Saturday, January 5, 2013

PERPINDAHAN MAT YO : TMJ MINTA TS ANNUAR MUSA BUANG ANASIR POLITIK...

Tunku Mahkota Johor meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa agar tidak lagi mempolitikkan isu pembayaran ganti rugi penyerang Darul Takzim FC, Norshahrul Idlan Talaha atau 'Mat Yo'.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, arahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menghendaki Norshahrul menjelaskan bayaran ganti rugi sebanyak RM250,000.

"Pembayaran yang diarahkan oleh FAM adalah sebanyak RM250,000 kepada KAFA, yang akan dibayar hari ini," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Tunku Ismail berkata, Norshahrul yang juga penyerang kebangsaan dan 'Pemain Paling Bernilai' Liga Super musim lalu telah melantik peguam yang akan mengendalikan isu pembayaran ganti rugi itu.

Katanya, Annuar perlu bertindak secara profesional di dalam bidang sukan dengan tidak mempolitikkan atau membesar-besarkan sebarang isu berkait perpindahan Norshahrul ke Darul Takzim FC. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HOT! PRESIDEN MCA PERTIKAI KEBODOHAN DAP DALAM PEMILIHAN CEC!! #DAPracist

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempertikaikan ketelusan DAP yang mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan pemilihan jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu selepas dua minggu pemilihan berlangsung.

Beliau berkata insiden itu merupakan sesuatu yang pelik kerana kesilapan hanya membabitkan dua pemimpin dan bukan kesemua calon yang terlibat dalam pemilihan berkenaan.

"Apa yang lagi luar biasa ia melibatkan seorang Melayu, dan kerana kesilapan ini, dia (Zairil Khir Johari) dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat DAP. Adakah ia sengaja dilakukan supaya dapat memenuhi apa yang sering diperkatakan oleh DAP bahawa mereka adalah sebuah parti yang dikatakan pelbagai kaum, dan bukan sebuah parti yang dikatakan berasaskan kaum Tionghua?," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris Jumaat melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC pada Dis lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Dalam pada Dr Chua turut mempersoalkan kewibawaan DAP untuk mentadbir negara ini dan mengubah nasib rakyat yang berjumlah 28 juta, memandangkan pemilihan jawatan dalam parti yang hanya membabitkan 1,800 anggota, tidak dapat diuruskan dengan cekap, amanah dan telus.

"Saya rasa kecewa dan terperanjat terhadap apa yang berlaku dalam pemilihan parti DAP dengan slogan yang diutarakan oleh DAP ialah 'Ubah'. Kononnya DAP berwibawa dan mampu membuat perubahan kepada nasib dan membela nasib rakyat Malaysia.

"Tetapi dalam pilihan parti yang melibatkan hanya 1,800 anggota mereka melakukan kesilapan dan perkara ini didapati selepas dua minggu," katanya. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GILA!! DISURUH CERAIKAN BINI SEBAB MASUK UMNO??!! #PasSesat

Che Rokeman Musa, 39, menempuh saat paling mencabar kesabarannya apabila berulang kali didesak oleh mentuanya supaya menceraikan isterinya setelah dia meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO pada 2008.

Bapa kepada tujuh orang anak itu yang menetap di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini, menceritakan jika tidak kerana salah seorang anak kecilnya yang manja sentiasa menyejukkan hatinya dia tidak tahu bagaimana keadaan keluarga kini.

"Isteri saya menangis setiap kali mendengar gesaan keluarganya. Dia dalam keadaan tersepit apatah lagi hubungan kami mesra biarpun saya tidak boleh berikan kemewahan kepadanya. Mentua melihat saya tidak lagi layak menjadi suami kepada anaknya kesan gejala mengkafirkan UMNO.

"Syukurlah keluarga kami bertahan dan kekal bersama anak-anak," ujar Che Rokeman yang bertugas sebagai operator jentera berat ini. - UTUSAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MY SLIDESHARE UPLOAD