Tuesday, January 29, 2013

#IsuNasha : Ingatkan Kita Jer Pelik Dengan Pemecatan Ni, Rupanya TPM Lagi Teruk Dari Kita.....


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengguguran Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura Pas sebagai satu tindakan yang aneh.

"Beliau mengambil langkah-langkah yang dilihat untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Palestin, memperjuangkan nasib orang (rakyat Palestin) yang tertindas.

"Keputusan (pengguguran) dibuat seolah-olah menidakkan usaha-usaha baik dan kerja-kerja amal yang dilakukan Nasharudin, sedangkan Pas kata dia perjuangkan Islam.

"Dia (Nasharudin) perjuangkan sesuatu yang baik, saya percaya Nasharudin tidak akan berhenti dari usahanya berbuat sesuatu untuk umat Islam. Tapi apapun itu hak mereka (Majlis Syura Ulama), kita cuma memerhati apa yang dilakukan Pas," katanya dipetik Bernama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Pas menggugurkan Nasharudin daripada Majlis Syura dilihat bermotif
politik.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Ahli Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.

"Sepatutnya dia (Pas) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.

"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada Pas.

"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharudin," katanya di Kuala Lumpur.

Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.

"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya. - Sinar

Monday, January 28, 2013

#TukarKelantan : [FOTO] #GelombangMerah : Perhimpunan Pekebun Kecil Wanita Kelantan


Sebentar tadi baru sahaja selesai Perhimpunan Pekebun Kecil Wanita Negeri Kelantan yang diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Perhimpunan penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Presiden UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Muhammed.  Seramai lebih 2, 000 orang hadir dan kehadiran seramai ini betul-betul diluar jangkaan dan memberi impak hebat kepada hadirin yang telah hadir. Terima kasih kepada yang datang.










P/S : Terbaik! Masa untuk #TukarKelantan kepada pemerintahan BN!!

Adakah Benar FB @rafiziramli Digodam Atau Dia Semata-Mata Mahu Membuat 'Come Back'??


Nampaknya Si Jambu Anwar ni masih dahagakan 'kasih sayang' walaupun dijaga Anwar seperti menatang minyak yang penuh. Kenyataan maaf kepada DS Zahid Hamidi yang diupdatekan di status FB Si 'RaRa' ni jika diikutkan logik, akaunnya tidak digodam. Jika akaun seseorang users sedang digodam, users tersebut tidak boleh menggunakan application tersebut langsung. Walhal, timelines FB Si RaRa ini berjalan seperti biasa. 

Tapi berkemungkinan besar....

Tuduhan Rafizi bahawa akaun fb miliknya telah digodam (oleh cybertroopers UMNO) adalah semata-mata kerana beliau perlukan publisiti singkat untuk membuat 'come back' seperti mana yang selalu dibuat oleh Papa beliau, Si Anwar Ibrahim. Seperti apa yang kita tahu sekarang, nama beliau yang semakin pudar dan senyap sepi ditindih nama Abby Adabi. So, dia terpaksa menggunakan 'point' ini sebagai satu titik permulaan untuk pembentukan rancangan barunya semula kerana masa sudah suntuk. Maklumlah pemimpin-pemimpin pembangkang kan tengah tergedik-gedik nak isi kerusi untuk PRU dah. Jom kita sambung baca kat bawah pulak.....


ATAU RAFIZI MAHUKAN PUBLISITI SEPERTI INI?



Dari laman blog Tun Faisal :-

Rakyat makin meluat dengan propaganda pelik mainan pembangkang. Terbaru, Mat Jambu Rafizi `RaRa' Ramli menyalahkan UMNO dan menuduh cybertroopers UMNO menggodam akaun facebooknya. Apa punya propa la you main ni Rafizi? Sendiri hack, lepas tu salahkan orang lain ka?

Rakyat makin bijak lah. Jika mereka rajin meneliti propaganda dan sandiwara pemimpin pembangkang, mereka boleh mengesan beberapa persamaan tertentu. Mari lihat persamaan insiden ini dengan beberapa insiden yang lain yang melibatkan mahasiswa pro-pembangkang sebelum ini. 

Lihat link di bawah untuk memahami apa yang dimaksudkan -

Sandiwara ProM #ProMenipu tagih undi simpati tak menjadi, @edikoup diminta bermubahalah - http://tunfaisal.blogspot.com/2012/09/sandiwara-prom-promenipu-tagih-undi.html

#PRKampus Pro-M pukul orang sendiri untuk tagih simpati? #ProMenipu - http://tunfaisal.blogspot.com/2012/09/prkampus-pro-m-pukul-orang-sendiri.html

Ugutan : ProM #ProMenipu ulang skrip lama, ada juga yang tertipu - http://tunfaisal.blogspot.com/2012/09/ugutan-prom-promenipu-ulang-skrip-lama.html

Soalan mudah: betulkah akaun Rafizi digodam?

Kalau lah akaun facebook Rafizi digodam, sudah tentu dia tidak boleh mengakses dan menggunakan akaun facebook nya sama sekali. Bila saya lihat akaun facebook Rafizi sebentar tadi, nampaknya macam tiada masalah langsung dan Rafizi masih boleh mengemaskini status dan menggunakan akaun facebook tersebut dengan lancar. 

Sandiwara? Takkan kaedah dan taktik Pakar Strategi PKR sama dengan kaedah Mahasiswa Pro-Pembangkang (Pro-M)? Apa barang sama level, tak de kelas la pak cik.... 

Berikut kenyatan media yang dikeluarkan oleh Rafizi :-

"Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato’ Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato’ Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini."

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013

PRINTSCREEN KAT BAWAH NI PULAK KETIKA LAMAN BLOG ANWAR IBRAHIM KONONNYA DIGODAM SUATU KETIKA DULU. 

MATLAMATNYA DAN SITUASINYA LEBIH KURANG SAMA KAN? IAITU PUBLISITI DAN MENGELUARKAN STATUS BERUNSUR KEBAIKAN (TETAPI MENAFIKAN). LASTLY SALAHKAN CYBERTROOPERS UMNO. PIRAHHHH!!




MY SLIDESHARE UPLOAD