Friday, March 8, 2013

1 JUTA PUNYA PASAL, ANAK DIGADAIKAN. BAPA JENIS APA NI??


Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan anaknya telah dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."

Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali berganjak."

"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.

Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.

Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat. - KB NEWS

#LahadDatu: Orang Sulu Berkumpul Bantah Kiram!!!


Sandakan - Bukan semua bangsa Suluk yang jahat. Bukan semua bangsa Suluk yang dahagakan peperangan. Bangsa Suluk yang menceroboh di Malaysia adalah sebahagian kecil daripada pengikut-pengikut Jamalul Kiram III. Perlu diingat Jamalul Kiram III bukan Sultan Sulu yang diikraf majoriti. Terdapat 11 lagi nama yang mendakwa sebagai Sultan Sulu. Susur gaur Jamalul Kiram III amat jauh jika dibandingkan dengan yang lain. Media seharusnya tidak memanggil Ketua Lanun yang buta sebelah matanya ini sebagai Sultan Sulu. 

Jamalul Kiram III mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari, pemimpin MNLF (jangan sekali-kali keliru dengan MILF). Misuari pula mempunyai hubungan akrab dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Pakatan Haram langsung tidak mempunyai sebarang bukti Kerajaan Barisan Nasional pernah bertemu dan berurusan dengan Ketua Lanun, Jamalul Kiram III. Namun, kita mempunyai gambar hubungan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari. 

Gambar-gambar di bawah menunjukkan orang-orang Suluk cintakan kedamaian. Petang tadi berlangsungnya perhimpunan aman oleh bangsa Suluk di Sandakan yang mana menentang sekeras-kerasnya serangan pengganas di bawah pimpinan Jamalul Kiram III kerana hanya memburukkan lagi nama bangsa Suluk dimata dunia. Kita hendaklah jangan pukul rata baik buruknya sesuatu bangsa. Contohnya Tun Dr Mahathir Mohammed dan Anwar Ibrahim kedua-duanya mempunyai darah keturunan mamak muslim. Bandingkan kelakuan mereka berdua. Ibarat langit dengan bumi. Jadi, kita tidak boleh mengatakan sesuatu bangsa itu baik atau jahat bukan? - CTS

Thursday, March 7, 2013

#LahadDatu: DEDAH!! BUKTI LENGKAP BAHAWA INI BUKAN MAYAT ANGGOTA @PDRMsia !!

Semalam kecoh dengan desas-desus ekoran fitnah dari pihak Penceroboh Sulu dan Pembangkang dari negara kita mengatakan bahawa mayat-mayat yang dijumpai oleh anggota keselamatan kita itu merupakan mayat anggota PDRM. Sekali pandang memang logik. Dua kali pandang pun logik juga kerana gambar ketika mayat itu dijumpai sememangnya 100% nampak betul dengan apa yang pembangkang katakan. 

Dipercayai gambar itu telah dimuatnaik dari laman facebook seorang aktivis tegar MNLF dan mendakwa dirinya adalah Nur P.Misuari, iaitu pengerusi MNLF.

Disini dilampirkan screenshot:

Dilaman FB ini, pelbagai hasutan telah dilakukan supaya dapat menarik rakyat Sabah untuk bersama mereka. Nasib baik tiada yang termakan dengan kata-kata syaitan darinya itu.

Disini pula adalah gambar yang telah dimuatnaik ke lamannya:


Gambar diatas berjaya memikat hati rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Malaysia ialah penipu kerana menyatakan itu bukan mayat anggota PDRM. Kebetulan pada hari tersebut, kenyataan Ketua Polis Negara ada menyatakan bahawa jumlah keseluruhan kematian Penceroboh Sulu tidak akan diumumkan sehingga Ops Daulat selesai. Ketika ini, media pembangkang tak henti-henti menyebarkan fitnah ini. Adakah mereka ada menerima elaun khas daripada MNLF? Atau mereka takut Anwar dipenjarakan lagi?

Hakikatnya, gambar diatas adalah bukan mayat anggota PDRM. Jangan jadi bodoh percaya kepada mereka. Sedangkan sudah angkat bendera putih pun sempat lagi ambil kesempatan untuk bunuh Komando VAT69 kita, lagikan pula isu gambar yang sekecil pajera hadapan senjata mereka?? Fikir-fikirkan sejenak la yer... Takkan dah lupa? 

Ini adalah gambar yang membuktikan bahawa gambar diatas adalah fitnah:   


Gambar kecil itu adalah gambar Penceroboh Sulu yang mati ditembak ditempat lain, dan 'gambar yang difitnah' itu pula menunjukkan bahawa mayat itu cukup sifat berpakaian ketenteraan Sulu. 

Antara yang dinafikan daripada gambar asal:


  • Kasut but operasi yang dipakai adalah sama, manakala kasut but operasi pasukan PDRM tidak ada yang Issue. Yang ada dijual di Malaysia hanyalah jenama SWAT, MAGNUM, 5.11
  • Stokin yang dipakai adalah sama dengan anggota Ketenteraan Sulu yang lain (Stokin pun Issue?).
  • Pasukan PDRM memakai tali pinggang operasi, manakala mayat ini tidak memakainya.
  • Terdapat mayat yang memakai but issue dari Angkatan Ketenteraan Filipina, manakala pasukan PDRM tidak mempunyai but operasi issue, kecuali but kawad sahaja.


Sememangnya pembangkang ni suka memecahbelahkan sesama kita. Blah la wei!!

MY SLIDESHARE UPLOAD