Bohong konon berlangsung perbicaraan di Perancis
Kuala Lumpur: Tindakan tegas wajar dikenakan terhadap pihak yang sengaja menjatuhkan imej negara dengan menyebar maklumat bohong kononnya perbicaraan mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene sedang berlangsung di Perancis.
Tembelang pihak berkenaan pecah berikutan penafian seorang pendakwa raya Perancis, Yves Charpenel terhadap dakwaan yang disebarkan beberapa portal berita online Malaysia.
Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong, berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti melakukan siasatan, terutama ke atas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang berterusan menggembar-gembur isu Scorpene sedangkan tiada kes perbicaraan mengenainya.
Memburukkan kepemimpinan
Katanya, penafian Charpenel jelas menunjukkan perancangan rapi SUARAM adalah berlandaskan motif politik dan menanam persepsi dalam kalangan rakyat kononnya berlaku rasuah dalam urusan pembelian aset pertahanan negara untuk memburukkan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Rakyat harus membuka mata dengan pecahnya tembelang itu sekarang. KDN mesti mengambil tindakan tegas kerana perbuatan mereka menjatuhkan imej negara,” katanya kepada BH, semalam.
Wednesday, October 10, 2012
Tuesday, October 9, 2012
JANJI TINGGAL JANJI - Anwar Ibrahim & Hadi Awang Pada Tahun Pada tahun 1986 - PAS&UMNO Akan Bersatu Jika Melayu Terancam
Politik dulu-dulu punya cerita...
Janji bulan dan bintang perkara biasa...
Tunai tak tunai belakang kira...
Yang penting kita berkuasa...
Hahaha...
Era 80-an merupakan satu tempoh perang besar di mana, isu 'kafir-mengkafir' hangat diperkatakan di antara dua parti Melayu terbesar PAS dan UMNO.
Kedua-dua parti ini saling cabar-mencabar untuk menunjukkan parti yang mana lebih Islamik. PAS pada waktu itu mengatakan UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam iaitu MCA dan MIC.
Dekad 'kafir-mengkafir' ini bermula daripada sedutan ceramah Hadi Awang pada 7 Disember 1981 di mana ucapan tersebut telah dicetak dan ditampal di markas-markas PAS dan dikenali sebagai 'amanat hadi'.
Amanat yang dicetak dalam empat versi, yang mana versi pertama dicetak dalam versi jawi oleh penerangan PAS Kelantan untuk digunakan dalam pilihanraya kecil Selinsing, pada tahun 1983.
Amanat tersebut akhirnya difatwakan sebagai bertentangan daripada Islam dan gerakan dakwah Islam kerana memecah-belahkan Islam oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Februari 1986.
Selepas kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada 29 Mac 1982 sehingga berlakunya perpecahan di dalam ABIM, satu debat (forum) diadakan oleh Malaysia Ismalic Study Gorup (MISG) pada 25 Disember 1986.
Forum bertajuk "Masa Hadapan Islam di Malaysia" mempertemukan dua individu hebat pada waktu itu iaitu Anwar Ibrahim yang baru menyertai UMNO dan Hadi Awang yang mengatakan UMNO itu kafir.
Debat yang dikendalikan oleh MISG menampilkan Abdul Rahim Ghouse (pemimpin MISG) sebagai moderator ini dianggap perdebatan terbesar yang pernah diadakan dan dibuat ketika Muktamar Sanawi ke-11 di Illinois, Amerika Syarikat.
Dalam forum tersebut Anwar Ibrahim dianggap 'hero' UMNO kerana telah mempamerkan 'kejayaan' beliau selama 4 tahun bersama UMNO/BN, manakala Hadi Awang terang-terangan menyelar pemimpin UMNO sebagai kafir.
Selain Hadi Awang, Ustaz Zaid Kamaruddin juga sebagai panelis turut menyelar UMNO serta pemimpinnya sebagai pemimpin yang mengamalkan fahaman sekularisme.
Satu perkara peristiwa menarik adalah Anwar Ibrahim dan Hadi Awang turut
berjanji sekiranya kedudukan Melayu/Islam terancam, maka PAS dan UMNO akan BERSATU.
Ya...
Hari kita kita dapat saksikan kedua-dua individu ini bersatu, mereka bersatu dengan parti anti melayu yang menentang UMNO sebuah parti yang memperjuangkan nasib kaum melayu dan Islam di Malaysia sejak sebelum merdeka.
Orang PAS dan anak muda yang menyokong pembangkang terlalu naif, bodoh dalam membuat penilaian. Mereka gagal melihat perbezaan serta perubahan yang berlaku ke dalam parti PAS.
Jika UMNO itu kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, adilkah untuk saya mengatakan Nik Aziz, Hadi Awang serta semua pemimpin Islam dalam PAS adalah manusia kafir serta munafik?
Kafir kerana bekerjasama dengan DAP, manakala munafik kerana tidak melaksanakan janji yang diluahkan dari mulut mereka sendiri untuk bersatu jika kedudukan melayu/Islam terancam.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din telah pun menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.
Ini sudah cukup membuktikan bahawa melayu/Islam sekarang ini terancam, sudah tiba masa untuk dua individu ini tunaikan janji yang dikatakan pada tahun 1986.

Itu pun kalau PAS ada 'telur' nak lawan DAP!
Sekarang di antara Hadi Awang dan Anwar Ibrahim siapa munafik dan siapa yang kafir?
sambung bacaan di sini

SUARAM KANTOI TIADA PERBICARAAN!
Pengarah SUARAM Cynthia Gabriel sebelum ini dalam satu forum pernah memberitahu :
"Siasatan (Scorpene) itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memberitahu anda bahawa sepina pertama telah mencapai saksi pertama. Tetapi saya tidak boleh memberitahu anda yang saksi itu atau bila sepina itu telah diberikan. Untuk sekarang, kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah (Perancis) "Menyebut prosiding mahkamah ianya menggambarkan perbicaraan melibatkan Scorpene telah pun berjalan di mahkamah Perancis.
Tetapi kini terbukti, segala tuduhan yang dimainkan oleh pembangkang melalui SUARAM merupakan berita palsu yang bersifat khabar angin dan dinafikan sendiri oleh Yves Charpenel.
Bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa dan anggota eksekutif yang juga anggota penguatkuasa anti rasuah (IAACA) Perancis turut mengingatkan portal berita (malaysiakini) dapat membezakan di antara penyiasatan dan perbicaraan.
Nampaknya malaysiakini yang menerima dana asing kepada dari NED, bertindak menyalurkan maklumat palsu secara besar-besaran di dalam portal berita mereka. Tindakan ini sama dengan peristiwa yang berlaku di Filipina sekitar 1950 an.
Antara maklumat dan laporan palsu berkaitan Scorpene yang dimainkan secara besaran oleh portal bangsat ini adalah jumlah angka-angka seperti komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar, yang mana akhirnya dipertikaikan.
Kerana terdapat keraguan dan dipertikaikan dengan angka EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta mereka bermain dengan angka USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula.
Angka-angka yang disebut Cynthia sebelum ini jelas menipu bertujuan memberi persepsi buruk kepada imej PM dan kerajaan.
Bila SUARAM hendak jawab mengenai dakwaan di bawah :
Any comment ? SUARAM? Make this transparent to us!
Sudah-sudah lah menipu tak kantoi tak apa!
Subscribe to:
Posts (Atom)