Friday, November 16, 2012
Ayuh menderma untuk mangsa keganasan di Gaza!!
Sumber: Islamic Relief Malaysia
Islamic Relief yang mempunyai rangkaian diseluruh dunia kini sedang berusaha mengumpulkan sebanyak AS$1 juta (RM3.07 juta) bagi menampung keperluan ubat-ubatan dan barang keperluan harian.
Sumber: Islamic Relief Malaysia
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut di atas nama Islamic Relief Malaysia:
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB): 1202 90100 6564 3
Malayan Banking Berhad (MBB): 5621 4270 8704
CIMB: 1259 0000 804 058
Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-8926 3434
Laman Web: http://islamic-relief.org.my/
FB Page: https://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysia
Full source : http://donfaiz.wordpress.com/2012/11/16/tabung-kecemasan-bantuan-perubatan-gaza-gema/
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, November 15, 2012
#PrayForGaza - Adakah Kita Cukup Kuat Untuk Menentang Rejim Israel?
Seorang komander kanan tentera Hamas, Ahmed al-Jaabari juga maut dalam satu serangan Tentera Udara Israel. Serangan itu yang menyasarkan al-Jaabari disahkan sendiri oleh Agensi risikan domestik Israel, Shin Bet. Sumber Al-Jazeera melaporkan angka kematian di dalam siri keganasan terbaru tentera Zionis meningkat kepada 11 orang.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana demokrasi, apa yang kita boleh lakukan bagi memberikan tekanan kepada Israel adalah yang pertamanya bersatu. Amat malang sekali di dalam suasana politik pada hari ini, orang Islam yang majoritinya Melayu di negara ini berpecah akibat politik.
Pada pandangan umum hari ini, majoriti masyarakat Cina bersatu di bawah pakatan pembangkang dan DAP. Manakala orang Melayu berpecah kepada Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR. Jadi di mana terletaknya kekuatan majoriti Melayu dan Islam?
Tanpa satu pakatan yang kukuh, bagaimana kita hendak menentang keganasan yang dilakukan oleh Rejim Zionis? Adakah sebagai individu, kita sudah cukup kuat untuk melawan Rejim Israel? Di dalam isu ini, kita tidak boleh bersendirian.
Malaysia sememangnya dikenali di seluruh dunia Islam dan antarabangsa di atas kelantangannya mengutuk dan menentang keganasan Rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa. Tun Mahathir sendiri sehingga hari ini, giat membantu Palestin di peringkat antarabangsa dan membawa isu keganasan Israel ke muka pengadilan.
Pendirian kerajaan Malaysia di bawah setiap kepimpinan Perdana Menteri amat jelas sekali, menolak kewujudan Negara Haram Israel dan secara langsung tidak mengiktiraf kewujudan Negara tersebut di atas peta dunia.
Dalam siri keganasan terbaru Rejim Zionis, kerajaan pada hari ini telah mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas ke atas Israel yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab dan mensasarkan orang awam di Gaza.
Amat malang sekali, pendirian terhadap kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Israel, tidak selari dengan pihak pembangkang di Malaysia yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi menyokong penubuhan Negara Haram Israel. Paling menyedihkan bila kenyataan sokongan terhadap Negara Israel itu dibela oleh pemimpin PAS.
Acapkali berlaku keganasan ke atas Palestin, pihak pembangkang terutamanya PKR, agak segan silu dan ada kalanya membuat seperti tidak ada apa yang berlaku. Apakah tindakan berdiam diri itu bagi menjaga hubungan dengan Israel dan Yahudi?
Seterusnya klik link dibawah :
http://donfaiz.wordpress.com/2012/11/15/prayforgaza-apa-pendirian-kerajaan-dan-pembangkang/
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kenapa Gaza Diserang? Ini jawapannya! #PrayForGaza #GazaUnderAttack
para pemuda Palestine ada juga yang berjihad di Syria...
Untuk memastikan mereka tidak lama di sana dan membantu revolusi Syria, maka semenanjung Gaza diserang agar pemuda palestine pulang semula ke semenanjung Gaza untuk mempertahankannya... Hal ini mungkin atau tidak berlaku. Walau bagaimanapun, kemampuan pejuang palestine kini semakin meningkat dengan pembuatan rocket yang berterusan...
Walaupun pertahanan Israel mempunyai iron dome, akan tetapi kelemahan iron dome adalah RELOAD, seandainya rocket pejuang melebihi peluru yang ada di dalam iron dome, maka israel tidak mampu menyekat rocket pejuang...
Dan memandangkn sempadan Mesir-Palestine telah dibuka, tidak mustahil banyak bantuan2 jihad akan masuk melaluinya...
Untuk apa yang berlaku di Syria, israel cuba menggagalkan revolusi dengan membantu rejim assad, sedangkan mereka tahu akan kemampuan mujahiddin syria yang lengkap bersenjata...
Turki sekarang ini mungkin sedang bersiap-siaga dengan segala yang ada untuk membantu mujahiddin mengawal semapadan berdekatan dan Turki sekarang ini menghadapi krisis puak kurdish yang semakin meruncing....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone