Monday, July 2, 2012

Dr Mahathir Sound Marina Setepek Depan Khalayak!

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.

Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum yang bersih dan adil.

“Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.

“Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya,” katanya.

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

“Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti.

Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.

“Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong,” katanya

Sumber : http://www.klxpress.com.my/

Friday, June 29, 2012

RAFIZI SAMAN NAJIB RAZAK ATAS TUDUHAN RASUAH!



 

Rafizi Ramli hari ini membuat satu laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Rafizi berkata, laporan tersebut dibuat kerana pihaknya mendakwa Najib terlibat dalam pemberian kontrak pembinaan rel tambahan LRT aliran Ampang yang bernilai RM1.1 bilion kepada George Kent Berhad.

Malah, Rafizi mendakwa pihaknya juga memiliki bukti kukuh diatas pertuduhan terbabit.

Katanya lagi, beliau percaya terdapat campur tangan terus oleh Perdana Menteri yang didakwa melanggar proses dan prosedur perolehan kerajaan.

"Saya juga percaya campur tangan ini mempunyai risiko besar kepada negara dan rakyat dari segi jumlah rasuah yang terlibat, risiko keselamatan apabila pembida yang tiada pengalaman diberikan kontrak membina LRT dan melanggar semua peraturan kerajaan.

"Oleh kerana ini melibatkan Perdana Menteri sendiri, saya memohon supaya satu siasatan di bawah jenayah pecah amanah dan salah guna kuasa dijalankan segera secara bebas dan profesional," Rafizi seperti dipetik dari salinan laporan polisnya.

TADI MKP ADA MEMBACA SATU ARTIKEL BERKENAAN ANAK DERHAKA TERANGGANU INI,PERSOALANNYA IALAH FAFIZI TAKUT BERTANDING DIKAMPUNGNYA SENDIRI?

Sejak akhir2 ni nama Rafizi Ramli saya lihat meletup-letup naik. Malah kontroversi perletakan jawatan beliau dari menjadi penasihat ekonomi Selangor tidak banyak mencalarkan imej beliau. Isu NFC banyak menolong melonjakkan nama beliau dalam politik dan nama beliau begitu mesra dibibir penyokong Pkr dan Pas.

Terbaru dikatakan Rafizi bakal menjadi calon Pkr di Parlimen Pandan bagi PRU13 .... hmmmm kerusi yang disandang oleh Ong Tee Kiat.

Saya malas nak komen apa2 hal Pandan cuma timbul satu pertanyaan remeh, dan disebabkan saya pun takde modal nak cerita maka saya nukilkan keremehan soalan itu -

Kenapa Rafizi tak nak balik kampung bertanding ? Maksud saya Rafizi kan dilahirkan di Besut dan dibesarkan di Kemaman .... Kawasan Abdullah Mat Zin dan kawasan Shabery Cheek ... Menteri Penuh tuh !

Isu lembu NFC memang glamer dikalangan orang2 kampung di Terengganu ... atau Rafizi yang tak glamer dikampungnya sendiri........ atau Rafizi yang takut balik kampung ?




Rayuan Pembatalan Saman Bukti Perlaksanaan HUDUD oleh Kelantan Hanya PROPAGANDA









Tuan Nik Abdul Aziz, MB Kelantan merakamkan rasa syukur bila Mahkamah Rayuan menolak saman dari 3 orang penduduk Kelantan yang menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi di negeri itu. Rayuan pembatalan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tak ada kuasa nak melarang aktiviti judi tu telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.


Saman tu telah difailkan oleh 3 orang penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, Lee Khim Hwa dan Gan Han Chuan serta diiringi oleh AJK MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker pada Julai 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Tak nampak lagi ke balaci-balaci PR oi, ini BUKTI bahawa kerajaan Negeri ada kuasa untuk melaksanakan undang-undang hudud berdasarkan kejayaan kerajaan negeri mengenetepikan saman tersebut!


Ni semua permainan PAS semata-mata demi mengaburi mata dan minda rakyat dan isu hudud ni hanyalah demi kepentingan politik sahaja. Kita tengok jela sampai bila PAS nak berdolak-dalih lagi dalam isu hudud ini.
b''