Sunday, June 17, 2012

TPM Luluskan Pembinaan Semula Pasar Changkat Jering.. @mbnizar Nak Sabotaj??



Timbalan Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan ke negeri Perak hari ini meluluskan peruntukan RM3 juta untuk membina semula Pasar Minggu Changkat Jering di tapak yang baru di sini, ketika melakukan tinjauan mesra di pasar itu pagi ini.

                                

Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan itu dalam tempoh yang singkat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong Datuk Rosli Husin memohon peruntukan bagi membina semula pasar minggu yang berusia lebih 100 tahun dan dipercayai tertua di negara ini.

Rosli kemudiannya mengumumkan kelulusan daripada Muhyiddin itu melalui pembesar suara di pasar itu dan mendapat tepukan gemuruh golongan peniaga serta orang ramai yang hadir. - utusan


Saturday, June 16, 2012

Tabung Untuk Damia.. Ayuh Sama-Sama Kita Hulurkan Bantuan!! #PrayForDamia


Rakan sebumbung, Muhammad Basir Abu Bakar…aku kira dia seorang yang cukup kuat..menerima ujian daripada Tuhan, bukan satu malah berturut-turut namun masih mampu tersenyum, bergelak ketawa dengan rakan-rakan dan yang tidak kurang penting, meneruskan tanggungjawab sebagai seorang yang dibayar gaji…

Bermula dengan kehilangan ibunda yang tercinta dan disusuli dengan perkhabaran yang mendebarkan mengenai nasib kedua-dua anak kembar yang sedang dikandung oleh isterinya, Norazlina Jaafar, tubuh Basir masih tetap steady berisi tanpa sedikit susut…

Anak kembar itu merupakan cahaya mata kedua yang bakal ditimang oleh Basir dan Ina selepas dikurniakan anak yang comel, Zahra yang kini sudah menjangkaui usia 3 tahun..

Dek kerana berdepan dengan masalah kesihatan (ape entah, aku dah lupa), salah seorang daripada bayi kembar dalam kandungan Ina meninggal dunia ketika janin itu hanya berusia dalam kira-kira 6 bulan…maka, tanpa perlu berlengah, bayi yang tidak bernyawa lagi itu perlu dikeluarkan dan serentak dengan itu, ia turut membabitkan seorang lagi kembar dalam perut Ina..

Umur bayi yang masih belum mencapai umur matang untuk dilahirkan mungkin berdepan dengan pelbagai masalah yang sememangnya mengundang rasa gerun pada mana-mana ayah dan ibu..dan ia turut dirasai oleh Basir dan Ina ketika berdepan dengan situasi tersebut..

Demi menyelamatkan seorang lagi kembar, pembedahan segera perlu dilakukan dan syukur, ia selamat dilakukan..Nur Iman Damia selamat dilahirkan dengan berat 1.62 kg dengan usia masuk 7 bulan setengah di HUKM…masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di HUKM dengan bertemankan mesin bantuan pernafasan, doktor yang bertanggungjawab menunggu insan kecil itu mencecah berat badan sehingga 2.6kg sebelum ditukarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan jantung..

Alhamdulillah, sehingga kini Nur Iman Damia sihat, bernafas dengan baik dan mula bertambah berat badan..menunggu saat hari untuk ditukarkan ke IJN…

Kepada yang sudi menghulurkan bantuan untuk meringankan beban Basir dan Ina, boleh salurkan derma anda ke dalam akaun ini. 114253446156 (Maybank)….seperti yang tertera dalam gambar di atas..sesama kita beringat-ingat..hari ini, hari mereka, esok lusa mungkin tiba hari kita…

Mendoakan yang terbaik untuk keluarga Basir dan Ina..Moga terus tabah kawan aku yang besar ini dalam menempuh ujian Tuhan..ketahuilah, anda orang yang bertuah dipilih oleh Tuhan untuk terima ujian ini…
Sumber : MyNewsHub

Program Fiqh Mentaati Pemimpin : Jika Kita Mahukan Negara Islam, Apa Perlu Kita Buat?

Berikut adalah kata-kata nasihat yang diberikan oleh YBHG Dr Mohamed Abdul Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Mesir ketika pembentangan beliau di Program Fiqh Mentaati Pemimpin (PWTC) sebentar tadi :

1.Tidak boleh menetang pemimpin yang adil selagi mereka mendirikan solat..

2.Taatlah pada Allah,Rasul dan Pemimpin adalah sebahagian dari Iman...

3.Penubuhan Negara Islam tidak mungkin boleh berlaku selagi Umat Islam tidak bersatu dan sering bersengketa sesama sendiri.

Semasa membuat pembentangan, Sheikh juga memuji Perdana Menteri dalam usaha untuk memajukan Negara selain memartabatkan Islam di Malaysia dan dimata dunia...

Bersatulah Umat Islam..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD