Saturday, November 17, 2012

Adakah Kita Sedar Peranan Belia Dalam Arus Politik Nasional? #Part1

Apabila kita bertanya kepada rakan kita yang berada di awal usia belia mengenai politik, saya yakin kebanyakkan (majoriti) jawapan yang diberikan adalah sama. 'politik semua sama', 'politik itu kotor' dan sebagainya. Ini mungkin dibentuk oleh sikap sesetengah ahli politik pada hari ini yang sering dilihat bertikam-lidah, gelar-menggelar, tuduh-menuduh, merebut kuasa dan sebagainya.

Persepsi tersebut telah membawa mereka (belia) kepada sikap sambil lewa terhadap tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia iaitu mengundi. Kesedaran dikalangan belia pada hari ini mengenai pentingnya undi mereka kepada masa depan negara adalah masih ditahap yang masih rendah dan kebanyakkannya hanya mengambil sikap tidak mahu ambil tahu.

Belia di Malaysia ditakrifkan sebagai seorang yang berumur diantara 16 sehingga 40 tahun. Takrifan belia adalah berbeza di setiap negara. Bila disebut mengenai politik pula, penyertaan belia secara rasmi bermula pada umur 21 tahun yang mana pada umur tersebut, belia sudah pun boleh mengundi. Akan tetapi, ianya memerlukan pendaftaran bagi melayakkan diri seseorang itu menjadi seorang pengundi.

Apa itu politik? Takrifan politik yang pertama diberikan kepada saya oleh seorang guru lukisan kejuruteraan apabila mengulas mengenai perkataan 'poli'. Beliau mentafsirkan 'Politik' sebagai poly tactics yang bermaksud mempunyai pelbagai taktik dan kaedah. Mungkin ada benarnya. Bila melangkah ke alam universiti, saya mendalami sedikit takrifan politik.

Dari satu nota akademik di Universiti, saya terjumpa satu definisi Politik. Politik dari segi bahasa membawa maksud mengurus organisasi masyarakat dan mengambil berat terhadap urusannya manakala dari segi istilah pula mentadbir negara atau hal ehwal negara atau usaha mendapatkan kuasa untuk memerintah.

Tan Sri Harussani Zakaria di dalam artikelnya yang bertajuk 'Luaskan Makna Politik' juga ada menulis mengenai takrifan politik. Dari sudut bahasa, politik ditakrifkan sebagai melaksanakan sesuatu dengan memastikan kebaikan pada perkara itu. Dari sudut masyarakat pula, politik bermaksud mengurus secara bijaksana dan pandangan dengan analisis yang tajam terhadap kesan sesuatu tindakan. Ia juga membawa makna sekumpulan hal ehwal urusan yang berkaitan dengan pentadbiran negara.

Politik pada hari ini pada pandangan masyarakat umum terutamanya sebagai belia sebagai kotor dan jijik. Persepsi negatif terhadap politik adalah disebabkan oleh sesetengah pihak yang menggunakan pendekatan dan fahaman barat dan sekular termasuklah aliran falsafah Machiavelli yang percaya bahawa matlamat menghalalkan sebarang cara (ends justify the means). Pada hari ini, pendekatan berasaskan ideologi ini, diamalkan oleh sesetengah pihak asalkan matlamat mereka untuk menjatuhkan pihak yang satu lagi tercapai walaupun dengan menggadaikan agama.

Machiavelli dalam bukunya La Prince menggariskan 5 teori dalam politik iaitu kekuatan, balas-membalas, kemenangan, kelemahan lawan dan Topeng. Menurut teori Machiavelli, mereka yang kuat akan menjadi pemerintah dan balas-membalas merujuk kepada penjelasan kepada sesuatu pertuduhan dan kemudiannya membalas kembali tuduhan tersebut. Sekiranya pihak yang dituduh berdiam diri, pihak tersebut akan dianggap lemah dan seterusnya tuduhan yang dibuat adalah betul.

Kemenangan pula adalah merupakan puncak kejayaan sesebuah pihak yang kemudiannya meluaskan kuasa dengan mengambil kesempatan ke atas kelemahan pihak lawan. Pengetahuan mengenai kelemahan pihak lawan adalah penting sekali bagi memastikan kemenangan dapat dicapai. Teori yang terakhir sekali iaitu topeng membawa maksud bahawa pelbagai taktik, tipu muslihat, kepura-puraan serta helah digunakan bagi mencapai kemenangan.

Pelbagai definisi politik oleh pihak sekular dan barat yang memberikan persepsi negatif kepada politik seterusnya membawa kemusnahan kepada organisasi politik itu sendiri. Lenin misalnya mentakrifkan politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ) manakala, Harold Lasswell seorang ahli sains politik pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ).

