Wednesday, March 6, 2013

#PrayForSabah : Majlis Bacaan Yassin "KO Pengganas Sulu" !!!


Berikut adalah video semasa majlis bacaan yassin di Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan semalam. Majlis itu merupakan satu majlis khas sebagai hadiah kepada semua mangsa yang terkorban dan semoga krisis di Sabah segera selesai...

Tuesday, March 5, 2013

#LahadDatu: UPDATE! KENYATAAN RASMI KPN!! #Pray4Sabah #PrayForSabah

Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo. - PDRM

#TukarKelantan [VIDEO] : PADAN MUKA @tianchua , ANAK MUDA KELANTAN BUAT REPOT POLIS PULAK!!!


Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian hari ini bertindak membuat satu laporan polis terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Naib Presiden PKR Tian Chua yang mendakwa UMNO terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu.


Anuar yang mewakili ahli pemuda UMNO Kelantan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian turut berkata ; "Kita tidak mahu beliau menuduh lagi UMNO terlibat dalang dalam insiden Lahad Datu, ini tuduhan yang melampau dan kami juga ingin memberitahu Tian Chua bahawa selama ini UMNO yang sentiasa mempertahankan keamanan."

Selain di Kelantan, laporan polis turut dibuat oleh beberapa pihak ekoran tindakan Tian Chua yang bersikap kurang ajar dan biadap selain menghina anggota-anggota PDRM yang terkorban dalam insiden tersebut.- TUKAR KELATE