"Beliau mengambil langkah-langkah yang dilihat untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Palestin, memperjuangkan nasib orang (rakyat Palestin) yang tertindas.
"Keputusan (pengguguran) dibuat seolah-olah menidakkan usaha-usaha baik dan kerja-kerja amal yang dilakukan Nasharudin, sedangkan Pas kata dia perjuangkan Islam.
"Dia (Nasharudin) perjuangkan sesuatu yang baik, saya percaya Nasharudin tidak akan berhenti dari usahanya berbuat sesuatu untuk umat Islam. Tapi apapun itu hak mereka (Majlis Syura Ulama), kita cuma memerhati apa yang dilakukan Pas," katanya dipetik Bernama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Pas menggugurkan Nasharudin daripada Majlis Syura dilihat bermotif
politik.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Ahli Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.
"Sepatutnya dia (Pas) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.
"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada Pas.
"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharudin," katanya di Kuala Lumpur.
Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.
"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya. - Sinar