Sunday, May 5, 2013

#PRU13:RAKYAT DITIPU HIDUP2!! JPN TAK PERNAH KELUARKAN MYKAD KEPADA 'PATI' !! #GE13


Dengan tohmahan pendatang yang mengatakan bahawa pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan MyKad kepada pendatang asing sebagai 'bahan' untuk penipuan dalam pilihan raya. Nampak ketara bahawa pembangkang sangat terdesak untuk mencipta persepsi buruk rakyat terhadap pihak kerajaan supaya mendapat 'undi percuma' semasa PRU-13 yang berlangsung hari ini.

Menurut kenyataan terkini daripada JPN, pihak mereka tidak pernah mengeluarkan walau SATU pun MyKad kepada pendatang asing yang datang 'berteduh' di negara kita ini kerana MYKAD HANYA BOLEH DIKELUARKAN BERDASARKAN KEPADA SIJIL KELAHIRAN BERSTATUS WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA. Untuk makluman umum, JPN menafikan sekeras-kerasnya tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh pembangkang ini.

Ini adalah tuduhan tidak berasas!!

Semua rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan apa-apa pun dakwaan yang tidak relevan dengan fakta yang tersebar secara meluas di media sosial.

Ini dia barulah MyKad PATI!!!


P/S: SELAMAT MENGUNDI!! SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!!!


Saturday, May 4, 2013

#PRU13: "@anwaribrahim PEMUFLIS NEGARA" - Bekas S/U Sulit DSAI #GE13 #BetterNation

Gara-gara tidak begitu memahami soal pengurusan ekonomi negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir-hampir menyebabkan Malaysia menjadi muflis ekoran tindakannya memohon pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika krisis ekonomi pada 1997 lalu.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, jika tidak kerana tindakan pantas Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengambil semula pengurusan ekonomi negara, sudah pasti keadaan itu boleh berlaku.

Ini kerana, menurut beliau, Anwar yang pada masa itu menjawat Menteri Kewangan mahu menunjukkan kuasanya dengan memohon pinjaman IMF bagi mengatasi kegawatan ekonomi negara pada masa itu.

"Anwar tidak pernah berfikir kesan daripada pinjaman tersebut boleh menjadikan negara menjadi muflis apabila pinjaman itu boleh menyebabkan kenaikan kadar faedah, pendekkan tempoh pembayaran hutang serta potong bajet kerajaan.

"Nasib baik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada ketika itu menghalang keras dan menarik balik serta mengambil semula pengurusan ekonomi negara," katanya ketika berucap dalam ceramah umum pendedahan konspirasi di Kelana Jaya, malam tadi.

Yang turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kelana Jaya, Loh Seng Kok dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Datuk Abdul Halim Samad.

Dalam pada itu, Anuar turut menuntut penjelasan daripada Anwar berhubung pertemuan bekas majikannya itu dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari pada 16 Julai 2012 di Hotel Crown Plaza, Jakarta.

Katanya, bukti-bukti rakaman video, audio serta gambar yang didedahkan oleh kerajaan Indonesia membuktikan ada perancangan tertentu oleh kedua-dua pemimpin itu di sebalik pertemuan tersebut.

Anuar berkata, beliau tidak hairan jika pertemuan Anwar dan Nur Misuari itu berkisar tentang usaha untuk mencetuskan huru-hara dalam negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ini kerana katanya, Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggadai maruah dan negara semata-mata memenuhi cita-citanya menjadi seorang Perdana Menteri. - UTUSAN

#TukarKelantan: MELAMPAU!! PENGUATKUASA DIARAH TURUNKAN BENDERA BN!! #PASBachul

Ini melampau! Dalam Akta Pilihanraya pun tak ada tertulis suruh turunkan bendera parti sepanjang waktu berkempen. Waktu berkempen tamat esok malam jam 0000HRS, bukan sekarang!

Penguatkuasa diarah oleh pihak tertentu untuk turunkan bendera BN yang digantung. Lokasi diatas ialah di jalan Melor-Ketereh. Kenapa begitu banyak bendera PAS digantung tidak diturunkan? Jangan main kotor!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MY SLIDESHARE UPLOAD