Tuesday, June 5, 2012

Khalid Ismath Dibicara Jumaat Ini.. Mampoihhh!!

Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, beliau dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.

Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

“Saya akan berbincang dengan peguam dahulu sama ada ia perlu atau tidak saya hadir ke perbicaraan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini. - PH

KAN AKU DAH CAKAP, NIZAR MEMANG TAK SIUMAN.......

Nizar bodoh? Maksud kurang bijak adalah apa? Bukankah ia bermaksud bodoh? Sememangnya Nizar manusia yang kurang bijak, dan kurang mengunakan akal yang dianugerahkan Allah pada manusia. Sebab tu beliau kelihatan macam orang sewel saja setiap masa.


Mtk rasa Ketua Cawangan Pas ni lebih bijak daripada Nizar. Nizar mahu popular dikalangan penyokong Pakatan, sebab itu beliau mempertikaikan Sultan Johor memberi Plat nombor. Sedangkan tindakan kurang ajar tu sebenarnya membawa padah, kerana ia dilihat kurang sopan dan tidak menghormati seorang Sultan Melayu yang berdaulat. Bagi orang atas pagar, Nizar adalah penderhaka dan biadap!!

Sepatutnya seorang pemimpin bekas MB, kena lebih peka dengan keadaan ini. Bukannya memberi kenyataan dengan membabi buta.

Jangan nak tunjuk hero musim dimata rakyat.. - MTK

10 KELEBIHAN SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN. PAKATAN JANGAN NAK POLlTIKKAN PULAK!!

1) Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2) Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3) Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4) Surah Al-Waqi'ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5) Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6) Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7) Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8) Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9) Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10) Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je. Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....

Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD