Monday, June 25, 2012

PANAS! PENDEDAHAN NAMA 3 PEGAWAI DIPLOMAT SINGAPURA SERTAI BERSIH 3.0





AIDCNews – 18/06/12 – Selepas kami melaporkan penglibatan tiga orang pegawai diplomat kedutaan asing dalam perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu, ramai di kalangan blogger mendesak agar nama dan negara diplomat tersebut didedahkan.

“Isunya Siapakah dia? Diplomat dari negara mana? Apakah kita berdiam diri sahaja apabila negara asing campurtangan secara langsung urusan negara kita?

“Kita minta AIDCNews mendedahkan nama-nama tersebut?. Kita mendesak AIDC supaya lebih bertanggungjawab dan DEDAHKAN nama-nama Diplomat Asing itu dan dari Negara Mana?,” cabar Mymassa yang turut disambut oleh bicarapenangjentayubakasejarahmelayu dan talkwithhand.

Sebagai menyahut cabaran di atas, kami dedahkan negara terbabit, iaitu Singpaura, di mana 3 orang pegawai diplomat yang terlibat adalah seperti berikut :

1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.


2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).


3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.

Mereka bertiga adalah pegawai-pegawai diplomat yang bertugas di Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia beralamat di Level 15, West Wing, The Icon, No 1, Jalan 1/68F Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Malaysia.

Pada 11 Jun lalu,  Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman berkata, walaupun pembabitan mereka itu untuk mengumpul maklumat atau sebaliknya, namun tindakan mereka menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April bukan langkah yang bijak.



Menurut Anifah, beliau bimbang langkah tersebut akan membawa persepsi negatif dan harus sedar sensitiviti mengekalkan hubungan baik antara dua negara.

Tindakan tiga pegawai diplomat menyertai perhimpunan 28 April dari Petaling Street ke Dataran Merdeka itu dianggap sebagai menyalahi etika ‘The Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 Article 41 (1)‘ yang melarang para diplomat campur tangan dalam urusan politik sesebuah negara.

Sementara itu, Mymassa dalam posting terbaru blog itu hari ini mendedahkan satu program dinamakan PACA Training sebagai persediaan Singapura untuk campur tangan dalam politik Malaysia.

Blog itu turut menyiarkan foto-foto berkenaan program PACA yang diadakan di 223A/B River Valley Road, Singapora itu.


Manakala blog the unspinners , mynewshub dan justread pula mendedahkan beberapa orang pegawai diplomat Singapura telah melawat dan mengadakan perbincangan tertutup dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Apakah motif mereka, kerana ini berlawanan dengan etika pegawai diplomat,” soal blog-blog itu.








Jamuan Makan Malam bersama Anwar Hidang BABI dan ARAK?


Jamuan Makan Malam Bersama Anwar Ibrahim Hidang Makanan Bercampur Halal dan Haram di Sebuah Restoran Cina.




Apa cerita sekarang ni ? Jamuan Makan Malam Bersama Anwar Ibrahim kat Restoran Guo Tai, sebuah restoran cina tidak halal dan panggil orang Melayu beragama Islam turut serta sekali. Atau bahasa mudahnye jemput lebai PAS makan sekali ?
YUMCHA! 

Restoran Cina ada kemungkinan ka tukang masak dia orang Melayu beragama Islam? Penggunaan pinggan, mangkuk, cawan, sudu. Confirm ke halal ? Tanya diri sendiri. Lu jangan tanya Anwar, dia mana tau halal haram ni semua 'BENDA' pun dia main TALA je !

Aku bukan nak condemn jamuan makan malam ni . Tapi Lu Pikir La Sendiri!

Petikan dari blog Cucu Tok Selampit


"CTS minta maaflah dengan rakan-rakan pembaca yang bukan beragama Islam. Mahu tidak mahu terpaksa CTS tuliskan perkara ini. Banyak caranya untuk mengadakan majlis makan malam yang melibatkan kesemua kaum di Malaysia termasuk yang beragama Islam. 
Apabila majlis makan malam diadakan di dalam sebuah restoran berlaku percampuran di antara yang halal dan yang haram, maka timbulnya syubhah. Jarang sesebuah restoren Cina yang mengendalikan perniagaan makanan yang haram bagi umat Islam mengasingkan peralatan makanan dan masakan seperti kuali, dapur, pinggan mangkuk dan sebagainya. 
Buat juak-juak P"Gay"R, CTS tidaklah hairan sangat. Bab halal dan haram ni, mereka sudah lama tolak ketepi. Yang puak-puak lebai PAS turut sama menyertai jamuan makan malam tersebut apa pula ceritanya? Dah tak ada tempat lain nak melahap tanpa was-was? Inilah akibatnya apabila PAS menjadi kuda tunggan DAP. Sampai makanan yang masuk ke dalam usus menjadi darah dagingpun sudah tidak diperdulikan haram halalnya."


P/S : Apa-apa pun aku ucapkan selamat menjamu selera kepada semua yang pergi jamuan makan malam ni nanti. Lepas tu nanti jangan lupa bagi tau kat aku ye apa rasa makanan halal haram bila dicampur. Jangan silap tuang air Teh dengan Beer atau Sirap dengan Wine ke. Haha!


 

MY SLIDESHARE UPLOAD