Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini seharusnya ditangani dengan bijak. Perbincangan ilmiah dengan memahami maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua pihak. Kalimah ALLAH merupakan KALIMAH SUCI yang melambangkan Islam itu sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah menjadi KEWAJIPAN bagi umat Islam dalam mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.
|
Terjemahan kata ganti nama God atau Lord di dalam Bible cuba digantikan kepada nama “Allah” dalam Alkitab versi bahasa Melayu. Kenapa ini semua boleh terjadi? |
Ini kerana sehingga kini, penganut Kristian bermati-matian menuntut agar kalimah ini dibenarkan untuk diguna pakai di dalam terjemahan Bible versi Bahasa Melayu (ALKITAB). Apa sebenarnya MOTIF puak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah di setiap gereja? Adakah mereka membuatnya saja-saja? Atau hendak melihat sejauh mana KEPEKAAN atauSENSITIVITI orang Melayu yang beriman di bawah naungan Islam.
- Kronologi Tuntutan Kalimah “Allah”
|
Perdebatan kalimah “Allah” dipercayai bermula semasa permohonan memperbaharui permit oleh akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan untuk cetakan akhbar versi bahasa Melayu |
Secara umumnya kronologi tuntutan terhadap kalimah “Allah” terbahagi kepada tiga peringkat. Ia bermula apabila akhbarHerald – The Catholic Weeklymengemukakan permohonan membaharui permit penerbitan akhbarnya kepada Kerajaan. Kelulusan telah diberikan kepada akhbar ini dengan menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah “ALLAH”dalam menggantikan kata nama “GOD”atau “LORD” untuk versi bahasa Melayu. Ekoran timbul rasa ketidakpuasan hatimaka tindakan semakan kehakiman telah difailkan oleh Gereja Katolik. Peristiwa ini bolehlah dirangkumkan seperti berikut :
- Sebelum Semakan Kehakiman
Pada 31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah “Allah”. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.
Pada 3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”.
Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
Pada 7 Januari 2009, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “Allah” tidak digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
|
Masihkah kita ingat Paderi Lawrence Andrew yang menfailkan Semakan Kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”? |
Mari kita tengok apa dia punya explaination. Sambung baca dibawah:
Ketepikan politik ketika isu kalimah `Allah’ ke mahkamah, kata pengarang Herald
Ia tidak berniat untuk dijadikan isu besar dalam negara. Sama ada penganut Katolik boleh menggunakan kalimah `Allah’ untuk rummer kepada tuhan mereka dalam akhbar mingguan, Herald, akan didengar lagi di mahkamah esok.
“Ini adalah mengenai penggunaan perkataan `Allah’ dalam akhbar mingguan, bukan mengenai Allah, tetapi ia memberi kesan kepada sesuatu yang lain kini. Kami mahu ia tidak dipolitikkan,” kata paderi berusia 68 tahun yang juga pengarang Herald, Father Lawrence Andrew.
Tetapi, beliau tidak akan dapat apa yang diharapkan supaya isu itu tidak dipolitikkan.
Ini kerana, kumpulan pendesak hak Melayu Perkasa, diketuai pemimpin yang ditolak pada pilihan raya umum, sudah mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di Istana Kehakiman esok untuk turut sama mendengar keputusan kerajaan menghalang Herald menggunakan perkataan itu.
Dalam satu kenyataan pada Isnin lalu, Perkasa mempelawa semua umat Islam untuk menyertai kumpulan itu esok pagi untuk `menunjukkan sokongan terhadap usaha mempertahankan perkataan `Allah’ daripada diperguna dan disalah guna oleh penganut agama lain’.
