Monday, June 25, 2012

PANAS! PENDEDAHAN NAMA 3 PEGAWAI DIPLOMAT SINGAPURA SERTAI BERSIH 3.0





AIDCNews – 18/06/12 – Selepas kami melaporkan penglibatan tiga orang pegawai diplomat kedutaan asing dalam perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu, ramai di kalangan blogger mendesak agar nama dan negara diplomat tersebut didedahkan.

“Isunya Siapakah dia? Diplomat dari negara mana? Apakah kita berdiam diri sahaja apabila negara asing campurtangan secara langsung urusan negara kita?

“Kita minta AIDCNews mendedahkan nama-nama tersebut?. Kita mendesak AIDC supaya lebih bertanggungjawab dan DEDAHKAN nama-nama Diplomat Asing itu dan dari Negara Mana?,” cabar Mymassa yang turut disambut oleh bicarapenangjentayubakasejarahmelayu dan talkwithhand.

Sebagai menyahut cabaran di atas, kami dedahkan negara terbabit, iaitu Singpaura, di mana 3 orang pegawai diplomat yang terlibat adalah seperti berikut :

1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.


2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).


3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.

Mereka bertiga adalah pegawai-pegawai diplomat yang bertugas di Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia beralamat di Level 15, West Wing, The Icon, No 1, Jalan 1/68F Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Malaysia.

Pada 11 Jun lalu,  Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman berkata, walaupun pembabitan mereka itu untuk mengumpul maklumat atau sebaliknya, namun tindakan mereka menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April bukan langkah yang bijak.



Menurut Anifah, beliau bimbang langkah tersebut akan membawa persepsi negatif dan harus sedar sensitiviti mengekalkan hubungan baik antara dua negara.

Tindakan tiga pegawai diplomat menyertai perhimpunan 28 April dari Petaling Street ke Dataran Merdeka itu dianggap sebagai menyalahi etika ‘The Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 Article 41 (1)‘ yang melarang para diplomat campur tangan dalam urusan politik sesebuah negara.

Sementara itu, Mymassa dalam posting terbaru blog itu hari ini mendedahkan satu program dinamakan PACA Training sebagai persediaan Singapura untuk campur tangan dalam politik Malaysia.

Blog itu turut menyiarkan foto-foto berkenaan program PACA yang diadakan di 223A/B River Valley Road, Singapora itu.


Manakala blog the unspinners , mynewshub dan justread pula mendedahkan beberapa orang pegawai diplomat Singapura telah melawat dan mengadakan perbincangan tertutup dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Apakah motif mereka, kerana ini berlawanan dengan etika pegawai diplomat,” soal blog-blog itu.








Jamuan Makan Malam bersama Anwar Hidang BABI dan ARAK?


Jamuan Makan Malam Bersama Anwar Ibrahim Hidang Makanan Bercampur Halal dan Haram di Sebuah Restoran Cina.




Apa cerita sekarang ni ? Jamuan Makan Malam Bersama Anwar Ibrahim kat Restoran Guo Tai, sebuah restoran cina tidak halal dan panggil orang Melayu beragama Islam turut serta sekali. Atau bahasa mudahnye jemput lebai PAS makan sekali ?
YUMCHA! 

Restoran Cina ada kemungkinan ka tukang masak dia orang Melayu beragama Islam? Penggunaan pinggan, mangkuk, cawan, sudu. Confirm ke halal ? Tanya diri sendiri. Lu jangan tanya Anwar, dia mana tau halal haram ni semua 'BENDA' pun dia main TALA je !

Aku bukan nak condemn jamuan makan malam ni . Tapi Lu Pikir La Sendiri!

