Tuesday, June 19, 2012

LYNAS IS SAFE!



La!!! Tak habis lagi meroyannya Si Fuziah Thoron ni rupanya ye? Masih lagi tak kebah dari disampuk dalam sidang Parlimen tadi?


Kalau tadi, dia setakat kena sampuk biasa. Tapi kali ni, dia disampuk pulak dek Jin dari Hulu Langat yang pernah menghantui hidup dia dulu.

Sejurus selepas PSC berkaitan dengan Lynas dibentangkan petang tadi, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli menyatakan yang dia cukup bersetuju dengan laporan tu.

Kata dia, laporan tersebut merangkumi semua aspek termasuk mengutip pandangan dan masalah rakyat yang terkandung dalam laporan yang dibentangkan.
Klik Kat Sini...
KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Hulu Langat daripada PAS, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang pakar nuklear sekali lagi menjelaskan bahawa tahap radiasi projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang adalah di tahap yang rendah.

   
Che Rosli berkata beliau berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat hari ini.
     
"Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa ini mengutip pandangan dan masalah masyarakat. Sebagai contoh kalau kita baca laporan di muka surat 17 dan 18 di dalam laporan itu memang betul.
   
"Itu bagus dan saya setuju. Tahap daripada segi radiasi memang rendah, itu saya tahu sebab saya sendiri yang mengukur (tahap radiasi). Perkara lain saya tidak berani komen... saya tidak berani sebut sama ada Lynas selamat atau tidak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Tapi, yang herannya, kenapa pulak puak - puak PAS ni masih tetap berdegil nak buat bantahan di Balok hari Sabtu dan Ahad ni? Memang diorang ni dah tak de kerja ke?

Tambahan pulak, dalam himpunan bantahan tu nanti diorang jemput Si Mat Syabun tu jadi penceramah. Apa yang Si Mat Syabun tu tau tentang bahan kimia?

Sejak bila pulak dia belajar dalam bab tersebut? Bayangkan. Kalau pemimpin yang ada kepakaran dalam bidang kimia, diorang tak boleh percaya. Tapi, Mat Syabun boleh pulak?

Tapi, nak buat macam mana. Diorang lagi sanggup dengar cakap orang yang lansung tak tau apa - apa mengenai perkara tersebut demi untuk meraih sokongan dan undi semata - mata.

Pejuang Islam menda kejadahnya kalau macam tu!!! Kalau dah amanat Presiden sendiri pun diorang boleh langgar, inikan pulak nak tunaikan janji - janji yang diorang buat sendiri!!! Lagi la tak boleh pakainya!!! Buat mengabihkan masa je!!! - semut hitam

HOT! PULAU PINANG MINTA BANTUAN KEWANGAN DARI BN!!


Nampaknya negeri kebanggaan naungan DAP ini sudah mula menunjukkan ketidakstabilan dan kecelakaan. CM depa, Lim Guan Eng (BIAWAK LIDAH BERCABANG) pernah berkata bahawa ekonomi Pulau Pinang meningkat mendadak sejak depa mentadbir.. Mungkin tu semua tak boleh dinafikan sebab disana semakin hari semakin banyak pembangunan dikembangkan.. TETAPI hanya pembangunan untuk kepentingan dan jaminan masa depan untuk kaum depa (cina) saja, yang pecacai pakatan tak nampak sekarang ialah nasib kaum melayu kat sana dah macam PATI yang menetap kat Malaysia ni.. Rasanya tak salah apa yang aku cakapkan... 


Disebabkan terlalu gelojoh dan ghairah menggondol tanah orang melayu kat sana, depa dah lupa untuk selenggara rumah rakyat kat negeri tu dengan baik.. Hampa semua tengok la sendiri.. Pembangkang dok canang kat semua kata BN gagal/tak cekap mentadbir negeri, tapi sekarang depa sendiri yang minta bantuan BN iaitu daripada Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) untuk backup entadbiran negeri depa. Lain kali kalau nak cakap, buat research dulu ya.. Kat sini aku printscreenkan sumber rujukan aku.

Sila Klik Gambar Untuk Proses Tumbesaran
SOURCE : BERNAMA 

P/S : Bagi BN tadbir negeri lagi bagus lah Pakatan!!

Sunday, June 17, 2012

TPM Luluskan Pembinaan Semula Pasar Changkat Jering.. @mbnizar Nak Sabotaj??



Timbalan Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan ke negeri Perak hari ini meluluskan peruntukan RM3 juta untuk membina semula Pasar Minggu Changkat Jering di tapak yang baru di sini, ketika melakukan tinjauan mesra di pasar itu pagi ini.

                                

Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan itu dalam tempoh yang singkat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong Datuk Rosli Husin memohon peruntukan bagi membina semula pasar minggu yang berusia lebih 100 tahun dan dipercayai tertua di negara ini.

Rosli kemudiannya mengumumkan kelulusan daripada Muhyiddin itu melalui pembesar suara di pasar itu dan mendapat tepukan gemuruh golongan peniaga serta orang ramai yang hadir. - utusan