Tuesday, November 26, 2013

AKTA BAGI MELINDUNGI DATA PERIBADI (AKTA 709) BAGI TUJUAN KOMERSIAL..

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).


RINGKASAN:

Maklumat peribadi individu yang diproses untuk tujuan tranksaksi komersial kini dilindungi dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Ini bermakna golongan pengguna data seperti sektor perbankan,insurans dan jualan langsung akan lebih bertanggungjawab dalam memberikan maklumat peribadi individu kepada pihak luar.

Data peribadi yang dilindungi termasuk nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor passport, maklumat kesihatan, email, gambar, imej rakaman litar tertutup dan maklumat dalam fail peribadi.

Akta 709 mula berkuatkuasa pada 15 November 2013.

ASTRO AWANI

#KonsertDestini: HOT!! DATO' @mynameisrossa SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM!! TAHNIAH @YDABDihatiku!!


Difahamkan, semasa kedatangan Dato Rossa sempena Promo Konsert Destini di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam hari ini adalah bukannya hanya bermotifkan hiburan semata-mata.

Dia telah menyumbangkan sumbangan kepada anak-anak Rumah Amal Nur Muhammad semasa majlis berkenaan. Satu pujian melangit yang saya berikan atas usaha murni Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) kerana berjaya mencetuskan persepsi positif kepada imej industri seni dan universiti di Malaysia. 

SUMBER INSTAGRAM

#PRKampus: APA KATA MENTERI SKMM TENTANG #WifiUM? @shaberyc @RazaliIbrahim @tunfaisal



Dibawah merupakan penerangan yang lebih jelas dan terperinci mengenai Wifi UM tersebut. 
"Dulu saya Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM 1981-1982. Kami perjuangkan harga teh tarik, makanan dan kos fotokopi yang rendah. Tetapi hari ini saya faham, akses internet adalah penting untuk para pelajar. 
"Jadi saya memberi komitmen untuk membantu mahasiswa untuk tujuan ini,"  
- Datuk Shabery Chik - MENTERI KEMENTERIAN KOMUNIKASI & MEDIA
Dipetik dari laman berita ASTRO AWANI:

Lokasi perkhidmatan WiFi di Universiti Malaya (UM) akan diperluaskan bagi membolehkan mahasiswa menikmati akses internet yang lebih mudah dan pantas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Bagi memenuhi harapan mahasiswa, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi universiti itu dalam masa terdekat.

Katanya, akses internet kini dianggap antara keperluan penting kepada mahasiswa dalam mendalami ilmu dan pengetahuan mereka.

"Dulu saya Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM 1981-1982. Kami perjuangkan harga teh tarik, makanan dan kos fotokopi yang rendah. Tetapi hari ini saya faham, akses internet adalah penting untuk para pelajar.

"Jadi saya memberi komitmen untuk membantu mahasiswa untuk tujuan ini," katanya selepas menerima petisyen daripada Penggerak Mahasiswa UM, di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM) akan turut diperolehi bagi tujuan itu.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap ICT, saya amat teruja untuk membantu mereka (Penggerak Mahasiswa), dengan kerjasama SKMM dan TM," katanya.

Pengerusi pergerakan itu, Mohd Faridzuan Karim berkata akses internet di kebanyakan lokasi di universiti itu agak perlahan.

"Kami mahukan kemudahan WiFi sedia ada di kawasan tumpuan ditambahkan bagi memastikan setiap mahasiswa UM dapat menikmati akses internet yang lebih baik bersesuaian dengan jumlah yuran yang dibayar," katanya.

Menurutnya, selain menambah 'hotspot' yang sedia ada di semua kolej kediaman, pusat akedemik dan fakulti, pengurusan UM juga perlu menambah kapasiti jalur lebar di setiap kolej kediaman terutamanya pada waktu puncak iaitu antara 9 malam dan 2 pagi.

MY SLIDESHARE UPLOAD