Petikan dari blog Cucu Tok Selampit


"CTS minta maaflah dengan rakan-rakan pembaca yang bukan beragama Islam. Mahu tidak mahu terpaksa CTS tuliskan perkara ini. Banyak caranya untuk mengadakan majlis makan malam yang melibatkan kesemua kaum di Malaysia termasuk yang beragama Islam. 
Apabila majlis makan malam diadakan di dalam sebuah restoran berlaku percampuran di antara yang halal dan yang haram, maka timbulnya syubhah. Jarang sesebuah restoren Cina yang mengendalikan perniagaan makanan yang haram bagi umat Islam mengasingkan peralatan makanan dan masakan seperti kuali, dapur, pinggan mangkuk dan sebagainya. 
Buat juak-juak P"Gay"R, CTS tidaklah hairan sangat. Bab halal dan haram ni, mereka sudah lama tolak ketepi. Yang puak-puak lebai PAS turut sama menyertai jamuan makan malam tersebut apa pula ceritanya? Dah tak ada tempat lain nak melahap tanpa was-was? Inilah akibatnya apabila PAS menjadi kuda tunggan DAP. Sampai makanan yang masuk ke dalam usus menjadi darah dagingpun sudah tidak diperdulikan haram halalnya."


P/S : Apa-apa pun aku ucapkan selamat menjamu selera kepada semua yang pergi jamuan makan malam ni nanti. Lepas tu nanti jangan lupa bagi tau kat aku ye apa rasa makanan halal haram bila dicampur. Jangan silap tuang air Teh dengan Beer atau Sirap dengan Wine ke. Haha!


 

Wednesday, June 20, 2012

Part 1 : Dear @PapaGomo , Jangan Rasa Diri Sudah Cukup Besar Hingga Hilang Rasa Hormat!!

Salam Israk Mikraj dan mungkin tak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua kaum bapa di dunia ini. Salam 1 Malaysia.

This is Papa Gomo

Sebelum apa-apa kemungkinan, aku nak memohon maaf dulu. Kali ini kita akan bercerekarama pula sebab ini adalah 'story' yang menceritakan tentang seorang blogger yang paling ditakuti dan diagungi oleh Pak Menteri dan Cybertroopers iaitu PAPA GOMO. Halamak! Masak aku!


  • Hebat sangatkah dia ni? 
  • Dahsyat sangatkah ilmu dia dalam media siber ni?
  • Mengapa nak agungkan dia sangat? 

And this is Papa Paw..

Okay lah, secara totalnya memang sengaja aku up-kan artikel ini sebab seriously aku dah hilang sabar dengan sikap dan tindak-tanduk dia dan telah mengakibatkan perpecahan sesama sendiri (di antara Bloggers Pro-BN). Aku tau semua orang pasti akan labelkan aku sebagai bangang atau bodoh sebab 'cuit' Si Gomo ni. Why? ini adalah sebab perbezaan taraf aku dengan dia macam 'Sang Kerdil dan Sang Gergasi'. Dia otai! Dia hebat! Mana ada orang berani lawan.... Tapi tak semestinya dia takkan tumbang! Aku bukan nak cabar dan aku bukan nak cari pasal. 


Tapi sebab...


Logo Unit Media Baru (UMB)
Aku adalah seorang blogger 'beginner' dan 'Junior' yang bernaung dibawah Unit Media Baru (UMB). Seperti yang semua orang tau atau buat-buat taktau, UMB ialah target utama PAPA GOMO untuk dijatuhkan kerana dia dah tersalah anggap bahawa UMB ialah penghalang dan pencabar untuk dia terus mendapatkan 'pendapatan luar biasa'. Hal ini juga berkemungkinan besar disebabkan impak hasil kerja UMB yang memberangsangkan dan secara automikalnya telah menjatuhkan 'bursa saham' yang dia laburkan. Selain tu, hari ni juga adalah last day aku kat Putrajaya untuk bersama 'UMBians' sebab aku telah mendapat tawaran kerja baru yang lebih terjamin masa depan. So, kali ini aku putuskan untuk bersuara.
Aku dah lama membisu dan just perhatikan saja serangan kebudak-budakan yang dibuat dia terhadap UMB

PAPA GOMO sudah hilang hormat terhadap 'abang' beliau sendiri sebab dah dikuasai sifat tamak!! Haiya! Kenapa ni Gomo?

