Friday, April 26, 2013

@PDRMsia Tubuhkan Pasukan Khas Jejak Suspek Kes Tembak TKP Kastam.

Sambungan daripada sini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat kes Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim di tembak mati di Putrajaya pagi tadi.

Beliau turut mengarahkan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah menyiasat segera dalang di sebalik kejadian tersebut.

"Kita akan menjalankan siasatan terperinci dan mencari mereka yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan itu," katanya.

Ismail ditemui pada Majlis Penyampaian Pingat Kedaulatan Negara, Penyerahan Sumbangan Op Daulat dan Pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, hari ini.

Keputusan Mahkamah Tentang Kes Gantung U Adam Adli Mahasewel.

Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes semakan kehakiman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, hari ini mengingatkan pelajar itu supaya menghormati pemimpin walaupun pegangan politik berbeza.

Hakim Datuk Zaleha Yusuf berkata demikian dalam penghakimannya selepas menolak permohonan Adam Adli untuk mencabar keputusan UPSI yang menggantungnya kerana melanggar peraturan universiti.

Beliau tidak menetapkan sebarang kos setelah mengambil kira pemohon (Adam Adli) adalah seorang pelajar.

Hakim Zaleha berkata perbuatan Adam Adli di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Disember 2011, telah mendapat publisiti meluas dan sebagai pelajar UPSI, nama UPSI turut tercalit dan pihak universiti berhak mengambil tindakan disiplin terhadapnya.

"UPSI memberitahu mahkamah bahawa Adam Adli telah diberi peluang untuk mengemukakan kesnya dan beliau boleh menghantar wakil. Tetapi pemohon menolak untuk menghantar wakil dalam prosiding jawatankuasa tatatertib UPSI dan tidak memberi sebarang bantahan semasa prosiding dijalankan.

"Beliau tidak hadir walaupun telah dimaklumkan sebelum itu dan Adam Adli hanya menghantar wakil untuk mengetahui keputusan pihak jawatankuasa sahaja," katanya.

Tambahnya, afidavit jawapan Adam Adli juga tidak mempertikai dakwaan responden berhubung alasan kenapa keputusan penggantungan dibuat.

Hakim Zaleha berkata Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2009 yang dipinda turut memberi hak kepada jawatankuasa tatatertib UPSI mengendalikan prosiding terhadap pelajar dan ianya sah.

Pada 17 April 2012, Adam Adli, 24, pelajar semester kelima Pengajian Inggeris sebagai Bahasa Kedua, memfailkan permohonan tersebut dengan menamakan UPSI, jawatankuasa rayuan tatatertib dan kerajaan sebagai respondan.

Beliau memohon supaya Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan jawatankuasa rayuan pada 8 Mac 2012 yang menolak rayuannya terhadap perintah jawatankuasa tatatertib UPSI yang menggantungnya.

Pada 9 Jan 2012, jawatankuasa tatatertib memerintahkan penggantungan selama tiga semester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung September tahun depan.

Dalam permohonannya itu, Adam Adli berkata dia didapati bersalah oleh jawatankuasa tatatertib kerana memburukkan nama universiti itu dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Adam Adli memberitahu pemberita, pihaknya akan mengemukakan rayuan. - Bernama

#PRU13: LETUPAN BOM ADALAH LANGKAH AWAL CETUSKAN MOMENTUM 'KEBANGKITAN RAKYAT'!!

Letupan Bom: Langkah Awal PR Cetus ‘Malaysia Spring’ 

Letupan bom yang berlaku di Nibong Tebal dua hari lepas seharusnya membuka mata semua, bahawa ancaman pembangkang untuk mewujudkan ‘Malaysia Spring’ iaitu pemberontakan ala negara-negara Arab adalah benar. Penyokong-penyokong pembangkang yang sering menafikan bahawa pemimpin mereka sanggup mencetuskan pemberontakan ganas dan pertumpahan darah, kini wajar memikirkan semula perkara ini. 

