Friday, March 15, 2013

Takziah: Penyiasat Persendirian Yang Nak Dedah Kes Altantuya Meninggal...


Takziah diucapkan... Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia sebentar tadi kerana dipercayai masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan berikrar untuk mendedahkan perkara sebenar berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Peguam beliau, Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini apabila dihubungi pada pukul 2.50 petang tadi.

“Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu,” kata Americk.

Americk mengatakan isteri Balasubramaniam menghubungi ambulan apabila bekas penyiasat persendirian itu mengalami serangan jantung dirumahnya.

Peguam mengatakan sudah terlambat apabila ambulan sampai sambil menambah: “Beliau meninggal dunia ketika masih di rumah”.

“Mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Americk mengesahkan Balasubramaniam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital selama seminggu dari 3 Mac, tetapi “pulang ke rumah untuk berehat”.

Beliau mengatakan telah bercakap dengan Balasubramaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu kedengaran dalam keadaan baik.

“Ia adalah sangat tidak dijangka. Saya dalam kesedihan ... saya fikir dia mungkin salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terbaik kita pernah miliki,” kata Americk, yang tidak berada di rumah anak guamnya apabila serangan jantung berlaku.

“Saya dengar tentang itu. Saya mengucapkan takziah,” kata Deepak Jaikishan. - MALAYSIAN INSIDER

#PrayForSabah: Amaran Buat Kiram.. Serangan Akhir Akan Dilancarkan!


Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Penulis menjangkakan gempuran akan dilakukan dalam tempoh 48 jam lagi.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mynewshub difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’.

Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.

Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.

Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.

Mynewshub difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.


Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.

Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.

Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah digunakan.

Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.

Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.

Pada masa ini, Mynewshub difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil. - MYNEWSHUB

Thursday, March 14, 2013

#PrayForSabah: Finally, Guru Yang Hina Pasukan Keselamatan Tu Diburu @PDRMsia !!!


Polis memburu seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, yang berasal dari Pasir Putih, dipercayai sedang bersembunyi.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.

“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.

“Kita akan siapkan kertas siasatan dan hantar kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan susulan.

“Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN


BIADAP!!!!!!!!!!!!!!