Tuesday, January 22, 2013

#RCISabah @AzminAli KANTOI BUSUK KENCING RAKYAT!! @HishammuddinH2O


Nampaknya Azmin Ali confirm gelabah dengan pendedahan yang dibuat oleh Blogger Double-Y ni... Tak habis-habis nak letakkan semuanya atas kepala UMNO, sekarang tengoklah.. dia sendiri yang kantoi.. Hahaha! 

Dipetik daripada laman Double-Y :

Isu 'Projek IC' mungkin asing bagi rakyat di semenanjung, namun kisah-kisah dan cerita tentang wujudnya aktiviti pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk mengundi UMNO/BN sepanjang pemerintahan Tun Mahathir Mohammed telah lama diperkatakan oleh rakyat Sabah. 
Pelbagai kisah muncul, ada yang mengatakan seramai 40,000 warga asing diberikan kerakyatan, ada juga yang mengatakan jumlah tersebut mencecah berjuta warga asing di Sabah.
Disebabkan pelbagai andaian, persepsi dan cerita yang meniti di bibir rakyat Sabah ini sejak sekian lama. PM memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya di Raja (RCI) yang diumumkan pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izin di Sabah. 
Usaha murni dan ikhlas DS Najib Tun Razak membuktikan kerajaan begitu komited untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Sabah dan ia semakin serius apabila ada pihak yang menerbitkan buku menceritakan wujudkan aktiviti pemberian kerakyatan melibatkan kepimpinan tertinggi kerajaan pada masa itu. 
Tetapi apabila meneliti kebanyakkan buku yang ditulis oleh penulis bernama Mutalib, ia berkisar cakap-cakap mulut beberapa bekas pegawai kerajaan tanpa disokong oleh bukti atau dokumen yang kukuh. 
Pendengaran prosiding pertama RCI yang berakhir pada 18 Januari menyaksikan beberapa saksi dipanggil yang mana pelbagai pengakuan telah dicatitkan. 
Walaupun baru sessi pertama prosiding, pembangkang terlebih dahulu dilihat menjadi hakim dalam prosiding tersebut dengan menjatuhkan pelbagai hukuman ke atas mantan PM Tun Mahathir Mohammed 
Terma-terma yang digunakan pula telah menimbulkan salah faham masyarakat serta menimbulkan persepsi buruk terhadap jabatan-jabatan kerajaan seperti JPN, SPR dan MKN. 
Sambungan [KLIK]

Sunday, January 20, 2013

#TukarKelantan : Cybertroopers Kelantan Dilancarkan!! Pembangkang Kecut Perut!! @mustapha_muhamed @tunfaisal @NajibRazak

Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menggunakan sepenuhnya media sosial untuk memperjelas dan menjawab fitnah serta isu yang dibangkitkan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin penggunaan media sosial dapat menarik pengundi terutama golongan muda dan terpelajar untuk memahami kedudukan sebenar politik semasa negara.

“Kita ada kira-kira dua bulan lagi, saya mahu bermula hari ini sehingga pilihan raya kita akan menggembleng tenaga secukupnya untuk menangkis fitnah yang dibawa oleh mereka,” katanya.

Mustapa berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Simulasi Pilihan Raya dan melancarkan Jentera Siber Pemuda BN Kelantan di sini malam kelmarin.

Turut hadir ialah Pengerusi Unit Media Baharu (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz.

Jentera Siber Pemuda BN merupakan program UMB yang dilancarkan di seluruh negara dan bermula di negeri Kelantan.

MY SLIDESHARE UPLOAD