Monday, March 11, 2013

#Info: Semak Result SPM Online

Bagi calon yang menduduki SPM pada tahun 2012, anda boleh mula semak keputusan peperiksaan anda bermula pada 20 Mac 2013 ini.

Cara untuk menyemak keputusan SPM secara online:


  1. Login ke Sistem Analisis Peperiksaan
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau Surat Beranak
  3. Klik pada ruangan yang di sediakan pada "SEKOLAH MENENGAH"
  4. Masukkan tahun peperikasaan (2012)
  5. Klik pada butang " Semak Laporan"

Untuk lebih cepat dan mesra pengguna, semakan keputusan SPM 2012 ini boleh juga di buat menerusi SMS (Sistem Pesanan Ringkas)

Caranya ialah:

SPM <jarak> No Kad Pengenalan <jarak> Nombor Angka Giliran dan hantar ke15888

Contoh: SPM 9503210158XX JF001A026 hantar ke 15888.

*Setiap SMS akan di cas sebanyak RM 0.35.

#PrayForSabah: Ini Bukan Politik, Tapi Hakikatnya Anwar Lah Punca #LahadDatu Diserang!


Gambar kedua pertemuan Anwar Ibrahim dan Nur Misuari yang didedahkan oleh blog My Massa ini adalah daripada punca kebodohan kelab penyokongnya sendiri. Gambar tersebut dijumpai di laman twitter Anwar Ibrahim Club bertarikh 17/07/2012 iaitu tidak lama dari tarikh Lahad Datu diceroboh. Agak memelikkan adalah mengapa Anwar bertemu Misuari? Ini bukan kali pertama beliau bertemu Misuari sebelum pencerobohan di Lahad Datu, tetapi kali KEDUA. Tak mustahil juga ianya akan menjadi KETIGA dan KEEMPAT pula selepas ini kerana menurut sumber, lebih banyak lagi gambar pertemuan Anwar dan Misuari akan didedahkan.


Untuk mengaburi mata semua orang, Anwar dengan bongkaknya telah menfailkan saman kepada  Utusan Malaysia dan TV3 sebanyak RM100 Juta kononnya beliau difitnah. Cukuplah, ternyata itu semua adalah gimik politik Anwar semata-mata. Kenapa perlu saman Utusan dan TV3? Kenapa tidak saman media antarabangsa seperti Reuters, Manila Times dan sebagainya dimana mereka adalah medium yang turut mengeluarkan berita yang SAMA dengan Utusan dan TV3? Terbukti Anwar penakut! Saya percaya bahawa Anwar sedar bahawa mainan politik kotornya semakin dirasai kejijikannya oleh ramai orang. Kemudian, dengan saman sahaja lah beliau rasakan dapat menutup segala kesalahannya. You salah Anwar!

Berikut adalah screenshot kenyataan media antarabangsa yang Anwar takut nak saman:




Sebelum ini juga, dengan dendangan lagu 'Tanya Sama Najib' yang selalu dinyanyikan semasa ceramah-caramahnya sebelum ini juga menjadi satu tanda tanya. Pelik bin Ajaib kerana Anwar seolah-olah seperti memberi isyarat untuk Sabahan bersedia dengan pencerobohan yang akan berlaku. Terbukti, ianya telah berlaku. Bagaimana Anwar tahu Sabah akan hilang? Hanya orang yang terlibat sahaja akan tahu. Kita nantikan apa drama Anwar selepas ini. Zasssssssssssss! Layan video ini dulu!

#PrayForSabah: Patutla Hati Kering Sangat Nak Berperang, Pakai Tangkal Kebal Rupanya.. Puihh!!


Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 53 daripada mereka mati ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac lalu.

Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.

Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.

Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran.

“Pengganas berkenaan percaya pemakaian tangkal berkenaan menjadikan mereka kebal dan dapat mengalahkan pasukan keselamatan.

 SOURCE: HMetro

MY SLIDESHARE UPLOAD