Sunday, June 3, 2012

Blogger Tegar PAS @Addin77 Kantoi Beradap!!


Tajuk setelah diedit


Bermula pada entry aku sebelum ini di SINI, mendedahkan perilaku buruk blogger pas yang menggelar SB (Special Branch) sebagai anjing UMNO, Addin yang sedar tentang artikel ini terus takut dan terus mengubah tajuk dengan serta merta. 

Takpe Addin, Screeen Shot ni masih ada, dan aku masih berkira-kira nak hantar laporan ini ke SB atas penghinaan yang cukup biadap kepada penjawat awam yang menjalankan tugas dari blogger parti yang bertopengkan Islam walhal hati hang cukup busuk!

Apalah salah SB tu digelar sehina sebegitu walhal mereka mencari rezki untuk keluarga mereka dan memastikan keselamatan geng PAS yang berkumpul di stadium tersebut.

Buruk sekali perangai orang PAS!

Rakyat dah nilai bahawa orang PAS memang perangai buruk suka menggelarkan benda yang tak elok walaupun hang dah tukar tajuk.


Addin77 kantoi beb!!

Tajuk Biadap Asal

SUMBER

[VIDEO] : #AmanKampusKenyalang Buat Anak Yatim Sarawak Nak Ikut Balik Semenanjung? @AmanKampus @NajibRazak @razaliibrahim @khalednordin

Ini adalah video ketika Aman Kampus Kenyalang mendekati anak yatim di Rumah Anak Yatim Laila Tai, Petrajaya.

Saturday, June 2, 2012

Aishah Nak PAS Jadi Pembimbing Artis? Kenapa PAS?


Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, PAS harus memberi pencerahan kepada golongan artis untuk menggunakan medium hiburan sebagai dakwah kepada masyarakat.

"Bila PAS sampai Putrajaya, jangan lupakan artis di sini."

"Saya menyeru PAS bersabar dalam mentarbiyah golongan artis, bimbinglah kami untuk selamat di dunia dan akhirat," kata Aishah dalam nada sebak di hadapan lebih 50,000 yang hadir di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman, dekat sini malam tadi.

Penyanyi popular tahun 90-an itu, yang menyertai PAS baru-baru ini meletakkan harapan kepada parti itu terus mendekati dan membimbing golongan artis.

Aishah yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu dan Bahtera Merdeka juga yakin artis memainkan peranan yang besar untuk menarik masyarakat khususnya golongan muda mencintai Islam.

"Ceramah beri pandangan dari sudut intelek, muzik pula beri pandangan tentang perasaan.

"Golongan artis ada peranan mereka dalam menyampaikan, cuma cara penyampaian kadang-kadang membuatkan kita jauh dari Islam.

"Kita kena ramaikan ustaz dan ilmuan yg boleh bangunkan bidang seni supaya semua artis dapat berkarya berdasarkan al Quran dan hadis," katanya.

Aishah juga berkata, tindakan PAS memberikan peluang kepada golongan artis sepertinya untuk sama-sama berada di pentas ceramah membuktikan parti itu adalah untuk semua masyarakat.

"25 tahun saya berada di pentas hiburan. Malam ini saya sangat terharu diberi peluang berada di pentas PAS dan membuktikan PAS for everyone," katanya disambut laungan takbir dan sorakan semangat hadirin sambil mengibarkan bendera PAS di segenap ruang stadium. - MPP