Bukan sekali pembangkang cuba menyemarakkan semangat ‘Arab Spring’, malah seruan ke arah ‘Dataran Tahrir’ juga telah berkali-kali kita dengar terutamanya dari Anwar Ibrahim sendiri. Antara yang terakam ialah: 

  1. Pada 13 Januari 2013 Financial Times melaporkan kenyataan Anwar seperti berikut, “’Malaysian Spring’ sedang berjalan dan PR akan memenangi mana-mana pilihanraya yang adil”. Nampak benar yang Anwar secara sengaja memperlihatkan bahawa pilihanraya Malaysia tidak adil dan beliau bakal kalah bagi menjustifikasi pemberontakan ala Arab Spring. 
  2. Pada 24 Februari 2013 dalam wawancara di Bangkok yang disiarkan oleh laman Inter Press Service (IPS), Anwar berkata, “Kita agak terlewat dalam memahami bahawa negara kita harus lebih matang dengan menghormati institusi demokrasi, hak untuk membangkang dan hak kebebasan. Dalam hal ini, ‘Arab Spring’, khasnya, adalah berguna bagi kita di dalam dunia Islam. Ia mempunyai impak bagi maksud demokrasi.” 
  3. Pada 15 April 2013, dalam satu wawancara dengan US Business Channel, CNBC, Anwar sekali lagi menyebut mengenai ‘Arab Spring’ namun dalam nada yang agak ‘ringan’, katanya, “Apa yang kita perlukan ialah pentadbiran yang baik bagi mengukuhkan institusi demokrasi. Peralihan dalam demokrasi adalah melalui pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan dengan Timur Tengah atau ‘Arab Spring’”. Jelas, Anwar agak ‘cuak’ dan lebih berhati-hati akhir-akhir ini dalam memperkatakan semangat ‘Arab Spring’ yang sebelum ini begitu giat disemarakkannya di kalangan pengikut-pengikutnya. 
Namun, menyaksikan keganasan yang berlaku di sana sini, pergaduhan sehingga ada yang membawa maut, penemuan berbagai jenis senjata di kalangan pekerja pilihanraya pembangkang di Pulau Pinang oleh polis, termasuk kejadian letupan bom membuktikan bahawa Anwar bukan berjenaka atau berkias. 

Bukti juga boleh dilihat melalui siri demonstrasi-demonstrasi yang didalangi PR selama ini. Apa yang mengecewakan Anwar ialah ‘Malaysia Spring’ masih lagi gagal dilaksanakan kerana peserta tidak seramai yang dijangka, dan mereka-mereka yang sanggup mengganas pula tidaklah seramai mana. 

Berdasarkan kenyataan Anwar sendiri serta rentetan demonstrasi yang didalanginya, maka tiada sebab bagi penyokong pembangkang untuk terus menafikan niat sebenar pemimpin mereka iaitu untuk melihat Malaysia bermandi darah dan hancur lebur. Tidak perlu menidakkan hakikat ini kerana seruan ‘Dataran Tahrir’ dan ‘Arab Spring’ itu sendiri sudah cukup menjelaskan senario yang diinginkan mereka. 

Justeru, sebelum penyokong pembangkang membiarkan diri terbakar dek emosi bencikan kerajaan, wajarlah terlebih dahulu merenung nasib yang menimpa rakyat Mesir sesudah ‘Dataran Tahrir’. Dataran Tahrir bukan sahaja menyaksikan ramai yang terkorban, tercedera, hilang tempat tinggal, tempat kerja tetapi juga ekonomi negara terus merudum, pengangguran meningkat berkali ganda dan perniagaan lingkup. Rakyat Mesir kini secara terbuka menyatakan kekesalan apabila kerajaan baru ternyata lebih ‘tertutup’ dari yang sebelumnya malah sehingga ke hari ini masih belum mampu memulihkan keadaan. 

Hakikatnya, tiada satu pun negara-negara Arab yang melalui ‘Arab Spring’ yang memperlihatkan keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Maka, Malaysia tidak perlulah melalui nasib yang sama semata-mata untuk membantu Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

MY SLIDESHARE UPLOAD