Thursday, May 2, 2013

#PRU13: 5 MEI... KERUSI EMPUK MB MILIK NIK AZIZ BAKAL PUNAH!!! #TukarKelantan


DETIK perubahan di negeri Kelantan saban hari kian terasa bahang kehangatannya apabila kempen Gelombang Merah yang dipelopori UMNO ternyata memberi kesan besar dalam meranapkan banyak kubu PAS di negeri ini.

Semarak kebangkitan itu bagaikan menyelinap ke setiap kampung, pekan dan bandar sehinggakan kerap kali menyebabkan pemimpin PAS hilang punca sampaikan sering kali hiruk-piruk mesyuarat dalaman PAS dibuatnya.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan inilah julung kalinya UMNO dan BN Kelantan benar-benar serius dan pemimpinnya saling bahu membahu bekerjasama untuk menumbangkan PAS setelah lebih dua dekad Kelantan dikuasai PAS.

Berdasarkan laporan mutakhir menunjukkan trend sokongan rakyat negeri ini semakin memihak kepada BN. Jelas sekali angin perubahan semakin dirasakan sedangkan di masa yang sama PAS masih lagi terkial-kial untuk memperkukuhkan semula kubunya.

Kawasan putih untuk BN makin berkembang menandakan peluang BN untuk menang di sekurang-kurangnya 23 kerusi DUN dan 8 Parlimen pasti menjadi kenyataan.

Sekiranya tiada aral melintang dan jentera kempen BN terus bertenaga seperti sekarang atau digandakan lagi, berkemungkinan angka penguasaan BN dijangkakan mampu mencecah 31 DUN dan 9 Parlimen sekali gus menguasai kembali negeri itu dengan penuh bergaya.

Andai itu menjadi realiti, maknanya pada malam keputusan undi diumumkan, Kelantan bakal mendapat seorang Menteri Besar yang baru.

Siapa lagi jika bukan Datuk Mustapha Mohamad yang dijangkakan tidak bermasalah untuk menewaskan PAS di DUN Air Lanas di samping mengekalkan kembali penguasaan UMNO di kerusi Parlimen Jeli.

Ini juga bermaksud, tanggal 5 Mei 2013 bakal menjadi hari terakhir Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan selepas hampir 23 tahun berada di kerusi empuk itu. - BISWARDIHASBI

#TolakHusam #PRU13: TENGKU ADNAN SURUH HUSAM JAGA SALOR DULU SEBELUM MASUK PUTRAJAYA


HUSAM!! JAGA SALOR DULU LAA!! LU BARU SAMPAI PUTRAJAYA, JANGAN BIKIN SUSAH MELAYU SANA!!

[VIDEO] #PRU13: CHEEGUBARD KANTOIKAN ANWAR. #LainKaliLah BOOO!!


  • Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.
  • Didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.
  • Anwar sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR.
  • Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut. 
  • Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.
  • Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.
  • Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih 'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya?
  • Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR. Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan.
  • Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala. Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat. Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan