Monday, July 8, 2013

BUKTI BARU #PakatanRakyat SEMAKIN MENYIMPANG DARI ISLAM!!

Salam. Anda semua boleh baca dan nilaikan sendiri apa yang Pakatan Rakyat akan lakukan semata-mata untuk menakluk kuasa pemerintahan kerajaan pusat (BN) dan untuk merealisasikan impian Anwar Ibrahim sejak azali, iaitu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

SILA BACA DAHULU APA YANG TERTULIS DI GAMBAR ITU SEBELUM MEMBUAT SERANGAN PERIBADI.

1) Melalui screen shot (gambar) iaitu sumber daripada rakan media FB saya. Dia seolah-olah menghasut supaya kita saudara sesama Islam berpecah. Selain itu Islam tidak pernah mengajar supaya bersatu dengan kafir untuk menghancurkan islam yg lain. 

Saturday, July 6, 2013

TERBAIK! TAIPING DIJADIKAN BANDAR BERSEJARAH KEDUA DI MALAYSIA!!!

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bercadang menjadikan Taiping yang kaya dengan pelbagai produk pelancongan sebagai bandar bersejarah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pihaknya akan berunding dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu bagi memastikan khazanah pelancongan di Taiping, yang kini dikenali sebagai bandar warisan, terpelihara.

"Banyak bangunan dan tempat bersejarah di Taiping seperti stesen kereta api, Bukit Maxwell dan Kuala Sepetang. Saya bimbang sekiranya (bangunan bersejarah) diruntuh dan dibangunkan dengan pembangunan lain, maka akan hilang khazanah pelancongan di Taiping," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Muzium Taiping di sini hari ini sempena program Muzium Bersama Komuniti.

Mohamed Nazri mengadakan lawatan di Perak selama dua hari dan ia merupakan lawatan pertamanya ke negeri ini selepas dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Beliau berkata, produk pelancongan di daerah ini termasuk Muzium Taiping akan dinaik taraf sebagai ikon pelancongan bandar Taiping.

"Saya kagum dengan artifak-artifak yang terdapat di dalam muzium ini.

Sememangnya anak-anak sekolah mesti dibawa ke sini untuk melihat perkara yang sebenarnya wujud di negeri ini seperti permainan tradisional, makanan tradisi di Perak dan sebagainya," katanya.

Sehubungan itu, bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke muzium, beliau berkata penambahbaikan perlu dilakukan di tempat penyimpanan barang-barang bersejarah itu.

"Kementerian akan mengkaji semula bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan serta kos yang perlu diperuntukkan," jelasnya.

Program yang diserikan dengan persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, dikir barat dan pancaragam sekolah turut menempatkan 47 gerai pameran melibatkan produk pelancongan, kesihatan dan kraftangan. - BERNAMA

GELORA POLITIK MESIR: AKAN BERI IMPAK BESAR KEPADA MALAYSIA?

APA yang berlaku pada pagi Khamis,  4 Julai,  di Mesir mengulangi drama mendebarkan ketika Februari 2011 apabila pemerintahan 30 tahun Hosni Mubarak sampai ke penghujungnya  . Latar ceritanya sama _ atas nama kebangkitan rakyat, bagaimana kuat sekali pun cengkaman politik seseorang pemimpin itu, ia tidak setanding suara lautan manusia berhimpun mencetuskan gelora menjatuhkan kuasa. Mohamed Morsi, yang dipilih rakyat menerusi proses demokrasi dipanggil pilihan raya, digulingkan dan kini dikenakan tahanan rumah oleh tentera. Tidak penting lagi, jika rampasan kuasa itu dibantu tentera atau sebaliknya, kuasa rakyat, ada nilai harga yang tinggi untuk dibayar.

Mesir kini di era baru. Itulah juga tajuk utama semasa Hosni dijatuhkan, diikuti Mohamed yang menyambung jalan politik tinggalan Hosni dan rejimnya. Kini era baru pasca penggulingan Mohamed itu merujuk kepada Adly Mansour, Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Mesir yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden kerajaan sementara di negara itu. Kepada penentang Mohamed, Adly dan tentera merupakan pihak yang terbaik menyelesaikan masalah Mesir, yang dihimpit pelbagai isu sejak sekian lama. Namun kepada penyokong Mohamed, Mesir bukan memasuki lembaran baru, sebaliknya mundur beberapa tahun ke belakang. Lebih buruk, perkembangan itu kepada penyokong Mohamed, seolah-olah menguburkan obor demokrasi yang mula memutik dengan baik sejak dua tahun lalu _ semasa Mohamed ambil alih kuasa.

