Ini adalah screen shot instagram Abby Abadi. Saja update benda bodoh2 macam ni.
Sunday, April 21, 2013
[INFO] #PRU13: APA YANG ANDA PATUT TAHU TENTANG #PPA1M ?? DAH APPLY BELUM??
SEDIKIT INFO TENTANG PPA1M:
- Sebanyak 1,256 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11 Putrajaya akan dibina bawah program PPA1M khusus buat kakitangan awam.
- PPA1M adalah tanda keprihatinan Kerajaan terhadap kakitangan awam yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rumah mampu milik.
- CUEPACS menyambut baik usaha ini dan berharap kerajaan BN diberi mandat untuk teruskan pembangunan dan menjaga kebajikan penjawat-penjawat awam.
Dari AGENDA SEMASA:
Ini pula dari MStar:
Kerajaan bakal melancarkan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang menyediakan rumah mampu milik berharga RM 150,000 hingga RM 300,000 untuk kakitangan perkhidmatan awam.Rumah tersebut berkeluasan di antara 1,000-1,500 kaki persegi dilengkapi kemudahan asas akan dibina di atas tanah kerajaan dan ditawarkan pada harga 20 % hingga 30% lebih rendah dari harga pasaran.
Info Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M):
Harga : RM 150,000 – RM 300,000Luas : 1,000 – 1,500 kaki persegiUnit : Sebanyak 10,000 unit akan dibina di Putrajaya sebagai Projek Perintis
Sebagai projek perintis, 10,000 unit tumah mampu milik kakitangan awam ini nanti akan dibina di Putrajaya dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Pada pendapat kami, PPA1M ini memang satu langkah yang baik buat kakitangan awam untuk memiliki rumah sendiri yang pertama.Mungkin bagi kakitangan awam yang ditempatkan di bandar-bandar besar, projek PPA1M ini merupakan yang terbaik buat mereka.
Kita semua sedia maklum bahawa harga rumah di bandar-bandar besar sudah melonjak naik hingga 300% sejak kebalakangan ini.Peluang untuk memiliki rumah di bandar-bandar besar memang terhad, dan kadang-kalanya kakitangan awam yang bergaji RM 3,000 ke bawah, tidak mampu untuk membeli rumah.Jadi, langkah kerajaan untuk melancarkan Projek PPA1M ini memang langkah yang baik.
Ini pula dari MStar:
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dengan harga di antara RM150,000 dan RM300,000 di sini pada Khamis.
Kira-kira 10,366 unit rumah dengan keluasan di antara 1,000 meter persegi dan 1,500 meter persegi itu akan dibina dalam beberapa fasa.
Najib berkata, fasa pertama akan dibina di Presint 11 dan Presint 17 yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.
"Rumah tersebut bukan saja selesa tapi berkualiti baik.
"Kakitangan awam perlu membayar RM2,000 sebagai deposit dan mula membuat bayaran sebaik saja berpindah masuk ke rumah itu," katanya pada majlis pelancaran program itu di sini, Khamis.
Saturday, April 20, 2013
#PRU13: KAMILIA HARUS DIPECAT, DIA SUDAH SAILANG BN!!
Dari blog TUN FAISAL:
Nak tahu siapa orang UMNO dan siapa ahli UMNO? Kamilia buktikan dia hanya sekadar ahli UMNO bukan orang UMNO.. Tindakan Datuk Seri Najib Razak amat tepat untuk memecat mana-mana individu yang gagal untuk mematuhi disiplin parti dan mengutamakan kepentingan diri melebihi kepentingan parti dan perjuangan. Perjuangan agama, bangsa dan negara tidak memerlukan individu yang kecewa kerana mengutamakan kepentingan diri dan kumpulan ...
Surat Pecat Anggota BN Tanding Bebas Dikeluarkan Isnin Ini - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) melayan lawannya dari PKR Fariz Musa semasa menikmati jamuan selepas menyerahkan kerta pencalonan di Dewan Sultan Ahmad Shah di sini hari ini. Kedua-duanya akan bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Pekan P85 dalam pilihan raya umum ke-13. PEKAN, 20 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata surat pemecatan kepada pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum 5 Mei ini, akan dikeluarkan pada Isnin.
Perdana menteri yang juga pengerusi BN berkata langkah itu dibuat bagi menjaga disiplin anggota BN supaya memberi keutamaan kepada parti daripada kepentingan peribadi.
"Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertanding atas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti.
"Oleh itu, parti akan ambil tindakan pada Isnin ini untuk keluarkan surat memecat ahli-ahli yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau, di sini Sabtu.
Antara anggota BN yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU13 ini ialah Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar (Perak) dan bekas Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor (Pulau Pinang).
-- BERNAMA
Tindakan Kamilia satu pengkhianatan kepada parti – Rafidah Aziz
April 20th, 2013
Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz kecewa dengan tindakan Naib Ketua pergerakan tersebut, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar yang disifatkannya satu pengkhianatan kepada parti.Rafidah yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lebih 30 tahun berkata, tindakan Kamilia itu amat mengecewakan ahli Wanita UMNO khususnya di Kuala Kangsar.
“Ini sangat mendukacitakan, beliau tidak setia dan tidak patuh kepada keputusan parti. Beliau tahu apa tindakan parti selepas ini,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai rombongan penyokong BN di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah di Kuala Kangsar hari ini.
KUCHING 20 April - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian beliau dan pergerakan itu terhadap tindakan naibnya, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Beliau membuat kenyataan itu dari Kota Samarahan, Sarawak, setelah menghadiri penamaan calon, Rubiah Wang sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Kota Samarahan.
Berikut kenyataan penuh Shahrizat:
Perkara: Isu Dato' Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menjadi Calon Bebas Parlimen Kuala Kangsar
Kuching, 20 April 2013 - Saya selaku Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, serta semua ahli Wanita UMNO dan BN, rasa teramat kesal dan kecewa di atas tindakan Dato' Kamilia bertanding di atas tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah beliau tolak tawaran BN untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO pada 18hb April 2013.
Dato' Kamilia telah buat keputusan ini dengan sendiri sekali gus melanggar peraturan disiplin UMNO dan BN dan akan menghadapi tindakan tegas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN.
Selama empat tahun, saya telah tentukan dan kemaskinikan satu sistem jentera wanita pilihan raya umum yang sistematik dan mantap untuk Wanita UMNO dan Wanita BN, termasuklah untuk menghadapi apa jua situasi yang luar biasa (contingencies).
Jentera Wanita ini yang dinamakan Jentera Jalinan Rakyat (JR) telah bertugas di semua peringkat, terutama diperingkat akar umbi dengan baik, penuh komitmen dan Kesetiaan kepada perjuangan Parti, walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk tidak dapat peluang untuk menjadi calon. Ini adalah kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri, dan sabar dalam perjuangan.
Jentera Jalinan Rakyat akan berjalan dengan penuh disiplin tidak kira sesiapa pun yang membelot atau mengkhianati parti kerana kepentingan diri sendiri.
Jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar berjalan dengan baik di bawah kepimpinan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian yang selepas ini akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar kerana di saat mereka diduga, mereka menunjukkkan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO dan Barisan Nasional, terutama di kala kita menghadapi PRU-13 ini.
DATO' SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
Ketua Pergerakan Wanita UMNO
20 April 2013
Kota Samarahan, Sarawak
- UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Posts (Atom)