Thursday, September 5, 2013

[VIDEO] NILAI MATAWANG MALAYSIA JATUH, SEBAB KENAPA HARGA MINYAK NAIK


Seperti yang kita tahu, jika nilai sesetengah matawang jatuh, maknanya negara tersebut WAJIB untuk membuat TSM (TINDAKAN SERTA MERTA) untuk menstabilkan ekonomi negara tersebut. Baru aku faham kenapa harga petrol dinaikkan, adalahs salah satu TSM yang telah dilakukan oleh DS Najib untuk menjamin kestabilan negara kita. Kita sebagai rakyat harus faham dan kadangkalanya kena bekorban untuk kebaikan dimasa depan. Jangan  fikir apa akan jadi sekarang, fikirlah apa yang akan jadi dimasa depan.

~ADIOS~
VIDEO:

#PemilihanUMNO: KAMI SUDAH SIAP SEDIA!! @tunfaisal #TF4MT


Mengenai apa yang aku tulis semalam [SINI]



Pada awalnya disangkakan hanyalah gimik sahaja. Rupanya tak sangka ianya betul-betul. Apa-apa pun secara peribadi, saya menyokong penuh Tun Faisal bertanding Majlis Tertinggi UMNO untuk pemilihan kali ini. Dari segi pengalaman dan sokongan yang dipunyai Tun, terutamanya dalam media baru, memang dia berpotensi besar untuk menang. Jangan terkejut jika ada kempen media sosial besar-besaran akan diadakan dalam masa terdekat. Tonton video dibawah dimana KJ mengumumkan 4 nama-nama yang akan bertanding Majlis Tertinggi. (Durasi 7:15)

 

ISU KENAIKAN HARGA PETROL: RAFIZI RAMLI KANTOI MENIPU LAGI!!


Ini la kerja Pengarah Strategi PKR ni, menipu dan terus menipu untuk mengaburkan pandangan rakyat... Tetapi apabila dibaca entri Fizi tentang isu kenaikan harga petrol dan kenyataan berjela, beliau bakal kantoi dan malu diri beliau sendiri.

Blog Rafizi : Klik Sini

1. Lihat printscreen di bawah :



2. Yang kantoinya ialah Fizi hanya menunjukkan graf hingga bulan Jun 2013. Tetapi, apabila kita rujuk graf di bawah, kita akan lihat kenaikan harga minyak mentah daripada bulan Jun 2013 hingga ke bulan Ogos 2013!



3. Kenapa Fizi hanya mengambil graf hingga bulan Jun 2013 sahaja dan tidak merujuk kepada indeks graf yang terbaru hingga bulan Ogos seperti di atas?

4. Apakah beliau sengaja berbuat demikian untuk putar belit dan menipu rakyat ?

5. Rafizi Ramli juga menulis : 

Tidak pernah sekali pun harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga minyak mentah ini menurun di pasaran dunia. seterusnya
6. Benarkah kenyataan tersebut atau Fizi berbohong sekali lagi ?

7. Sila baca printscreen di bawah : 

sumber : klik sini

8. Bukankah kerajaan pernah menurunkan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen pada 22 Mei 2013 dan ketika itu graf harga minyak mentah memang rendah bulan itu?

9. Apakah Rafizi Ramli tidak tahu atau beliau mahu berbohong kepada rakyat sekali lagi?

10. Beliau juga mendakwa "matwang ringgit telah hilang nilainya dan susut secara mendadak dalam tempoh sebulan yang lepas."

11. Kenyataan Pengarah Strategi PKR ini ternyata tidak berasa. Sila baca :
Ringgit mencatatkan rekod tertinggi sejak tiga minggu lalu hari ini, mengatasi prestasi beberapa mata wang di ASEAN selepas kerajaan mengambil keputusan mengurangkan subsidi bahan bakal untuk mengurangkan defisit fiskal negara.
Kenaikan selepas pengumuman kenaikan harga minyak itu berlaku dipercayai hasil daripada aktiviti pembelian oleh pelabur di pasaran luar pesisir.
Ringgit diurusniaga pada 3.2645 (setakat 3 petang) berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu meningkat 0.29 peratus, selepas mencecah 3.2590 iaitu rekod terbaik sejak 13 Ogos lalu.
Kenaikan itu lebih tinggi berbanding kenaikan Baht Thailand yang meningkat 0.23 peratus, diikuti 0.27 peratus bagi Peso Filipina berbanding Dollar AS. seterusnya

12. Apakah Rafizi Ramli tangkap muat sahaja atau beliau sekali lagi mahu menipu rakyat?

13. Ada beberapa lagi omongan Rafizi Ramli yang sangat meragukan dan menimbulkan persoalan, sama ada beliau ini sengaja putar belit dan berbohong kepada rakyat.

14. Anda baca entri menarik ini : KLIK SINI

15. Jika segala di atas gagal dijawab oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR itu, MiM sarankan agar beliau letak jawatan sahaja.

16. Dan tidak perlulah Khairy Jamaluddin melayan pelawaan si Fizi ini untuk berdebat. Buang masa sahaja

Credit to Dr Novandri.

MY SLIDESHARE UPLOAD