|
Memorabilia UMB - `The road less traveled' merakamkan suka duka perjalanan UMB dan sumbangannya sebagai jentera parti. |
Psyche pemberita dan editor portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (TMI) memang mudah dibaca. Mereka akan cuba mengambil kesempatan ke atas sebarang isu melibatkan Barisan Nasional (BN) dan dalam keadaan tertentu, out of desperation, mereka akan melakukan manipulasi dan spin yang melampaui batas.
Saya ucapkan terima kasih kerana TMI memberi perhatian terhadap tulisan saya. Memang itu yang saya harapkan. Tetapi, apakah TMI tidak boleh berpegang kepada etika kewartawanan apabila memetik butiran yang hendak saya sampaikan melalui artikel saya? Apakah memang menjadi amalan TMI untuk mereka-reka cerita dalam laporan mereka?
Penulis berita, Md Izwan mungkin seorang wartawan mentah yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang lemah, tetapi, tidak mungkin TMI tidak mempunyai editor yang boleh mengesahkan berita dan membetulkan kefahaman pemberita di bawah jagaannya?
TMI cuai dan gagal mengesan fakta - ayat pertama pun dah salah
Silalah bertanya kepada mana-mana pengarang yang hebat. Ayat pertama paling penting bagi mereka sebelum menulis berita. Mereka akan mengambil masa yang agak lama untuk merangka ayat yang pertama sebelum mula menulis berita mereka. Malangnya, wartawan TMI ini masih mentah dan editor yang sepatutnya membimbingnya tidak teliti dan tidak menyemak hasil kerjanya.
Akibatnya, ayat pertama berita ini bukan sahaja salah dari segi fakta, tetapi turut menyeleweng dari segi maksud berbanding maksud artikel asal. Ini ayat pertama berita yang disiarkan oleh TMI -
KUALA LUMPUR, 16 Jun — Unit Media Baru (UMB) yang menjalankan tugas perang siber Barisan Nasional (BN) mendakwa dilayan seperti kelas kedua, kata pengerusinya Tun Faisal Ismail Aziz, sambil mempertahankan mereka tidak wajar dipersalahkan kerana prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 lalu.Apakah kesalahan fakta tersebut?
Pertama, rujuk artikel asal saya, TIDAK ADA di dalam mana-mana paragraf yang menyebut "UMB mendakwa dilayan seperti kelas kedua".Kedua, TIDAK ADA dalam mana-mana paragraf, saya, Tun Faisal Ismail Aziz MENGATAKAN bahawa UMB dilayan seperti kelas kedua.Ayat kedua menunjukkan kesalahan fakta yang lebih dahsyat lagi -
Tun Faisal berkata tidak adil hanya pihak mereka dipersalahkan kerana dikatakan memainkan peranan, sebaliknya mempersoalkan sikap pemimpin atasan yang lebih mementingkan blogger-blogger upahan yang mementingkan wang.
Kesalahan fakta dalam ayat kedua adalah, pertama, TIDAK ADA sebarang kenyataan dalam artikel asal yang menyebut tentang blogger-blogger upahan dan merujuk sebarang kumpulan sebagai blogger upahan.
Kedua, TIDAK ADA juga kenyataan dalam artikel asal yang menyebut bahawa blogger-blogger upahan ini mementingkan wang.
Paragraf kelapan adalah rekaan semata-mata,
mungkin akibat imaginasi liar wartawan TMI
Dalam para kelapan, jelas TMI telah melanggar etika kewartawanan apabila menulis berita palsu. TMI melaporkan -
Disamping itu, Tun Faisal juga mempertahankan blogger-blogger yang berada dalam UMB sebagai individu yang berpengalaman diperingkat akar umbi dan memahami keadaan semasa, bukannya seperti blogger upahan yang disifatkannya sebagai mereka yang seronok sendiri walaupun mempunyai pengalaman dan pengaruh yang luas di alam maya.
Jika dirujuk artikel asal, kesalahan pertama ayat ini ialah, TIDAK ADA sebarang perbandingan yang dibuat dengan sebarang pihak melainkan menyatakan fakta tentang pengalaman dan track record jentera siber UMB.