Sumber : http://donfaiz.wordpress.com/2012/11/17/belia-dan-politik-1/


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 16, 2012

Ayuh menderma untuk mangsa keganasan di Gaza!!

Tabung Kecemasan Bantuan Perubatan Gaza (GEMA) telah dilancarkan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) pada hari ini untuk memberikan bantuan perubatan kecemasan secara terus kepada mangsa serangan terbaharu Israel di Gaza.

Sumber: Islamic Relief Malaysia

Islamic Relief yang mempunyai rangkaian diseluruh dunia kini sedang berusaha mengumpulkan sebanyak AS$1 juta (RM3.07 juta) bagi menampung keperluan ubat-ubatan dan barang keperluan harian.

Sumber: Islamic Relief Malaysia

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut di atas nama Islamic Relief Malaysia:

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB):  1202 90100 6564 3
Malayan Banking Berhad (MBB):  5621 4270 8704
CIMB:  1259 0000 804 058

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-8926 3434
Laman Web: http://islamic-relief.org.my/
FB Page: https://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysia

Full source : http://donfaiz.wordpress.com/2012/11/16/tabung-kecemasan-bantuan-perubatan-gaza-gema/
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 15, 2012

#PrayForGaza - Adakah Kita Cukup Kuat Untuk Menentang Rejim Israel?

Tatkala umat Islam di seluruh dunia menyambut tahun baru 1434 hijrah, kita dikejutkan dengan serangan terbaru Rejim Israel ke atas Palestin. Terbaru, tiga serangan telah dilancarkan oleh Tentera Udara Israel ke atas Genting Gaza awal pagi semalam bagi membalas bedilan roket oleh pejuang Palestin dari wilayah Palestin itu.

Seorang komander kanan tentera Hamas, Ahmed al-Jaabari juga maut dalam satu serangan Tentera Udara Israel. Serangan itu yang menyasarkan al-Jaabari disahkan sendiri oleh Agensi risikan domestik Israel, Shin Bet. Sumber Al-Jazeera melaporkan angka kematian di dalam siri keganasan terbaru tentera Zionis meningkat kepada 11 orang.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana demokrasi, apa yang kita boleh lakukan bagi memberikan tekanan kepada Israel adalah yang pertamanya bersatu. Amat malang sekali di dalam suasana politik pada hari ini, orang Islam yang majoritinya Melayu di negara ini berpecah akibat politik.

Pada pandangan umum hari ini, majoriti masyarakat Cina bersatu di bawah pakatan pembangkang dan DAP. Manakala orang Melayu berpecah kepada Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR. Jadi di mana terletaknya kekuatan majoriti Melayu dan Islam?

Tanpa satu pakatan yang kukuh, bagaimana kita hendak menentang keganasan yang dilakukan oleh Rejim Zionis? Adakah sebagai individu, kita sudah cukup kuat untuk melawan Rejim Israel? Di dalam isu ini, kita tidak boleh bersendirian.

Malaysia sememangnya dikenali di seluruh dunia Islam dan antarabangsa di atas kelantangannya mengutuk dan menentang keganasan Rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa. Tun Mahathir sendiri sehingga hari ini, giat membantu Palestin di peringkat antarabangsa dan membawa isu keganasan Israel ke muka pengadilan.

Pendirian kerajaan Malaysia di bawah setiap kepimpinan Perdana Menteri amat jelas sekali, menolak kewujudan Negara Haram Israel dan secara langsung tidak mengiktiraf kewujudan Negara tersebut di atas peta dunia.

Dalam siri keganasan terbaru Rejim Zionis, kerajaan pada hari ini telah mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas ke atas Israel yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab dan mensasarkan orang awam di Gaza.

Amat malang sekali, pendirian terhadap kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Israel, tidak selari dengan pihak pembangkang di Malaysia yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi menyokong penubuhan Negara Haram Israel. Paling menyedihkan bila kenyataan sokongan terhadap Negara Israel itu dibela oleh pemimpin PAS.

Acapkali berlaku keganasan ke atas Palestin, pihak pembangkang terutamanya PKR, agak segan silu dan ada kalanya membuat seperti tidak ada apa yang berlaku. Apakah tindakan berdiam diri itu bagi menjaga hubungan dengan Israel dan Yahudi?

Seterusnya klik link dibawah :
http://donfaiz.wordpress.com/2012/11/15/prayforgaza-apa-pendirian-kerajaan-dan-pembangkang/


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD