Monday, March 19, 2012

Memorandum penstrukturan semula industri air Perak





Memorandum mengenai penstrukturan semula industri air negeri Perak akan dibentangkan pada mesyuarat jemaah menteri dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah meluluskan perkara itu dan memaklumkannya kepada Kementerian Tenaga Hijau dan Air pada 18 Januari lalu untuk tindakan lanjut.

"Perjanjian dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan dimeterai selepas cadangan tersebut diluluskan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Lembaga Air Perak di sini hari ini.

Zambry berkata, penstrukturan semula industri air membuktikan Lembaga Air Perak (LAP) sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. -utusan

@KhairyKj Balun @anwaribrahim Sampai Tercungap-Cungap ??

Satu rakaman dalam persidangan parlimen baru-baru ini yang membuatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tergagap-gagap dan spin ke arah lain bila ditanya oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tentang aksi munafiknya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dulu. Bravo KJ!!


Bak kata KJ, Kalau Angka 10 billion dengan 5 billion pun tak tahu nak beza, macam mana nak tadbir negara dengan berhemah? FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI SAHABAT ......

Cayalah... PM @NajibRazak Yakin Akan Tawan Selangor PRU-13 Nanti !!





Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara terbuka mengakui keyakinan beliau yang Selangor akan kembali dirampas Barisan Nasional (BN) semakin bertambah selepas melihat fenomena gelombang biru yang ditunjukkan rakyat negeri itu. Perdana Menteri yang teruja dengan sokongan padu lebih 20,000 penduduk setiap kali beliau turun padang di Selangor berkata, jika itu gelombang yang ditunjukkan, ia bererti rakyat sudah bersedia pada bila-bila masa untuk kembali memberi kepercayaan kepada BN. “Saya lihat hari ini satu kehadiran yang sangat meriah, sangat bersemangat dan cukup menyakinkan saya sebagai Pengerusi BN Selangor. Tahap keyakinan saya kini semakin bertambah dan kalau inilah gambarannya, insya-Allah Selangor kembali ke pangkuan BN. “Sudah cukup empat tahun pembangkang tadbir Selangor. Adakan janji ditunaikan? Adakah pentadbiran mereka betul,” katanya di hadapan lebih 20,000 penduduk semasa berucap sempena program Perdana Menteri Bersama Rakyat, di sini hari ini. -utusan

MY SLIDESHARE UPLOAD