Monday, December 2, 2013

#MahasiswaNasional: APAKAH KELAINAN YANG BERJAYA DIBAWA? KLIK SINI!! @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal


Perhimpunan Agung UMNO 2013 kali ini melakar sejarah sendiri apabila buat julung kalinya memberi peluang kepada tiga mahasiswa untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada perhimpunan itu.

"Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah kebolehan dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa. 
"Selain itu, ia bertujuan melatih mahasiswa untuk berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara," katanya pada sidang media di sini hari ini. 
Seterusnya..

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata seorang akan berbahas pada persidangan Pemuda, seorang lagi pada persidangan Puteri dan seorang lagi pada Perhimpunan Agung UMNO.


Razali, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini dan dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pada Ahad.

"Malam ini, kita akan putuskan jurucakap dan 'back-up' (mahasiswa) untuk ke persidangan dan perhimpunan itu daripada kalangan mahasiswa yang mengambil bahagian dalam Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 2013 hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penangguhan PEMANAS 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Sebelum ini, hanya seorang wakil mahasiswa dari Kelab UMNO Luar negara diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Persidangan sehari itu dihadiri seramai 150 perwakilan mahasiswa dari dalam dan luar negara dan ia diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga Sabtu.

Pada persidangan berkonsepkan ala Parlimen itu, sebanyak 36 usul diluluskan merangkumi 10 usul ekonomi, 10 politik, sembilan agama dan tujuh pendidikan.

Razali berkata semua usul tersebut akan diagihkan kepada jurucakap yang dipilih untuk dibangkitkan semasa persidangan sayap dan Perhimpunan Agung UMNO.

"Wakil (jurucakap) yang bakal dipilih hanya mampu membangkitkan usul itu, bagaimanapun ia terserah kepada perwakilan untuk menerimanya," katanya.

Razali juga berpuas hati dengan perjalanan persidangan PEMANAS 2013 dan tidak menolak kemungkinan ia akan menjadi acara wajib perhimpunan pada masa depan. - SUMBER

VIDEO:

Temuramah Tun Faisal yang dijemput sebagai moderator antara delegasi persidangan dan pakar bidang berkongsi harapan beliau untuk Persidangan Mahasiswa untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ini:


Reaksi Pemerhati:



PERHIMPUNAN AGUNG AUMNO 2013 - SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PERWAKILAN!!

Saturday, November 30, 2013

#MahasiswaNasional: CETUSAN IDEA @RazaliIbrahim YANG #MeremajakanUMNO @shaberyc @tunfaisal

“Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa”

Jangan lupa bahawa esok merupakan hari berlangsungnya Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 yang akan diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC. 
Persidangan Mahasiswa Nasional ini adalah usaha Datuk Razali Ibrahim (Pengerusi Biro IPT UMNO) agar dapat membentuk 'bakal pemimpin' yang berkreadibiliti.

PROMO VIDEO PERSIDANGAN MAHASISWA NASIONAL 2013:


ENTRI SEBELUM INI: #MahasiswaNasional: INTIPATI PENTING YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH SEMUA!! SEBARKAN!!

Meremajakan UMNO - Selaras dengan tema yang dibawakan, "Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa". Ruang yang luas diberikan kepada pemimpin mahasiswa untuk bersuara. Ini secara amnya dapat memberikan nafas baru kepada corak politik negara kita. 

RINGKASAN

Berikut adalah serba-serbi ringkasan mengenai Persidangan Mahasiswa Nasional 2013. Diharap dengan ringkasan ini , pembaca lebih memahami apakah output yang bakal diberikannya kepada barisan kepimpinan mahasiswa ini. 
  1. Anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO.
  2. Seramai 75 pemimpin mahasiswa dari universiti di 14 buah negara dan 75 pemimpin mahasiswa dari semua universiti (IPTA Tempatan) akan menyertai persidangan ini.
  3. Diadakan sebagai inisiatif kepada para pemimpin muda berdiskusi atau berbahas untuk membawa usul-usul ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.


MENGAPA PERSIDANGAN INI MENGGUNAKAN FORMAT ALA PARLIMEN DAN JAWATANKUASA PILIHAN KHAS (SELECT COMMITTEE)?

Format ala Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee) digunakan adalah bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa kepada asas perdebatan dalam Parlimen, selain mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda serta secara tak langsung dapat melatih mereka agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.

  1. Memberi pendedahan kepada Mahasiswa Nasional kepada asas perdebatan dalam Parlimen;
  2. Mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda di kalangan Mahasiswa Nasional
  3. Melatih Mahasiswa Nasional agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.


peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :

i. Politik - “Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14.”

ii. Ekonomi - “Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara.”

iii. Agama - “Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah.”

iv. Pendidikan - “Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan.”

Friday, November 29, 2013

#MahasiswaNasional: INTIPATI PENTING YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH SEMUA!! SEBARKAN!!


Apakah Persidangan Mahasiswa Nasional? Baca dibawah untuk pendekatan yang lebih jelas.

KENYATAAN AKHBAR BERSAMA


YANG BERHORMAT DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Komunikasi dan Multimedia
merangkap Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara

DAN


YANG BERHORMAT DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri
merangkap Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia


Persidangan Mahasiswa Nasional 2013

Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Malaysia akan secara bersama menganjurkan Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2013 pada 1 Disember 2013 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan akan melibatkan 150 orang peserta, iaitu seramai 75 orang pemimpin mahasiswa dari luar negara dan 75 orang pemimpin mahasiswa dari IPTA dalam negara.

Tahun ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee). Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum.

Perubahan pendekatan ini dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat:

a. memberi pendedahan kepada Mahasiswa Nasional kepada asas perdebatan dalam Parlimen;
b. mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda di kalangan Mahasiswa Nasional; dan
c. melatih Mahasiswa Nasional agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.


Dalam persidangan kali ini, peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :

i. Politik
“Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14.”


ii. Ekonomi
“Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara.”

iii. Agama
“Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah.”

iv. Pendidikan
“Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan.”

VIDEO



Seramai LAPAN (8) orang Pakar Bidang turut dijemput untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman di dalam bidang masing-masing. Mereka adalah:-

i. Politik 
YBhg Datuk Fuad Hassan
(Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas – JASA)
YBhg Datuk Zulkifli Nordin
(Mantan Pemimpin Kanan PKR / Peguam)

ii. Ekonomi 
YBhg Prof Dr Noor Azlan Ghazali
(Timbalan Naib Canselor UKM – Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)
YBhg Dr Zubir Harun
(Pengerusi Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia – AIM)

iii. Agama 
YBhg Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali
(Presiden JATI)
YBhg Dr Fathul Bari Mat Jahaya
(Exco Pemuda UMNO Malaysia)

iv. Pendidikan 
YBhg Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar
(Naib Canselor Universiti Teknologi MARA)
YBhg Prof. Madya Dr Asyraf Wajdi Dato’ Haji Dasuki
(Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah – YADIM)


Pada penghujung persidangan ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk:

i. mendapatkan sebanyak mungkin usul yang akan disampaikan dalam bentuk RESOLUSI kepada kepimpinan tertinggi UMNO.

ii. mengenal pasti jurucakap-jurucakap yang berpotensi untuk diketengah di dalam Persidangan Sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agong UMNO Malaysia 2013 .

MY SLIDESHARE UPLOAD