Thursday, November 15, 2012

#PrayForGaza - Adakah Kita Cukup Kuat Untuk Menentang Rejim Israel?

Tatkala umat Islam di seluruh dunia menyambut tahun baru 1434 hijrah, kita dikejutkan dengan serangan terbaru Rejim Israel ke atas Palestin. Terbaru, tiga serangan telah dilancarkan oleh Tentera Udara Israel ke atas Genting Gaza awal pagi semalam bagi membalas bedilan roket oleh pejuang Palestin dari wilayah Palestin itu.

Seorang komander kanan tentera Hamas, Ahmed al-Jaabari juga maut dalam satu serangan Tentera Udara Israel. Serangan itu yang menyasarkan al-Jaabari disahkan sendiri oleh Agensi risikan domestik Israel, Shin Bet. Sumber Al-Jazeera melaporkan angka kematian di dalam siri keganasan terbaru tentera Zionis meningkat kepada 11 orang.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana demokrasi, apa yang kita boleh lakukan bagi memberikan tekanan kepada Israel adalah yang pertamanya bersatu. Amat malang sekali di dalam suasana politik pada hari ini, orang Islam yang majoritinya Melayu di negara ini berpecah akibat politik.

Pada pandangan umum hari ini, majoriti masyarakat Cina bersatu di bawah pakatan pembangkang dan DAP. Manakala orang Melayu berpecah kepada Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR. Jadi di mana terletaknya kekuatan majoriti Melayu dan Islam?

Tanpa satu pakatan yang kukuh, bagaimana kita hendak menentang keganasan yang dilakukan oleh Rejim Zionis? Adakah sebagai individu, kita sudah cukup kuat untuk melawan Rejim Israel? Di dalam isu ini, kita tidak boleh bersendirian.

Malaysia sememangnya dikenali di seluruh dunia Islam dan antarabangsa di atas kelantangannya mengutuk dan menentang keganasan Rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa. Tun Mahathir sendiri sehingga hari ini, giat membantu Palestin di peringkat antarabangsa dan membawa isu keganasan Israel ke muka pengadilan.

Pendirian kerajaan Malaysia di bawah setiap kepimpinan Perdana Menteri amat jelas sekali, menolak kewujudan Negara Haram Israel dan secara langsung tidak mengiktiraf kewujudan Negara tersebut di atas peta dunia.

Dalam siri keganasan terbaru Rejim Zionis, kerajaan pada hari ini telah mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas ke atas Israel yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab dan mensasarkan orang awam di Gaza.

Amat malang sekali, pendirian terhadap kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Israel, tidak selari dengan pihak pembangkang di Malaysia yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi menyokong penubuhan Negara Haram Israel. Paling menyedihkan bila kenyataan sokongan terhadap Negara Israel itu dibela oleh pemimpin PAS.

Acapkali berlaku keganasan ke atas Palestin, pihak pembangkang terutamanya PKR, agak segan silu dan ada kalanya membuat seperti tidak ada apa yang berlaku. Apakah tindakan berdiam diri itu bagi menjaga hubungan dengan Israel dan Yahudi?

Seterusnya klik link dibawah :
http://donfaiz.wordpress.com/2012/11/15/prayforgaza-apa-pendirian-kerajaan-dan-pembangkang/


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kenapa Gaza Diserang? Ini jawapannya! #PrayForGaza #GazaUnderAttack

Israel laknatullah menyerang gaza untuk membantutkan proses revolusi yang sedang berlaku di kebanyakan negara ISLAM....
para pemuda Palestine ada juga yang berjihad di Syria...
Untuk memastikan mereka tidak lama di sana dan membantu revolusi Syria, maka semenanjung Gaza diserang agar pemuda palestine pulang semula ke semenanjung Gaza untuk mempertahankannya... Hal ini mungkin atau tidak berlaku. Walau bagaimanapun, kemampuan pejuang palestine kini semakin meningkat dengan pembuatan rocket yang berterusan...
Walaupun pertahanan Israel mempunyai iron dome, akan tetapi kelemahan iron dome adalah RELOAD, seandainya rocket pejuang melebihi peluru yang ada di dalam iron dome, maka israel tidak mampu menyekat rocket pejuang...
Dan memandangkn sempadan Mesir-Palestine telah dibuka, tidak mustahil banyak bantuan2 jihad akan masuk melaluinya...
Untuk apa yang berlaku di Syria, israel cuba menggagalkan revolusi dengan membantu rejim assad, sedangkan mereka tahu akan kemampuan mujahiddin syria yang lengkap bersenjata...
Turki sekarang ini mungkin sedang bersiap-siaga dengan segala yang ada untuk membantu mujahiddin mengawal semapadan berdekatan dan Turki sekarang ini menghadapi krisis puak kurdish yang semakin meruncing....



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, November 14, 2012

@n_izzah Membisu Bila Dicabar DS @Zahid_Hamidi?!

Isu Murtad yg dibangkitkan oleh Nurul Izzah masih tidak reda walaupun hampir seminggu diperkatakan.

Kenyataan pra-matang, tidak berilmu, cemas, bengong dan macam-macam lagi yang dikeluarkan oleh nurul izzah anak kepada Anwar Ibrahim mengenai kebebasan beragama yang telah menimbulkan banyak masalah dan persepsi negatif dikalangan masyarakat...

Nurul izzah yang masih muda ini terus diserang dari pelkbagai sudut akibat keceluparan mulutnya yang beliau ingatkan sebagai jawapan baik... namun hakikatnya, tekaan beliau meleset sama sekali...

Terkini kak Wan Ibu kepada Nurul Izzah yang membiarkan Izzah menceburi bidang politik diusia muda, pula tengah berdrama apabila menyatakan dengan terbuka kesedihan yang dialami olehnya terhadap anaknya... persoalannya, kenapa beliau tidak awal-awal memberi nasihat kepad anaknya untuk bersedia menghadapi rintangan dalam berpolitik...? terutamanya apabila ia melibatkan kesalahan beliau sendiri.....? Kali ini berdrama pula yer...

Terkini! Bilamana Dato Seri Zahid hamidi naib Presiden UMNO telah mencabar Nurul izzah untuk menyaman Malaysiakini kononnya SPIN ucapannya mengenai kebebasan beragama... Sehingga hari ini, Izzah masih belum berbuat sedemikian... Menurut Zahid sebelum ini "Apabila terdesak Nurul Izzah menyatakan bahawa dia tidak berkata demikian seperti dalam akhbar Utusan Malaysia dan akhbar lain, tetapi apabila kita baca Malaysiakini ia turut menyatakan perkara sama..."... ”Kalau mahu saman Utusan Malaysia, saman sekali Malaysiakini, kalau dia berani. Apabila terdesak salahkan orang lain,”

Beliau hanya tahu bermain api dengan Utusan malaysia yang sememangnya tidak disukai oleh Ayahnya Anwar Ibrahim... Tidak adil jika hanya mahu menyaman Utusan, tetapi, Malaysiakini dibiarkan begitu sahaja...

Sambung bacaan di http://pendekarawang1.blogspot.com/2012/11/izzah-membisu-seribu-bahasa-selepas.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

MY SLIDESHARE UPLOAD