Ini merupakan kisah Pak Husin yang merupakan mangsa kekejaman PAS. Terbukti sudah kekeldaian PAS yang selama ini mereka menafikan. Melayu sanggup makan Melayu? Tanahnya tergadai ditangan DAP angkara PAS. Hidupnya susah kerana PAS. Semua bencana yang menimpa hidupnya semuanya angkara PAS. Lepas ni silap-silap Kelantan pun akan jadi macam Pulau Pinang. Jangan fikir advance sehari, tapi kita kena fikir advance berdekad.
Sunday, January 6, 2013
[VIDEO] : TANAH PAK CIK TERGADAI DITANGAN DAP ANGKARA PAS!! #TukarKelantan
Ini merupakan kisah Pak Husin yang merupakan mangsa kekejaman PAS. Terbukti sudah kekeldaian PAS yang selama ini mereka menafikan. Melayu sanggup makan Melayu? Tanahnya tergadai ditangan DAP angkara PAS. Hidupnya susah kerana PAS. Semua bencana yang menimpa hidupnya semuanya angkara PAS. Lepas ni silap-silap Kelantan pun akan jadi macam Pulau Pinang. Jangan fikir advance sehari, tapi kita kena fikir advance berdekad.
Saturday, January 5, 2013
SAMAN TRAFIK RM10 JUTA SETAHUN DI KL??
Menurut Polis Kuala Lumpur, sebanyak 22,054 saman dikeluarkan sejak Januari hingga September tahun ini dan 33,836 saman pada 2010 yang melibatkan RM10.15 juta dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di ibu kota.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata untuk tempoh sama tahun lepas, sebanyak 35,185 saman dikeluarkan bagi kesalahan melanggar lampu isyarat menjadikan jumlah saman RM10.55 juta.
Untuk setiap kesalahan lampu isyarat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, setiap pesalah trafik dikenakan denda RM300.
Beliau berkata saman-saman yang dikeluarkan adalah berdasarkan rakaman kamera yang diletakkan di persimpangan lampu isyarat dan oleh anggota trafik yang ditempatkan mengawal lalu lintas di sekitar ibu kota.
BAYAR SAMAN:
Pendedahan jumlah pengeluaran saman serta 'bayaran kesalahan' itu hanya meliputi kawasan di dalam ibu negara sahaja, namun berapa banyak pula saman dikeluarkan kepada para pengguna dan di seluruh negara? Tentu jumlahnya berlipat kali ganda.
Ia jelas memberi gambaran sikap rakyat negara ini yang ternyata tidak sayang nyawa, sanggup menggadai keselamatan diri dan orang lain semata-mata mahu tiba awal ke destinasi dituju.
Bagi mereka, wang bukanlah suatu masalah besar untuk 'membayar' kesalahan yang dilakukan, justeru, undang-undang dilihat kurang 'berkesan' mengikis sikap penting diri mereka.
Laporan akhbar, iklan di televisyen yang memaparkan kemalangan tragis yang berlaku akibat tidak mematuhi lampu isyarat, juga tidak memberi kesan kepada golongan seperti ini.
"Semua ini berbalik kepada diri masing-masing... soal jaga diri, beringat tentang keselamatan orang lain dan sikap penting diri sendiri. Belajarlah menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.
FAHAMI MAKSUD ISYARAT KUNING :
"Ramai pemandu menganggap remeh terhadap menghormati lampu isyarat namun hakikatnya ia menjamin keselamatan pemandu dan melancarkan laluan trafik di ibu negara agar jalan raya tidak sesak sepanjang masa," katanya kepada Bernama.
Rusly berkata sikap tidak bertanggungjawab itu bukan saja mengundang bahaya kepada pemandu yang melanggar lampu isyarat tetapi juga kepada pemandu lain.
"Ramai orang tidak faham, lampu isyarat kuning bukan bermaksud anda perlu meningkatkan kelajuan, tetapi ia bermaksud anda perlu bersedia untuk berhenti, perlahankan kenderaan atau lebih elok, terus berhenti," katanya.
TINGKAT KOMPAUN :
Beliau berkata cadangan meningkatkan kadar kompaun kerana kesalahan melanggar lampu isyarat memang boleh dilaksanakan, tetapi ia hanya membebankan golongan kurang berkemampuan.
"Mereka yang tak mampu mungkin serik (langgar peraturan)... tetapi bagaimana pula dengan golongan yang berduit dan saman yang berkeping-keping itu mudah sahaja dilunaskan," katanya.
Pada Jun lepas, seorang pemandu bas RapidKL dan pemandu kenderaan pacuan empat roda maut dalam satu kemalangan di simpang empat persiaran APEC di Cyberjaya.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Foo Hong Kam, 55, maut di tempat kejadian manakala pemandu bas RapidKL, Ismail Ahmad, 54, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang dipandu Ismail melanggar lampu isyarat merah dan merempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut.
Bas tersebut turut melanggar sebuah motosikal, namun penunggang tersebut hanya mengalami cedera ringan.
HORMATI UNDANG-UNDANG:
Sementara itu, seorang pengguna jalan raya, Mohd Annas Hakime, 31, berkata orang ramai perlu menghormati undang-undang yang ditetapkan kerana ia bukan untuk kepentingan pihak berkuasa, tetapi untuk keselamatan pengguna jalan raya itu sendiri.
"Ada sesetengah pengguna jalan raya suka ambil kesempatan dengan memecut kenderaan mereka apabila lampu isyarat berwarna kuning. Apa salahnya berhenti kerana sekelip mata sahaja ia akan bertukar merah.
"Kalau hanya dia (pemandu) sahaja tak apalah, ini bawa anak sampai tiga empat orang, kenapa sanggup menggadai nyawa?," katanya.
Bagi Nur Muniera, 29, seorang pekerja am pula berpendapat pihak berkenaan, terutama polis, perlu meningkatkan jumlah bayaran saman atau hukuman yang lebih berat agar dapat mendidik pengguna jalan raya untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Mereka pasti serik," katanya. -BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PERPINDAHAN MAT YO : TMJ MINTA TS ANNUAR MUSA BUANG ANASIR POLITIK...
Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, arahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menghendaki Norshahrul menjelaskan bayaran ganti rugi sebanyak RM250,000.
"Pembayaran yang diarahkan oleh FAM adalah sebanyak RM250,000 kepada KAFA, yang akan dibayar hari ini," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.
Tunku Ismail berkata, Norshahrul yang juga penyerang kebangsaan dan 'Pemain Paling Bernilai' Liga Super musim lalu telah melantik peguam yang akan mengendalikan isu pembayaran ganti rugi itu.
Katanya, Annuar perlu bertindak secara profesional di dalam bidang sukan dengan tidak mempolitikkan atau membesar-besarkan sebarang isu berkait perpindahan Norshahrul ke Darul Takzim FC. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.