Al-fatihah buat penyanyi Izwan Pilus yg telah meninggal dunia sekitar jam 6.20ptg tadi.Sumber mengatakan arwah meninggal akibat lung infection.Arwah kini masih di Hospital Ampang.
Berita ini telah disahkan oleh berapa rakan artis telah dihubungi oleh Aril AF,adik arwah sendiri.
Sumber dr bbrpa rakan media & rakan2 artis.TQ
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, January 20, 2012
Akhirnya Peguam Negara Failkan Rayuan Kes Liwat Anwar Ibrahim. Alhamdulillah.
Syukur Allhamdullilah, Peguam Negara baru sahaja menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung kes Liwat yang membabitkan si Peliwat Anwar Ibrahim dan mangsa liwat Saiful Bukhari pada jam 4.15 petang tadi.
Syukur, keadilan buat Saiful Bukhari masih lagi diperjuangkan demi sisa sisa maruah yang ada. Amin....
Semoga dimahkamah rayuan kelak Anwar Ibrahim akan mendapat penghakiman yang seadilnya. Kami para rakyat yang ingin melihat keadilan diteggakkan akan terus berada bersama Saiful Bukhari.
Terima kasih buat semua yang menyokong keadilan ini. Allah bersama kita semua dalam mendapatkan keadilan yang Hak.
Gomo juga memohon maaf pada Peguam Negara berkenaan artikel sebelum ini. im sorry Sir, hehehe
P/S: Kebenaran semakin hampir. InsyaAllah.....
Sumber :
http://www.papagomo.com/
MB Kedah (DS Azizan Abdul Razak) Tetap Bertegas Laksana AUKU Di KUIN. Apa Cerita Ni?? Kata PR tak Setuju Ngan AUKU??? Lu Sembang Keling la!!
Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
Malah, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini menyifatkan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai 'ego' dalam menangani isu berkaitan mahasiswa, termasuk hukuman terhadap lima mahasiswa KUIN.
"Sepatutnya (Datuk Seri) Azizan selaku orang yang paling berkuasa di KUIN perlulah menggunakan budibicara dengan cara berbincang dan fahami isu dengan baik serta selesaikan masalah dengan bijaksana," katanya Mohd Syahid.
KUIN adalah institut pengajian di bawah kerajaan negeri Kedah.
MPMN adalah gabungan majlis perwakilan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam dan swasta di negera ini.
Mohd Syahid mengulas kenyataan Azizan yang dilapor menegaskan AUKU tetap dikenakan terhadap mahasiswa KUIN yang melakukan kesalahan. Menurut Azizan, penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU dan pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.
Pada Mei lalu, lima mahasiswa KUIN itu digantung pengajian kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.
Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telahpun tamat.
Dalam kenyataan medianya, Mohd Syahid berkata tindakan Azizan itu "sedikit sebanyak" menjejaskan imej Pakatan yang mulai diterima rakyat walaupun sebelum ini menjanjikan untuk memansuhkannya seperti yang janjikan dalam buku Jingga jika memerintah.
"Persoalannya adakah Kedah bukan sebahagian dari Pakatan Rakyat? Jika ya, maka Kedah perlulah mengisytiharkan bahawa Kedah juga bebas daripada AUKU seperti Selangor. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
"Saya yakin mahasiswa akan menolak Ustaz Azizan dalam PRU 13 ekoran kenyataannya yang tetap ingin melaksanakan AUKU di KUIN dan sedikit sebanyak akan menjejaskan imej Pakatan Rakyat yang mula diterima rakyat sekarang," tegas Mohd Syahid.
Beliau juga menegaskan bahawa mahasiswa mahu parti politik konsisten dengan menunaikan janji mereka memansuhkan akta berkenaan kerana "rakyat sentiasa menilai setiap tawaran yang diberikan".
"Saya juga yakin lima mahasiswa KUIN tersebut tiada masalah untuk berbincang dengan baik berkaitan isu tersebut jika MB Kedah membuka ruang perbincangan.
"Mahasiswa insan yang terdidik. Saya yakin tidak akan berlakunya sebarang protes dan demonstrasi oleh mahasiswa terhadap Ustaz Azizan jika ianya bermula dengan pintu perbincangan yang baik.
"Silalah layan mahasiswa seperti anak bukannya musuh," kata Mohd Syahid yang juga presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.
Sementara itu, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufik Abdul secara peribadi kesal dengan kenyataan Azizan yang dilapor enggan memohon maaf kepada lima mahasiswa itu dan sanggup ke mahkamah untuk membukti kebenaran.
"Hal ini kerana, saya masih memikirkan kemungkinan masih ada ruang rundingan atau sebagainya dalam menyelesaikan kes ini.
"Memandangkan dalam situasi sekarang, banyak pihak yang sedang mendesak agar segala macam bentuk akta yang dilihat sebagai zalim dan menindas rakyat seperti AUKU dan ISA dikaji semula dan dimansuhkan, masih ada pihak seperti KUIN yang ingin melaksanakannya," katanya.
Mohd Taufik juga menyifatkan tindakan terhadap mahasiswa itu dilihat lebih drastik berbanding dengan mana-mana mahasiswa yang dikenakan tindakan di institut pengajian tinggi awam.
Manakala kumpulan Lawyers For Liberty (LFL) mengecam tindakan Azizan yang mempertahankan penggunaan akta tersebut terhadap lima pelajar berkenaan kerana ia jelas melanggar artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun.
"(Ia juga) bercanggah dengan agenda reformasi Pakatan Rakyat yang mana menjanji untuk memansuhkan semua undang-undang yang menekan termasuk AUKU," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Sehuhungan itu, mereka menuntut supaya Azizan segera menggugurkan hukuman terhadap pelajar tersebut dan menangguhkan penggunaan akta berkenaan sebagai cerminan keseriusan komitmen kerajaan negeri terhadap polisi Pakatan rakyat.
Psst : Adakah ini agenda depa?
Subscribe to:
Posts (Atom)