Wednesday, August 1, 2012

@ABBY_ABADI112 Tak Dapat Job, SEMUA SALAH UMNO!

Lama dah aku tak layan blog ni sebenarnya dan belum pernah lagi aku tulis pasal si bangang abadi ni dalam blog aku. Eh, Abby Abadi. #OpsTypo. Kenal tak? Ala Ostazah Abby tu. Walaupun tak de publisiti dari media cetak ataupun keluar kat TV, cerita dia kat blog blog pro apa pun mahupun blog jalanan tetap meletop! Sabar ye kak Abby, dah awak buat diri awak jadi 'santapan' menu 'berbuka' kami tiap hari. Hehe


Haritu aku tengah sebok melayan perasaan kat Twitter, ternampaklah orang RT (retweet) kenyataan Kak Abby (aku tak kuasa nak follow dia) sebagai duta tudung untuk sebuah syarikat telah terbatal secara rasmi. Eh? Tudung sponsor ke rupanya? 







Mungkin pembaca dah tahu Abby Abadi telah dilantik secara rasmi sebagai duta dan jurucakap untuk produk keluaran Al-Humaira Contemporary selepas beliau bertudung.

Namun menurut kenyataan Abby Abadi, pemilik syarikat itu tidak senang dengan maklum balas orang ramai tentang Abby Abadi yang terlibat dalam parti pembangkang.



“Saya terkilan. Saya berniaga. Penglibatan kakak dalam politik sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perniagaan saya,” tulis Abby Abadi yang di’dakwa sebagai kenyataan Hani Elia pemilik Al-Humaira Contemporary 


Akaun Twitter Hani Elia masih boleh diakses namun sekarang  sudah private mungkin tidak mahu diganggu‘tentera’ Abby Abadi yang tidak berpuas hati. Siapa yang cari penyakit, sendiri tanggunglah kan. Adatlah orang berniaga, mestilah nak mencari untung. Kenapa puak-puak PAS nak melenting, bagi job pada Abby kan senang. Kata sama-sama berjihat dan CONFIRM masuk SYORGA!

Aku setuju dengan kenyataan Abby yang mengatakan rezeki itu dari Allah S.W.T, memang BENAR sekali dan yang penting kita usahakan. Tapi janganlah kita mengutuk sana sini sesama Islam. Kata orang itu salah, orang nie jer yang betul. Gunalah akal fikiran yang diberikan Allah S.W.T kepada kita dengan sebaik-baiknya. Renung-renungkanlah dan selamat beramal.






P/S : Aku rasa walaupun Abby melibatkan diri dengan mana-mana parit politik itu bukan sebab yang utama TAPI kenapa mesti pandai-pandai jadi ustazah segera dan tunjuk pandai. Belajar kasi qatam dulu barulah boleh berbicara dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang telah tercatat dalam Islam. Aku mohon janganlah jadi keldai PAS kelak menyesal suatu hari nanti.







Tuesday, July 31, 2012

Promosi 'Syawal Ceria' Bersama Beer Hanya Di Pulau Pinang!










GEORGE TOWN, 31 Julai -- Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal di sini, hari ini.


Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal.



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya Georgetown yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.

Presidennya S M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria"."Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras."Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di Georgetown, hari ini.Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan.- Bernama


P/S : Untunglah Pulau Pinang, negeri lain sebok promosi balang kuih raya, dia sebok promosi botol beer. Hahaha 

Friday, July 13, 2012

Uncle Seekers Ditahan Semula!

Polis tahan semula Uncle Seekers bawah Akta Hasutan

JOHOR BAHRU - Polis menahan semula pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas bagi membantu siasatan berhubung penulisan di blognya www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim, selepas tempoh remannya berakhir semalam.

Bukan Akta Hasutan dah mansuh ke?!

Akta Keharmonian Nasional ganti Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. "Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail.

Najib berkata, tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.

Katanya, keseimbangan itu perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada maklumat yang boleh menyebabkan limpahan maklumat, taraf pendidikan dan sosio ekonomi yang semakin tinggi serta tahap harapan yang semakin meningkat.

"Peruntukan yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama," katanya.
Beliau berkata, rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan peruntukan akta itu tidak akan menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan seperti mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.

"Ia juga meliputi perbuatan untuk menimbulkan permusuhan antara kaum dan mempersoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam Perlembagaan," katanya.

Najib berkata, sebelum menggubal rang undang-undang Keharmonian Nasional ini kerajaan ingin menjemput pandangan dan pendapat rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pertubuhan mengenai perkara yang perlu ditangani dalam merangka perundangan ini.

"Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk mendapat sudut pandangan semua 'stakeholder' (pihak berkepentingan)," katanya.

Najib berkata, kerajaan sedar ada pihak menganggap Akta Hasutan sebagai alat untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan, namun menegaskan anggapan itu tidak berasas sama sekali.

"Lantaran itu, peruntukan baharu ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran keadilan. Sebarang perbuatan menghina mahkamah akan dikendalikan sendiri oleh pihak kehakiman melalui peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah sedia ada," katanya.

Najib juga berkata, kerjaan mengambil keputusan menguatkuasakan serta-merta semua akta baharu dan pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang yang diumumkan dalam Pelan Transformasi Politik termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti.

"Melalui pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang yang sedang berjalan, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik yang mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea.

"Pucuk pangkalnya, kita mahu mencipta sebuah Malaysia yang mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan, seraya kepentingan individu dan komuniti diimbangi," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata Jabatan Peguam Negara boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi petunjuk bagi memastikan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sentiasa dijunjung.

"Saya amat berbangga kerana warga Jabatan Peguam Negara tidak pernah leka dengan sanjungan dan pujian serta tidak melatah setiap kali diasak dengan tohmahan dan fitnah," katanya. - BERNAMA

" Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara " - PM Malaysia


P/S : aku mintak maaf la update blog macam haram lately ni. Busy bro banyak hal. Apa-apa pun terima kasih sb masih sokong tenteramaya. Aku update pun pakai handphone je ni harap ampun kalau ada yg tak puas hati.

MY SLIDESHARE UPLOAD