Thursday, May 24, 2012

PANASS!! AMBIGA DISAMAN!!


Jumlahnya agak kecil RM122,000…tidaklah sampai RM100 juta,angka yang menjadi kegilaan untuk saman orang sekarang.

Kecil tetapi ia simbolik dalam ketegasan kerajaan sekarang untuk bertindak terhadap perhimpunan haram dan yang langgar peraturan.

Sekarang ini tidak ada lagi main amaran…amaran…buat salah saja kena tak kira siapa.

Sehari selepas tiga pencetus kekacauan masa perhimpunan Bersih 3.0 ,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan Badrul Hisham Shahrin didakwa di mahkamah,petang Rabu kerajaan menghantar surat saman pada penganjurnya Bersih pula.

Saman itu ditujukan kepada Datuk S Ambiga dan 9 orang ahli jawatankuasa badan tidak berdaftar itu kerana gagal mengawal perhimpunan hingga menyebabkan kerajaan mengalami kerugian.

Sembilan orang ahli jawatankuasa itu ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, Arumugam a/l Kalimuthu, Arul Prakkash a/l Sinnappan, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.

Saman itu diserahkan pada Ambiga jam 3.25 petang.

Jumlah yang dituntut kerajaan ialah RM 122,000.

Ia melibatkan kerugian untuk memperbaiki 15 kenderaan yang kebanyakan milik polis mengikut taksiran JKR

Kos membaikinya adalah antara RM2,000 hingga RM16,000

Tindakan itu adalah dibawah Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan di Parliimen baru-baru ini.

Dalam samannya mereka didakwa membawa peserta perhimpunan yang terlalu ramai tetapi gagal untuk mewujudkan/mengadakan kawalan yang efektif dan secukupnya;
,gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan gagal melantik bilangan orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur.

Kes itu akan disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Jun ini. - Blog Rasmi UMB

PANAS!! Mat Rempit Dan Kaki Drift Sertai @HariBelia2012 ? #BeeAntBlues #HBN2012







Baru sebentar tadi lebih kurang dalam pukul 2.00 petang, Putrajaya telah DIGEGARKAN dengan geng-geng motor berkuasa tinggi dan kereta mewah seperti motor Spider, kereta Lambogini dan Ferrari. 

Mereka berkumpul di Menara KBS sebab menyertai Konvoi Bermotor dan pusing satu Putrajaya. Konvoi ini dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, DS Ahmad Zahid Hamidi dan konvoi ini diketuai oleh beliau sendiri.

Seawal jam 12.00 tengahari mereka telah berkumpul sambil menantikan pelancaran bermula. Bunyi enjin motor berkuasa tinggi dan kereta-kereta power ni memang best woooo... - GR

Betul Ker Artis-Artis Masuk PAS Untuk Berdakwah? Atau Dahagakan 'Mileage' Politik??


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.

"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui Pas ...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam tadi.


Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.

"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.

Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi.

"Ini negara demokrasi dan kita menghargai pendirian. Bagi saya penjawat awam itu janganlah lupa jasa kerajaan sehingga pencen pun tetap mendapat perhatian," katanya.

Mustapa berkata tidak ada negara lain seperti Malaysia yang melakukan segala yang terbaik agar penjawat awamnya hidup selesa sehingga mereka pencen. - utusan