'Under Protest' di blog APA 
Semalam kami semua dikejutkan dengan 'suprise' yang dibuat oleh Gomo. Wow! Apakah?



MANUSIA BERNAMA WAN AZRI@PAPA GOMO TELAH MENUMBUK SEORANG BLOGGER YANG DIKENALI SEBAGAI 'APA'.

Hal ini kerana si mangsa (APA) telah mendedahkan kisah peribadi si pemangsa (Gomo) beberapa bulan lalu. Tapi aku tak cukup yakin tu adalah sebab musabab utama, coz ini jugak bermungkinan besar kerana pemangsa menyangka bahawa mangsa adalah tergolong daripada keluarga UMB. Kalau tafsiran ini mungkin betul. Kau gagal lah Gomo, semua anggapan kau salah dan tak tepat langsung. Blogger APA bukannya tergolong daripada keluarga UMB pun, dia just teman rapat dan dia rasa selesa luangkan masa dengan UMB . That's it! Sorry, aku cuma kurang senang dengan tindakan kau sebab umur APA dah 53 tahun, tapi kau tu baru 29.. Lagi satu, kita ni melayu sama melayu. Sendiri mau ingatlah bro.. Adehh.. Mana sifat hormat kau Gomo? Tergamak kan kau tumbuk muka someone yang boleh dikategorikan sebagai abang kau? Tapi aku respect bro APA sebab, kau tak berjaya tumbangkan dia pun walaupun badan dan kudrat kau 2X ganda dari dia. Ish Ish Ish....

Mana kita nak letak muka kita dengan pembangkang ni? Aduhh... Malu la...

Tweet dari blogger pembangkang - Milo Suam
Bagi pandangan aku lah kan, Si Gomo ni dah mati akal untuk serang UMB kat media siber. Sebab UMB memang takda angle untuk disalahkan dan dijatuhkan. Tu la sampai dia sanggup bertindak macam tu. Dah give up la tu. Haiya Gomo, kenapa ni? Mana ilmu media siber kau? Mana sikap positif kau sebagai 'KING OF BLOGGER? dan Mana kita punya tali persaudaraan? Ingat, kita satu perjuangan bro! Haish.. masih layak ker PAPA GOMO ni menyandar 'jawatan' sebagai KING OF BLOGGER dalam arena politik tanah air sekarang ni? Sure sekarang ni pembangkang tengah gelak guling-guling sebab tengok perpecahan antara blogger sekarang ni sebab ni lah point diorang nak kuasai balik medium media sosial ni untuk menang PRU-13 nanti. 

Ni pulak artikel dari blog Ameno World.. Gelak besar dia tengok perpecahan ni...
Aku dapat info via email. Aku akan share kan kandungan email tue kat sini. Aku dah check blogger yang dimaksudkan. Aku tengok blog dia telah diletakkan tanda peringatan iaitu UNDER PROTEST. Which mean dia tengah protest. 
Actually, semalam memang aku nampak pg ada update twitter bagitau perselisihan antara blogger umno dah selesai. Yang mana tak puas ahti tue simpan untuk selepas PRU-13. Kalau nak ungkit ke apa tunggu PRU-13 settle dulu kot. Lebih kurang gitulah maksud dia. 
So kalau aku linked kan citer yang aku dapat via email dengan update dari pg, memang sah lah bahawa mereka adakan perjumpaan baru2 neh. Kalau ikut analisis aku, RASAnya benda neh ada 2 KESIMPULAN tersembunyi. Tapi aku diam2kan dulu. Aku cuma akan bagi hint diperguna or memperguna.  
Selanjutnya ...


P/S : PART II akan menyusul lepas ni