Saya telah membuka olahan tentang kedibiliti jentera UMB dengan ayat di bawah -
"Bagi pihak yang hanya jadi alat untuk menyerang UMB, biar saya jelaskan serba sedikit track record blogger dan cybertrooper UMB"
dan menutup olahan dan artikel saya dengan ayat di bawah -
Jelasnya mereka ini mempunyai pengikut dan kekuatan tersendiri; dan yang paling penting, mereka bukan bukan menulis, berfacebook atau bertweet hanya dari dalam bilik, sebaliknya mereka orang yang masak dengan pengalaman operasi di lapangan.
Kesalahan etika yang kedua adalah, TIDAK ADA sebarang kenyataan yang menyebut "bukan seperti blogger upahan yang disifatkan sebagai mereka yang seronok sendiri.."
Saya harap pembaca boleh menilai sendiri etika kewartawanan dan kualiti pelaporan TMI yang diagung-agungkan selama ini oleh pembaca pro-pembangkang yang buta fakta.
Jika anda pembaca yang adil dan rasional, saya yakin anda akan menyimpulkan bahawa TMI telah melanggar etika kewartawanan, bukan sahaja kerana ia telah membuat pelaporan yang salah, tetapi melakukan fitnah dengan mereka-reka cerita yang tiada dalam artikel asal.
Perbuatan TMI ini wajar dikutuk kerana memalukan profesion kewartawanan dan mungkin elok TMI mengambil tindakan membetulkan artikel yang disiarkan seperti yang dibuat oleh Malaysiakini di bawah -
Malaysiakini sebelum ini ada membuat laporan yang salah mengenai komen saya mengenai blogger dan etika blogger selepas program Budi Bicara Twitter Jaya. Saya telah membuat teguran terhadap Malaysiakini dalam posting saya di bawah -
http://tunfaisal.blogspot.com/2012/01/fitnah-malaysiakini-papagomo-parpukari.htmlWartawan Malaysiakini telah menghubungi saya selepas teguran ini dibuat dan menyiarkan artikel yang telah diperbetulkan. Saya telah memberikan komen terhadap artikel yang diperbetulkan di sini -
http://tunfaisal.blogspot.com/2012/01/papagomo-parpukari-blogger-bebas.htmlCadangan rakan blogger
1Peluru untuk menyaman TMI boleh dipertimbangkan. Saya akan meminta nasihat penasihat undang-undang UMB, Tun Mohamad Ammar Aziz tentang kemungkinan menyaman TMI atas kesalahan laporan di atas.
Tun Ammar menang saman fitnah ke atas Harakah baru-baru ini
http://harapan-esok.blogspot.com/2013/06/tun-ammar-adik-tunfaisal-menang-saman.htmlNasihat saya kepada wartawan dan editor TMI, bacalah artikel itu berulang kali dan fahamkan maksud dan konteksnya. Jika tidak faham, jangan malu untuk bertanya.
Saya suka menjelaskan di sini :-
Pertama, UMB TIDAK dilayan sebagai kelas kedua. Jika UMB hanya di kelas kedua, tidak mungkin UMB diposisikan sebagai salah sebuah jentera utama di kalangan sejumlah jentera yang membantu kemenangan BN dalam PRU 13.
Kedua, dalam artikel itu saya tidak ada sedikitpun menyatakan bahawa saya kecewa kerana dipersalahkan, sebaliknya saya dan jentera parti, sama ada menggunakan nama UMB atau nama lain, sanggup memikul tanggung jawab yang lebih besar untuk mengetuai keseluruhan operasi BN; dan jika itu berlaku, barulah adil jika saya dan UMB atau apa sekali pun nama jentera parti tersebut, memikul tanggung jawab penuh sekiranya BN tewas.
Ketiga, saya telah nyatakan dengan jelas bahawa operasi siber BN TIDAK GAGAL. Saya nyatakan di dalam artikel saya bahawa, "UMB hanya salah satu kumpulan daripada banyak kumpulan yang membantu operasi BN semasa PRU13. Bagi saya, penyelarasan gerak kerja PRU13 sebenarnya tidak gagal. Tahniah kepada yang terlibat. Ianya jauh lebih baik daripada sebelum ini dan tentunya hasrat kita agar gerak kerja ini terus diperkemaskan lagi bagi menghadapi cabaran PRU14 yang lebih sengit."
Berkualiti sangatkah laporan TMI?
Beretika sangatkah wartawan, editor dan portal TMI?Nilaikanlah sendiri..... hancus!