Wednesday, March 13, 2013

Pembentangan Penuh #Conversation With The PM. @NajibRazak @501Awani @tv3malaysia


“Conversation with the PM” yang disiarkan menerusi TV3 dan Astro AWANI pada malam Selasa menampilkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab pelbagai soalan termasuk mengenai pilihan raya, Bantuan Rakyat 1Malaysia, penurunan harga kereta, kecekapan sistem pengangkutan awam, dan juga krisis pencerobohan di Lahad Datu.

Berikut adalah antara penjelasan utama Perdana Menteri semasa siaran rancangan berkenaan, yang turut dianjurkan bersama akhbar New Straits Times.

Pilihan raya (PRU)
Najib: Mesej utama untuk pengundi adalah yang terbaik akan menyusul. Kami telah melakukan banyak perkara dalam tempoh empat tahun ini, dan jikalau anda memberikan mandat kepada kami, saya berjanjikan untuk berusaha lebih baik untuk lima tahun akan datang.

Prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya
Najib: Kami optimis namun masih berpada. Apabila tiba pilihan raya, kita tidak boleh mengambil dengan mudah. Kami telah melakukan penilaian dan kami percaya bahawa rakyat menyokong kami. Rakyat merasakan bahawa masa depan mereka lebih terjamin dengan Barisan Nasional.

Barisan calon BN untuk pilihan raya
Najib: Hampir siap tetapi setiap kali kita lihat senarai calon, kita rasa mahu membuat perubahan. Saya rasa sampai saat kita umum nanti mungkin akan ada sedikit sebanyak perubahan tetapi asasnya sudah ada. Kriterianya adalahwinnable candidates. Sesiapa yang dikategorikan sebagaiwinnable candidateakan dicalonkan sebagai calon kita.

Rombakan sistem pilihan raya
Najib: Pilihan raya di Malaysia sentiasa dikendalikan dengan adil. Jikalau tidak, pihak BN tidak akan hilang majoriti dua pertiga dan lima negeri pada pilihan raya tahun 2008. Kelantan tidak akan diperintah oleh pihak pembangkang lebih dari 20 tahun.

Ekonomi
Najib: Saya boleh merujuk statistik yang menunjukkan daya tahan yang kukuh ekonomi negara kita. Apabila kita bercakap mengenai manfaat kepada rakyat dari 2009 hingga 2011, Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita telah berkembang daripada US$6,670 kepada US$9,970, atau kira-kira 49 peratus.

Sabah
Najib: Ia adalah peringatan bukan sahaja untuk kerajaan tetapi rakyat, termasuk rakyat Sabah bahawa terdapat ancaman luar. Kita mesti berurusan dengan ancaman luar, kita mesti bersedia, kita mesti pastikan angkatan tentera dan polis mendapat latihan yang lengkap.

Penurunan harga kereta
Najib: Ia adalah satu proses yang perlu dilihat secara realistik dan pihak kerajaan mengambil proses langkah demi langkah. Pertama sekali, kita telah meminta pengeluar kereta untuk mengurangkan harga kereta secara sukarela. Untuk model tertentu, harganya telahpun dikurangkan dari RM3,000 hingga RM15,000. Ini ada pengurangan yang ketara. Untuk lima tahun akan datang dengan adanya AFTA dan Perjanjian Perdagangan Bebas bersama Jepun dan Australia, ini akan mengurangkan harga kereta import sebanyak 30 peratus.

Kecekapan pengangkutan awam
Najib: Ia sedang dalam proses. Projek MRT ikut jadual dan bajet. Kami telah laksanakan RapidKL dan kami telah melancarkan RapidPenang dan RapidKuantan. Kegunaan LRT sedang meningkat. Kami percaya bahawa dengan memberi fokus kepada sistem pengangkutan awam, kita akan menyediakan orang ramai dengan alternatif. Dalam beberapa tahun akan datang, kerajaan akan dapat memenuhi satu sistem pengangkutan awam mengikut kehendak orang ramai.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai gimik politik sementara
Najib: Saya boleh memberi jaminan bahawa ini adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan ekonomi baru untuk negara. Seperti yang anda tahu, kita telah memberi subsidi dengan cara yang betul. Sebagai contoh, subsidi petroleum sahaja menelan kos sebanyak RM23 bilion setahun. Sebagai perubahan ketara dalam dasar kami, kami mahu memberi subsidi yang mengikut sasaran terperinci. Dengan melakukan BR1M, jumlah kos RM3 bilion sahaja. BR1M telah diterima dengan baik, adil dan saksama. Kami akan teruskan dengan BR1M kerana ia dapat membantu orang yang tepat. Ia bukan gimik. Apabila orang mendapatkan wang, mereka sebenarnya akan keluar dan membeli. Ini bagus untuk ekonomi tempatan dan domestik.