Di lapis lain, apa yang berlaku di Mesir, menghantar mesej dan melontar satu pertanyaan, apa lagi rakyat Mesir mahu? Soalan itu barangkali  perlu dijawab dan jawapannya ada di kalangan rakyat Mesir sendiri.

Ramai kalangan penganalisis yang mengikuti rapat debar politik Mesir bimbang dengan perkembangan terbarupasca kejatuhan Mohamed. Seorang penganalisis Asia Barat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melahirkan rasa khuatir jika apa yang berlaku di Algeria akan berulang di Mesir. Katanya, detik gembira sesetengah penyokong tentera meraikan kejatuhan Mohamed mungkin sementara memandangkan apa yang berlaku selepas ini masih lagi kabur. “Ya, satu pilihan raya Parlimen dan Presiden akan diadakan, tetapi persoalannya bila? Ya, penyokong tentera gembira, namun apa yang berlaku kepada kumpulan pro-Mohamed yang bersedih dengan perkembangan yang terjadi?,” kata beliau sebelum seterusnya menambah, kelompok yang kecewa berupaya bertindak di luar fikiran logik.

Penganalisis yang beberapa kali melawat Mesir itu seterusnya menarik perhatian bahawa, sehingga menunggu tarikh pilihan raya baru diadakan, ia dibimbangi berlaku lebih banyak keganasan atau protes dalam skala yang lebih besar. “Adalah tidak berbaloi, jika rakyat Mesir membayar untuk membuat pilihan mengundi nanti tetapi terpaksa diganti dengan menempuhi keganasan terlebih dahulu.” Contohnya sudah ada _ di Algeria. Pada 1991, Parti Islamis, FIS menang pusingan pertama pilihan raya  tetapi Presiden yang dipilih, bertindak di bawah tekanan tentera terpaksa membubarkan Parlimen sekali gus membatalkan pilihan raya. Keadaan itu mengakibatkan pihak yang tidak berpuas hati _ sudah pasti pergerakan Islam Algeria, secara diam-diam berjuang cuba mengembalikan amalan yang bebas daripada cengkaman tentera. Lihatlah warisan di Algeria sekarang, berpuluh-puluh tahun gerakan pemisah berakar, hampir 300,000 nyawa terkorban. Saki baki kumpulan pemberontak pula hidup dengan aktiviti seludup, menculik, memeras ugut, meminta wang tebusan dan membunuh tawanan.

Mesir tidak mustahil boleh menjadi seperti Algeria. Antaranya kerana Mesir adalah tempat lahir dan berkembangnya pengaruh Islam serta politik. Kalau ada yang membaca dan mengikuti rapat sejarah Mesir, sebagai agama, Islam di negara itu dijadikan senjata melawan penjajahan dan sebarang bentuk kekejaman. Pada awal kurun ke-20, kalau ada yang belum lupa, ketika itu, dapat dilihat bahawa intelektual seperti Sayyid  Qutb didera semasa dipenjara oleh kerajaan tentera pimpinan Presiden Kolonel Gamal Abdul Nasser, yang berfahaman sekular.

Semasa “Arab Spring” yang menjatuhkan kerajaan Hosni pada 2011, disusuli pilihan raya yang berpihak kepada Ikhwanul Muslimin, penganalisis melihat ia satu tamparan kepada Al-Qaeda dan kumpulan beraliran agama atau jihad. Keadaan itu mencerminkan bahawa ada ruang dan untuk politik berasaskan Islam menerusi pendekatan aman atau jalan demokrasi, iaitu pilihan raya. Ia perkembangan cukup mengecewakan bukan sahaja buat Al-Qaeda, malahan pergerakan Islam ekstremis lain.

Kini dilaporkan banyak cabang-cabang pergerakan yang ada di Mesir beralih arah ke Syria dan Turki _ berjuang atas nama agama dan mempertahankan hak. Jangan dilupakan juga, Ayman Al-Zawahiri, orang nombor dua dalam Al-Qaeda berasal dari Mesir. Menurut laporan, beliau yang berjaya menukarkan Osama Laden menjadi radikal sehingga sifat Al-Qaeda terbentuk sedemikian rupa. Dengan ada markas-markas pergerakan jihad ini khususnya di Mesir, penggulingan Mohamed satu perkembangan cukup meresahkan. Ia sangat bergelora untuk politik Mesir. Kalaupun masih jauh daripada menjadi seperti Algeria, tidak salah untuk dikatakan ia makin hampir memasuki era menjadi “Algeria kedua”. - AWANI

MY SLIDESHARE UPLOAD