Sunday, November 25, 2012

Text Penuh Doa 'KO BN'.. Terima Kasih Pembangkang!

Ini adalah text penuh doa KO BN yang dibacakan pencacai PAS semasa muktamar diorang hari tu.

"Hasbunallah wa ni'mal wakil (7x). Ya Allah…Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya (4x)..kuburkanlah UMNO dan Barisan Nasional (BN) (3x) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini. Kezaliman UMNO dan BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, hamba Mu dan kepada negeri kami ini.

Ya Allah…Engkau mengetahui tentang hal kami. Kami berkumpul di tempat yang penuh berkat di mana engkau mengetahui tentang hal kami. Kami hamba-hamba Mu Ya Allah…Datang dari jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang berkat, di malam yang berkat.

Ya Allah…Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami (4x) melalui perhimpunan munajat kami Ya Allah. Kami hamba-hamba Mu Ya Allah. Sekiranya Kamu mengampuni dosa-dosa kami Ya Allah. Kamu Tuhan maha pengampun lagi maha kasih sayang.

Ya Allah…Kuatkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami, amankanlah rumah tangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami. Anak-anak kami adalah amanah daripada Mu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan akirat nanti, berilah mereka berjaya untuk menolong sunah Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah…hukumlah UMNO. Ya Allah… Hukumkanlah UMNO dan BN. Ko! BN, Ko! BN, BN Ko!, Ko! BN, BN Ko!, BN Ko!, BN Ko! dalam PRU-13 ini Ya Allah. Mudah-mudahan dalam perjalanan kami ke Putrjaya Ya Allah dengan begitu sekali mudah dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalaulah Kamu pernah tenggelamkan firaun di dalam laut. Kamu telah izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah…Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu bagi menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana yang tidak selamat di dalam dan luar rumah dengan ragut, rogol, bunuh, bakar, cincang manusia dan begitu juga dengan bermacam-macam jenayah dan begitu juga dengan bermacam-macam rasuah.

Ya Allah…Habislah negara kami ini dijual oleh UMNO. Singapura dah habis Ya Allah, Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar. Ya Allah…Hancurkan UMNO tumbangkan BN

Rasulullah wa'alaa saidina muhammad wa'alaa alihi wasabi hi wasalam walhamdullillah hirabil aalamin. Allahhuakbar (3x)."

P/S : Agak2 boleh makbul ker kalau macam ni?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAHNIAH NABIL! ANDA TELAH MENJADI BAPA!

NAZIRAH Ayub, isteri pelawak tanah air Nabil Ahmad, selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi.

Nabil ketika dihubungi Sinar Harian Online memberitahu isterinya melahirkan anak melalui kaedah pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam.

"Doktor mencadangkan pembedahan memandangkan bayi sudah besar.

"Alhamdulillah semuanya selamat, isteri pun sihat dan anak perempuan lahir pukul 8.40 pagi tadi," katanya.

Ketika ditanya berat anak pertamanya itu, Nabil menjawab, "saya hanya sempat tengok untuk iqamahkan tadi, jadi saya belum tahu berapa beratnya."

Menurut Nabil, setakat ini nama bagi anaknya masih belum diberi.

Bergelar bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil.

"Saya gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak)," katanya.

Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga 30 September tahun lalu. - SINAR HARIAN
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#PRU13 GEMPAK! ULAMAK BN Bakal Ganti 'ULARMAK' PAS Di Kelantan! Pok Nik Pening?

Golongan ulama antara yang turut dicalonkan Badan Perhubungan Umno Kelantan untuk bertanding sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata mereka terdiri daripada golongan yang berwibawa dan banyak berjasa kepada parti dan negara selain berpotensi untuk menang.

"Kita sudah mengenal pasti nama-nama mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara penutup Program Pelancaran 1Komuniti 1Koperasi di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata nama calon tersebut akan diumumkan lebih awal dari biasa untuk memberi peluang kepada rakyat menilainya.

"Biasanya, termasuk PRU ke-12, dua hari tarikh penamaan calon kita umumkan tetapi kali ini ia lebih awal dari itu," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Jeli.

Mustapa berkata manifesto Barisan Nasional (BN) juga akan turut diedarkan lebih awal supaya setiap rakyat Kelantan dapat meneliti dan membuat pertimbangan.

Katanya manifesto itu, sedang dirangka yang menjurus ke arah perseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani yang sebelum ini sebahagiannya telah diumumkan seperti pembinaan jalan lebuh raya antara Kota Baharu-Kuala Krai.

Beliau berkata, keseluruhannya ia memberi masa depan yang lebih terjamin kepada rakyat Kelantan jika diberi peluang memerintah negeri itu.

Mustapa berkata rakyat Kelantan perlu percaya dan yakin setiap yang terdapat dalam manifesto itu kelak, ia pasti akan ditunaikan sesuai dengan slogan 'Janji Ditepati'.

Pada majlis itu, beliau menerima sumbangan lebih RM3,000 dari Umno Bahagian Pasir Puteh untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel. - BERNAMA



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD