Friday, February 15, 2013

AYUH BERSAMA KITA BERAMAL DI #Gig4Gaza #JelajahAnakMalaysia!!


Jangan lupa hadirkan diri HARI INI!!!

Program 'Gig For Gaza' ini adalah satu program berkonsepkan 'beramal sambil berhibur' ini adalah anjuran Majlis Belia Putrajaya. Majlis ini adalah sempena menyambut konvoi Jelajah Anak Malaysia [KLIK] pulang ke Putrajaya. Selain itu, ianya juga adalah kerana bagi membantu pasukan RELA dalam Kempen Tabung Selamatkan Gaza. Ayuh sama-sama kita menyumbang!!

  • TARIKH: 15 Februari 2013 (HARI INI)
  • MASA: 3.00 ptg - 6.30 ptg
  •              8.00 mlm - 11.30 mlm
  •  
  • TEMPAT : Kelab Tasik, Presint 8, Putrajaya.
  • ARTIS JEMPUTAN: Mirwana, Saff One, Frens, Six Thirty, Souls, K-Langit, Radhi OAG, Aries Band,Zehra Zambri, Altimet, Yatt Hamzah dan DIANA AMIR!!




#HTK2013 : 'SUARA RAKYAT' YANG BAKAL LUMPUHKAN REJIM NIK AZIZ!!


Inilah kuasa Gelombang Merah!! Jangan lupa pada pukul 3.00 petang ini bertempat di perkarangan Wisma UMNO Negeri Kelantan, Kota Bharu dimana akan diadakan Himpunan Tukar Kelantan #HTK2013. Himpunan ini dianggarkan seramai 10,000 orang dari seluruh pelusuk negeri ini akan bersatu disatu 'check-point' utama (Wisma UMNO Kelantan) untuk menyuarakan isi hati mereka yang telah diperbodohkan sepanjang 23 tahun pemerintahan Rejim Nik Aziz.


Jangan lupa ikuti live update HIMPUNAN TUKAR KELANTAN 2013 dengan follow hashtags #HTK2013 di laman twitter atau di timeline laman facebook Tukar Kelantan .

Thursday, February 14, 2013

[VIDEO] #TukarKelantan : TAHNIAH! CINA KELATE SEDIA TERIMA TOK PA JADI MB BARU!!


Kerajaan PAS Kelantan seringkali mendabik dada kononnya masyarakat cina di Kelantan sangat berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan negeri. Namun, harus diingat masih ramai masyarakat cina di Kelantan yang mahukan masa hadapan mereka lebih terjamin di bawah pentadbiran kerajaan yang baru.

Buktinya, baru-baru ini kira-kira 2000 masyarakat cina membanjiri Jalan Kebun Sultan bagi menyambut kunjungan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, YB Dato Seri Mustapa Mohamed. Tok Pa sempat bersama mereka dalam program Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat sempena sambutan Tahun Baru Cina.

VIDEO:



Hadirin dilihat begitu selesa dengan sifat rendah diri dan lemah lembut Tok Pa. Ada yang mengiringi Tok Pa sambil mengibarkan bendera BN. Tok Pa berjalan kaki kira-kira 300 meter dari Jalan Kebun Sultan ke Pasar Pohon Pinang untuk menemui setiap peniaga-peniaga di kawasan tersebut. Turut teruja dengan kehadiran Tok Pa adalah masyarakat cina yang sedang sibuk membeli belah untuk persiapan perayaan Tahun Baru Cina. Tok Pa turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa.

Lagi gambar dibawah:





Credit to : TUKAR KELATE!

MY SLIDESHARE UPLOAD