Seterusny
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
- Selepas Semakan Kehakiman
Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untukpenangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patailmenyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
Pada 6 Januari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
Bermula 6 Januari 2010 hingga kini, isu ini masih ditangguhkan oleh kedua-dua belah pihak yang berkepentingan.
|
Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan, Murphy Pakiam dan Lawrence Andrew merupakan watak utama di dalam pertikaian isu kalimah “Allah” |
- Kronologi Polemik Penggunaan Kalimah Allah Masa Kini
Perdebatan berkaitan penggunaan kalimah “Allah” mula berputik kembali apabila ianya dibangkitkan oleh Lim Guan Eng secara PROVOKASI kepada umat Islam tanpa menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menangguhkan isu ini demi kepentingandan keharmonian negara. Sekiranya diapi-apikan secara AGRESIF nescaya isu ini akan menjadi sebab-musabab kepada timbulnya bibit-bibit perpecahan dan perbalahan di kalangan orang Islam khususnya dan masyarakat majmuk umumnya. Hal ini berlaku tidak lebih bertujuan untuk mendapatkan UNDI SIMPATI daripada pihak-pihak tertentu di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelma nanti. Perbalahan dan perdebatan ini dapat dilihat seperti rentetan berikut :
|
Perutusan Sambutan Hari Natal oleh Lim Guan Eng yang meminta dibenarkan penggunaan kalimah “Allah” secara terbuka adalah PENCETUSkepada POLIMIK semasa di kalangan masyarakat |
|
Pelbagai reaksi dan komen telah diutarakan oleh wakil agama dan ahli politik dalam membantah permintaan Lim Guan Eng |
|
Mufti-Mufti pelbagai negeri mendesak agar semua pihak AKUR terhadap Fatwa yang menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam |
Pada 24 Disember 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan MEMBENARKAN masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu melalui Perutusan Sempena Sambutan Hari Natal.
Pada 28 Disember 2012, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah “Allah” KHUSUS untuk orang Islam dan seluruh umatnya sahaja. Agama lain termasuk Kristian TIDAK BERHAK sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Pada 4 Januari 2013, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan parti itu kekal dengan keputusan MENYOKONG penggunaan kalimah “Allah” untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2010.
Pada 8 Januari 2013, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan KESAL dengan kenyataan Lim Guan Eng yang meminta Kerajaanmembenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Pada 8 Januari 2013, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan kalimah “Allah” BOLEH DIGUNAKAN oleh penganut semua agama DENGAN SYARAT tidak disalahgunakan selepas satu mesyuarat yang dihadiri oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada 11 Januari 2013, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi mendedahkan seorang Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah “Allah” adalahKHAS untuk umat Islam seperti yang diperakui di dalam buku tulisan beliau yang bertajuk;“Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.”
Pada
13 Januari 2013, susulan daripada desakan pelbagai pihak termasuk Mufti-Mufti pelbagai negeri (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak dan Pahang) PASakhirnya AKUR menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam danTIDAK BOLEH DIGUNAKAN oleh agama lain selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kita hendaklah beriman dan mengakui bahawa terdapat dua kalimah yang amat SENSITIFdari sudut agama Islam yang perlu dipertahankan. Pertamanya, kalimah Dua Syahadahtentang ikhtikad keimanan kita terhadap kewujudan Allah S.W.T. Keduanya, kalimah “Allah”yang WAJIB dihayati sebagai kata nama gantian kepada Rubbul’ alamin. Sewajarnya bagi umat Islam, nama “Allah” merupakan nama yang KHUSUS yang mesti dipelihara kesuciannya.Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.
|
Jangan kita biarkan kalimah “Allah” dipermainkan atau diperolok-olok oleh mereka yang TIDAK BERIMANdan MENYAKINI segala perintah dan laranganNya |
Konklusi yang tepat ialah, permintaan The Church untuk menggunakan 'Kalimah Allah” dalam terjemahan Bible versi bahasa Melayu adalah TIDAK PATUT DAN WAJIB DITOLAK! Secara ketaranya, penganut Kristian daripada negara barat pun tidak menggunakan perkataan “ALLAH” bagi merujuk kepada "God" atau "Lordsamada" samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Jika kita di Malaysia ini masih buta dan termakan dengan hasutan, jangan marah atau melenting jika indeks murtad di Malaysia ini naik secara mendadak.