkan ke mahkamah ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan membuat tuntutan palsu ke atas satu program latihan yang tidak wujud berjumlah sehingga lebih RM300,000. 
Shariff, 52, sebelum itu telah didakwa dengan sembilan pertuduhan iaitu mengemukakan dokumentasi palsu dengan mengarahkan Pengurus Kewangan YPM, Hafizoh Mohd Shah meluluskan pembiayaan untuk satu program motivasi remaja, sedangkan beliau sedar program itu tidak pernah berlangsung. 
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat YPM di Medan Mara, Jalan Raja Laut di sini pada jam 1.30 petang 23 Julai tahun lalu. 
Pengurus Program YPM, Zainal Rashid Zakaria, 43, juga turut didakwa dengan sembilan pertuduhan menipu yayasan berkenaan dengan mengesahkan kewujudan program berkenaan kononnya telah berlangsung di Perak antara 5 Julai hingga 22 September 2011 walaupun menyedari bahawa program itu tidak mengambil tempat sepertimana yang dikatakan. 
Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 
Mereka berhadapan dengan hukuman 20 tahun penjara dan denda lima kali jumlah suapan jika disabitkan kesalahan. 
Hakim Rozilah Salleh menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000 kepada setiap tertuduh dengan satu jaminan dan mengarahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah. Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 Mei sebagai tarikh sebutan kes. 
SUMBER
 P/S: SANGAT MEMALUKAN!!!

MY SLIDESHARE UPLOAD