Saturday, March 9, 2013

[VIDEO] : #LahadDatu : KIRAM AJAK NAJIB PERANG!!!

Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.


Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :

”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita."

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.
Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Sehingga ke hari ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum menjelaskan apakah motif beliau berjumpa dengan dengan Nur Misuari.

Baca juga artikel ini: Anwar Masih Belum Jawab Motif Jumpa Nur Misuari Sebelum Pencerobohan Lahad Datu.

Friday, March 8, 2013

1 JUTA PUNYA PASAL, ANAK DIGADAIKAN. BAPA JENIS APA NI??


Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan anaknya telah dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."

Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali berganjak."

"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.

Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.

Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat. - KB NEWS

#LahadDatu: Orang Sulu Berkumpul Bantah Kiram!!!


Sandakan - Bukan semua bangsa Suluk yang jahat. Bukan semua bangsa Suluk yang dahagakan peperangan. Bangsa Suluk yang menceroboh di Malaysia adalah sebahagian kecil daripada pengikut-pengikut Jamalul Kiram III. Perlu diingat Jamalul Kiram III bukan Sultan Sulu yang diikraf majoriti. Terdapat 11 lagi nama yang mendakwa sebagai Sultan Sulu. Susur gaur Jamalul Kiram III amat jauh jika dibandingkan dengan yang lain. Media seharusnya tidak memanggil Ketua Lanun yang buta sebelah matanya ini sebagai Sultan Sulu. 

Jamalul Kiram III mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari, pemimpin MNLF (jangan sekali-kali keliru dengan MILF). Misuari pula mempunyai hubungan akrab dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Pakatan Haram langsung tidak mempunyai sebarang bukti Kerajaan Barisan Nasional pernah bertemu dan berurusan dengan Ketua Lanun, Jamalul Kiram III. Namun, kita mempunyai gambar hubungan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari. 

Gambar-gambar di bawah menunjukkan orang-orang Suluk cintakan kedamaian. Petang tadi berlangsungnya perhimpunan aman oleh bangsa Suluk di Sandakan yang mana menentang sekeras-kerasnya serangan pengganas di bawah pimpinan Jamalul Kiram III kerana hanya memburukkan lagi nama bangsa Suluk dimata dunia. Kita hendaklah jangan pukul rata baik buruknya sesuatu bangsa. Contohnya Tun Dr Mahathir Mohammed dan Anwar Ibrahim kedua-duanya mempunyai darah keturunan mamak muslim. Bandingkan kelakuan mereka berdua. Ibarat langit dengan bumi. Jadi, kita tidak boleh mengatakan sesuatu bangsa itu baik atau jahat bukan? - CTS