Jenayah jalanan
Najib: Kami komited untuk mengurangkan jenayah. Kami tidak mengatakan bahawa kami akan menghapuskan atau mengurangkan kepada sifar jumlah jenayah di negara ini. Apa yang dijanjikan adalah pengurangan jenayah yang konsisten di negara ini. Pada tahun 2009, jenayah yang dilaporkan adalah kira-kira pada 210,000. Pada tahun 2011, ia turun ke 160,000. Jenayah masih berlaku di negara ini. Dari berhujah tentang statistik, apa yang perlu kita lakukan adalah untuk bekerjasama dengan kerajaan, polis, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, sektor swasta, persatuan penduduk tempatan untuk membantu mengurangkan jenayah.

Kepulangan bakat profesional rakyat Malaysia yang menetap di luar negara
Najib: Sejak kita melancarkan inisiatif seperti TalentCorp, dalam tempoh dua tahun sahaja (2011-2012), jumlah yang pulang adalah 1600 berbanding dengan tempoh 10 tahun sebelum ini iaitu 1100. Trendnya sangat menggalakkan. Kita perlu melakukan usaha mewujudkan pekerjaan yang dapat memberi ganjaran yang besar. Kalau kita hendak minta mereka balik, kita mesti menyediakan cabaran ataupun peluang yang lebih baik dari sebelum ini.

Kata akhir
Najib: Saya sentiasa berfikir tentang masa depan Malaysia dan rakyat. Saya telah meletakkan hati dan jiwa saya kepada pekerjaan ini. Banyak boleh kita lakukan untuk negara ini dan mengangkat negara ini kepada satu tahap yang lebih tinggi.

Sumber: Astro Awani





Tuesday, March 12, 2013

#PrayForSabah: SEDIH.. SMS Terakhir Dihantar Oleh Perajurit Yang Terkorban.


Berikut adalah SMS terakhir yang dihantar oleh anggota ATM yang terkorban semasa pertempuran di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah. 
`salam abah,ma doa la orng slmt...era'.
PETIKAN AKHBAR: 

"Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara," kata Ismail Husin, bapa Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, hari ini.

Ismail, 55, berkata beliau menerima berita sedih yang menimpa anaknya itu kira-kira 2.30 petang ini daripada seorang rakan Allahyarham yang menelefon memberitahu anaknya terlibat dalam pertempuran dan terkorban.

"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di sini, hari ini.

Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tawau, Sabah, terkorban dan dua penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

Ismail, seorang petani, berkata Allahyarham anak ketiga daripada 12 beradik dan seorang anak yang sentiasa mengambil berat serta banyak membantu keluarga.

"Kali terakhir arwah menelefon saya pada 1 Mac, masa itu dua anggota polis terkorban. Arwah beritahu suruh doakannya sentiasa selamat sebab dia nak pergi ke Lahad Datu.

"Kali terakhir arwah (menghantar) SMS ialah 10 Mac (Ahad) beritahu dia kena 'standby' untuk ke Lahad Datu," katanya sambil memberitahu Allahyarham telah empat tahun berkhidmat dalam tentera.

Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata beliau memang sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu tetapi demi perjuangan untuk mempertahankan negara, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT itu.

Anggota keluarga, kenalan dan penduduk kampung mula berkumpul di rumah keluarga Allahyarham untuk menunggu ketibaan jenazah.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba pagi esok dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang.- BERNAMA

"Siapa Rapat Dengan Suami Saya, Saya Akan Pastikan Dia Hancur" - Wan Azizah


Seperti apa yang saya dedahkan sebelum ini [SINI] bahawa SETPOL YB Mak Lampir (Zuraida) mendakwa dalam suratnya bahawa Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah akan menghancurkan sesiapa saja lelaki yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Tup tup hari ini memang betul apa yang dikatakan. Sila baca di bawah:



SUNGAI RAPAT ONLINE:

Mohd. Fareez Kamal Intidzam mendedahkan bahawa Presiden parti Keadilan Rakyat mengupah samseng untuk memukulnya kerana cemburu hubungan akrab beliau dan Anwar Ibrahim. 
Mohd. Fareez Kamal Intidzam hari ini juga menegaskan bahawa dia tidak pernah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. 
Penjelasan itu dibuat Mohd. Fareez bagi menjawab kenyataan majikannya bahawa dia hanyalah sebagai pembantu urusan Parlimen pada 2011 yang kemudiannya berhenti untuk membantu perniagaan bapanya. 
Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez kepada pihak media bagi menjawab penafian yang dibuat oleh Zuraida itu: 
Seterusnya..