Saturday, December 22, 2012

BONGKAR! MB SELANGOR KANTOI BUSUK TIPU RAKYAT SELANGOR !!



Masih tak habis-habis isu air di Selangor. Kali ini pembongkaran mantap daripada kawan aku. Mampoih hang Khalid..

Khalid kata "Hak air untuk rakyat Selangor jika Penstrukturan semula air di Selangor berjaya"...apa sebelum ini rakyat Selangor tak pernah dapat air ka sampai Khalid gagap ni kata Hak Air untuk rakyat Selangor...
Putar belit Khalid “Pengurangan NRW sebanyak 10% akan menyelamatkan 500 juta liter air sehari” ini adalah amat dangkal sekali yang mana seluruh rakyat Selangor telah disabotaj. 
Kenapa disabotaj? 
Kadar air tidak berhasil (NRW) pada 32% tidak dapat diturunkan lagi adalah berpunca daripada tindakan Khalid sendiri yang telah mensabotaj rakyat Selangor. Kerana tindakan dialah NRW kekal 32%. Dia yang menjadi petualang rakyat Selangor apabila tidak meluluskan permohonan Capex Syabas untuk menaiktarafkan infrastruktur air di Selangor. 
Khalid menafikan yang dia tak bekukan CAPEX Syabas tetapi realiti yang berlaku adalah sebaliknya.. 
Bila Khalid dah bekukan CAPEX Syabas, maka SYABAS tiada modal untuk menggantikan paip-paip air yang kebanyakannya sudah usang. Anggaran sebanyak 6000 km paip yang perlu diganti di Selangor tetapi Syabas hanya mampu membaiki sebanyak 800 km sahaja kerana Khalid tidak meluluskan CAPEX Syabas. 
Jika paip usang ni tidak diganti, maka NRW tidak boleh diturunkan malah berkemungkinan akan meningkat. Maklumlah paip usang banyak masalah!!! ada yang bocor, ada yang tak boleh tahan high pressure...Nak ganti paip pun tak boleh sebab Capex tidak diluluskan Syabas...
Tindakan Khalid tidak meluluskan CAPEX Syabas telah menyebabkan pembaziran air (NRW)….bila nak buat loji rawatan air Langat 2 bagi menambahkan sumber air terawat Khalid tak bagi!! 
Dalam Risalah yang disebarkan kepada rakyat, Khalid kata kalau Penstrukturan berjaya maka “Rakyat Selangor tak perlu tanggung hutang dan kerugian syarikat konsesi” di Selangor...Sungguh mudah Khalid laksanakan tugas untuk sabotaj dan menipu rakyat... 
sambungan 

P/S : KALAU MACAM NI TADBIR NEGERI.. BAIK MATI LAGI BAGUS DARIPADA HIDUP.. PUIHHH !!!

Friday, December 21, 2012

PANAS!! ANWAR BALUN NIK AZIZ!!


Nampaknya semakin jelas menunjukkan bahawa PAS telah tergelincir jauh dari landasan mereka.  Mungkin segelintir daripada kita masih samar-samar pasal hal ni.

Dari Blog MIM :

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa kerajaan PAS Kelantan kurang bijak mengendalikan isu kontroversi salun gunting rambut di negeri itu. 
Menurut beliau, pengurusan kes yang lemah di peringkat negeri menggambarkan seolah-olah pentadbiran kerajaan PAS tidak sensitif dengan cara kehidupan orang bukan Islam. 
Justeru Anwar menyarankan agar kerajaan Kelantan meneliti setiap perundangan yang mahu dikenakan ke atas pengusaha salun. 
"Saya setuju. Isu salun ini diuruskan dengan lemah di peringkat kerajaan negeri (Kelantan) sepertimana yang dinyatakan oleh Exco, kita perlu faham cara hidup orang Cina dan Pakatan Rakyat perlu sensitif dengan isu yang melibatkan mereka,” katanya pada sidang media hari ini. 
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebelum ini dibidas kerana mengambil tindakan saman terhadap pengusaha kedai gunting rambut yang membenarkan pekerja wanitanya yang bukan beragama Islam memotong rambut pelanggan lelaki yang juga bukan beragama Islam.
Setelah dikritik pelbagai pihak termasuk pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat, DAP, Exco Kerajaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan undang-undang berkenaan dibekukan buat sementara waktu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, M Manoharan dipetik sebagai berkata, kerajaan PAS perlu sensitif terhadap perasaan kaum bukan Islam yang menyatakan pendapat tentang tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Kata beliau, PAS tidak perlu mudah tertekan apabila ada pihak lain yang memberitahu tentang kesilapan yang dilakukan.“PAS tidak perlu berasa tertekan apabila ada pihak yang mengetengahkan kesilapan.  
Mereka mesti menjadi sanggup menerima,” kata Manoharan merujuk kepada kenyataan Takiyuddin yang mendakwa penyokong PAS Kelantan mempunyai “niat buruk” apabila memberi respon mengenai isu tersebut. selanjutnya ..

P/S : PAS SESAT! TAK LAYAK JADI PARTI ISLAM!

Tuesday, November 27, 2012

TS @MuhyiddinYassin Hentam Pembangkang Kaw-Kaw Kat #PAU2012 !!

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas parti pembangkang yang mengamalkan politik ultra perkauman, fahaman songsang dan memecah belahkan masyarakat hanya kerana mahukan kuasa.

Timbalan Presiden Umno berkata sejak lima dekad lepas, PAS dan DAP dilihat membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman di negara ini.

"PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci Umno.

DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka.

"Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan serentak Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini Selasa malam.

Muhyiddin berkata PKR pula, menerusi kenyataan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) secara jelas mengenengahkan ideologi songsang yang kononnya atas nama kemunculan politik baharu, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral.

"Dalam kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang sekalipun.

"Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuang ideologi songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama.

Misalnya, kumpulan yang memperjuang hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas," katanya.

Beliau berkata menerusi fahaman songsang itu juga, undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka.

"Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang naib presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain.

Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari'at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam," katanya. Timbalan Perdana Menteri menggesa anggota Umno supaya kemenangan berpihak kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jangan kita serahkan negara kita ini untuk diporak-perandakan oleh pembangkang.

"Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam Umno tidak boleh alpa. Ingatlah, Umno adalah parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam.

Bangkitlah menjadi benteng mempertahan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang," katanya.

Beliau berkata meskipun adakalanya diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan BN sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum dan kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

"Kita yakin rakyat akan terus bersama Umno dan Barisan Nasional untuk mempertahan nilai- nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang", katanya. Muhyiddin turut menyelar tindakan ketua pembangkang yang meminta campur tangan kerajaan asing untuk memastikan pilihan raya negara bersih, bebas dan adil.

"Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihan raya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional, dia tergamak meminta campur tangan asing dalam hal ehwal politik negara kita," katanya.

Beliau berkata itulah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya dengan awal-awal lagi membuat dakwaan pilihan raya di negara ini tidak adil.

Muhyiddin secara sinis meminta ketua pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan dalam PKR agar rakyat dapat melihat komen pemerhati asing mengenai PKR.

"Demokratikkah PKR apabila ketua pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi ketua umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti.

Perkara ini hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada ketua umum, presiden, timbalan presiden, naib presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR)," katanya.

Beliau berkata berbeza dengan Umno di bawah kepimpinan yang sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara dan menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan pembaharuan Umno sedang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. - BERNAMA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD