Friday, June 14, 2013

JOM DAPATKAN SMARTPHONE #TheRedWarriors EDISI TERHAD!! #TRW #GomoKelateGomo

Maxis Berhad melalui jenama Hotlink, mensasarkan kira-kira 30,000 unit telefon pintar eksklusif edisi The Red Warriors, dijual pada tahun ini bagi pasaran Kelantan.

Ketua Wilayah Pantai Timur Maxis Berhad, Mazlan Mokhtar berkata syarikat  bekerjasama dengan Ninetology Marketing Sdn Bhd bagi menghasilkan telefon itu dan yakin akan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat pasukan bola sepak Kelantan yang lebih dikenali The Red Warriors.

"Pelanggan mempunyai dua pilihan bagi telefon itu iaitu Palette i5300 dan  Black Pearl II i9400 dan bagi yang berumur di bawah 30 tahun, boleh mendapatkannya melalui skim Pakej Komunikasi Belia dengan rebat sebanyak RM200.

"Dengan rebat itu, pelanggan hanya perlu membayar RM99 bagi model Palette i5300, manakala RM299 bagi model Black  Pearl II i9400," katanya kepada pemberita selepas pelancaran telefon pintar tersebut oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology Marketing Sdn Bhd Sean Ng dan beberapa pemain Kelantan, antaranya Indra Putra Mahyuddin, Obinna Nwaneri, Farisham Ismail, Nor Farhan Mohammad dan Zairol Fitree Ishak.

Mazlan berkata telefon pintar itu yang beroperasi menggunakan sistem operasi Android 4.0, turut ditawarkan bersama kad sim Hotlink yang dipramuat dengan kredit bernilai RM30 dan beberapa kandungan eksklusif The Red Warriors.

"Selain itu, pengguna yang menambah nilai RM30, akan turut menerima rebat kredit bernilai RM30 berserta pas data 300mb secara percuma dan sah untuk digunakan selama 30 hari. Bagaimanapun, pakej tersebut hanya boleh digunakan untuk negeri ini sahaja," katanya.

Sementara itu, Sean berkata kerjasama tersebut akan mengubah landskap penggunaan teknologi di kalangan belia di  kawasan pantai timur, terutama Kelantan. - AWANI

Thursday, June 13, 2013

SUSPEK HINA AGONG KECUT PERUT.. AKAN SERAH DIRI SABTU INI!!

Seorang lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dijangka menyerah diri Sabtu ini selepas pulang dari luar negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis dimaklumkan wanita itu akan memberi keterangan kepada polis sejurus tiba di negara ini.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook (FB) yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim sempena Hari Keputeraan baginda pada hari itu, dan turut menerima respons yang menghina Yang di-Pertuan Agong daripada rakan FBnya.

Susulan itu, polis menerima 35 laporan daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun FB itu serta mereka yang menyokong kenyataan berbaur hasutan berkenaan. - awani

Wednesday, June 12, 2013

JAWATAN DALAM @PDRMsia DIBUKA. AYUH MOHON!!

Polis membuka laluan mudah bagi rakyat Malaysia yang berminat memohon bagi mengisi 4,000 kekosongan jawatan pasukan itu tahun ini.

Pasukan keselamatan itu yakin dapat mencapai sasaran berkenaan berikutan keputusan kerajaan melakukan semakan semula gaji anggota polis baru-baru ini.

Pengambilan dibuka bagi tiga jawatan iaitu konstable bagi mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kadet sarjan bagi pemegang diploma dan inspektor bagi lepasan ijazah.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene berkata, proses permohonan dipermudahkan di mana pemohon yang berminat hanya perlu memohon secara dalam talian melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (www.spa.gov.my).

"Sebelum ini terdapat banyak proses yang perlu dilalui seperti mereka perlu mengisi borang dan pos," katanya.

"Kami akan memanggil calon yang layak untuk menghadiri temu duga sebelum menghantar mereka ke pusat-pusat latihan. Pengambilan dilakukan secara berperingkat.

"Seorang pemegang ijazah boleh memasuki pasukan polis sebagai inspektor berbanding hanya sebagai Kadet ASP sebelum ini.

"Manakala gaji adalah lebih tinggi berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula skala gaji," katanya.

Menurut Mortadza, walaupun bagi pangkat yang lebih rendah, menerusi skim gaji baru yang diperkenalkan, mereka akan mendapat gaji yang lebih tinggi.

Selain itu Mortadza berkata, peluang kenaikan pangkat bagi anggota pasukan itu juga bergantung kepada sama ada kakitangannya lulus peperiksaan jabatan ataupun tidak.

"Sebagai contoh koperal akan dinaikkan pangkat dalam tempoh lima tahun berdasarkan skim berasaskan masa, sementara menunggu keputusan peperiksaan," katanya.

Sebelum ini, peluang kenaikan pangkat mengambil masa lebih daripada lima tahun bagi anggota yang berpangkat koperal atau sarjan.

MY SLIDESHARE UPLOAD