Gambar kedua pertemuan Anwar Ibrahim dan Nur Misuari yang didedahkan oleh blog
My Massa ini adalah daripada punca kebodohan kelab penyokongnya sendiri. Gambar tersebut dijumpai di laman twitter Anwar Ibrahim Club bertarikh 17/07/2012 iaitu tidak lama dari tarikh Lahad Datu diceroboh. Agak memelikkan adalah mengapa Anwar bertemu Misuari? Ini bukan kali pertama beliau bertemu Misuari sebelum pencerobohan di Lahad Datu, tetapi kali
KEDUA. Tak mustahil juga ianya akan menjadi
KETIGA dan
KEEMPAT pula selepas ini kerana menurut sumber, lebih banyak lagi gambar pertemuan Anwar dan Misuari akan didedahkan.
Untuk mengaburi mata semua orang, Anwar dengan bongkaknya telah menfailkan saman kepada Utusan Malaysia dan TV3 sebanyak RM100 Juta kononnya beliau difitnah. Cukuplah, ternyata itu semua adalah gimik politik Anwar semata-mata. Kenapa perlu saman Utusan dan TV3? Kenapa tidak saman media antarabangsa seperti Reuters, Manila Times dan sebagainya dimana mereka adalah medium yang turut mengeluarkan berita yang SAMA dengan Utusan dan TV3? Terbukti Anwar penakut! Saya percaya bahawa Anwar sedar bahawa mainan politik kotornya semakin dirasai kejijikannya oleh ramai orang. Kemudian, dengan saman sahaja lah beliau rasakan dapat menutup segala kesalahannya. You salah Anwar!
Berikut adalah screenshot kenyataan media antarabangsa yang Anwar takut nak saman:
Sebelum ini juga, dengan dendangan lagu 'Tanya Sama Najib' yang selalu dinyanyikan semasa ceramah-caramahnya sebelum ini juga menjadi satu tanda tanya. Pelik bin Ajaib kerana Anwar seolah-olah seperti memberi isyarat untuk Sabahan bersedia dengan pencerobohan yang akan berlaku. Terbukti, ianya telah berlaku. Bagaimana Anwar tahu Sabah akan hilang? Hanya orang yang terlibat sahaja akan tahu. Kita nantikan apa drama Anwar selepas ini. Zasssssssssssss! Layan video ini dulu!