Monday, December 2, 2013

AKIBAT DICACI, DICERCA DAN DIHINA.. USTAZ KAZIM ISYTIHAR KELUAR PAS!!

KEMASKINI @ 2200HRS

Pendakwah bebas Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim hari ini mengumumkan keputusan keluar daripada Pas kerana kecewa dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh pucuk pimpinan dan anggota parti itu sejak sekian lama.

Beliau berkata fitnah dan tohmahan itu semakin bertubi-tubi apabila beliau ditawarkan tempat sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, meskipun beliau belum menyatakan pendirian mengenai pelantikan itu.

Lebih mengecewakannya ialah beliau anggota Pas tetapi diserang berterusan dengan panggilan tidak sesuai seperti binatang dan munafik selain ada pimpinan parti itu mengatakan beliau umpama kambing yang dimakan serigala, agamawan celaru serta menjadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO.

“Kalau mereka mengatakan saya masih Pas, atau selepas kenyataan ini mereka mengatakan saya telah dipecat, tidak kiralah sama ada saya masih anggota Pas atau telah dipecat, saya dengan ini mengisytiharkan saya keluar daripada Pas dan tidak menyokong apa yang telah dibuat fitnah dan kata-kata nista terhadap seorang yang cuba menegakkan Islam melalui bidang dakwah.

“Saya masih sayang kepada Pas yang dahulu yang dibawa oleh arwah Ustaz Fadzil Noor, yang betul-betul memperjuangkan konsep yang sebenarnya tapi saya kecewa dengan Pas sekarang yang apabila dinasihat, ditegur dikatakan barua dan anjing UMNO sedangkan saya adalah anggota Pas dan tidak pernah daftar sebagai anggota UMNO,” katanya.

Ustaz Kazim ditemui selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini berhubung pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut menegaskan keputusan beliau untuk keluar daripada Pas tiada kaitan dengan pertemuan dengan perdana menteri hari ini, sebaliknya memaklumkan bahawa beliau sudah lama bersabar dengan tohmahan dan fitnah terhadap beliau yang turut menjejaskan anggota keluarga yang lain.

“Bertahun-tahun saya sabar dengan finah yang dilemparkan oleh sahabat-sahabat tapi pada dua tiga hari ini, saya rasa kesabaran saya telah sampai kemuncak. Ada yang panggil sebagai babi, anjing, barua. Saya ada mak dan ayah walaupun dah meninggal, kalau masih hidup, macam mana perasaan ibu saya yang anaknya dipanggil babi.

“Adakah ini perjuangan Pas yang cuba memartabatkan Islam dan menyatupadukan Islam tapi kerjanya memfitnah mengata yang bukan-bukan terhadap saya sedangkan mengatakan saya masih ahli mereka. Kemudian ada pula kenyataan, Ustaz dipecat lepas tu memang ada usul tapi belum ada surat pemecatan.

“Jadi bagaimana keadaan begini, hendak mengurus seorang ahli pun dah timbul masalah besar bagaimana nak uruskan sebuah negara,” katanya.

Sementara itu, menjelaskan status pelantikan beliau sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ustaz Kazim berkata beliau menyerahkan semuanya kepada perdana menteri yang juga Presiden UMNO untuk mengumumkan perkara berkenaan.

“Saya berbesar hati tetapi saya serahkan kepada PM untuk buat pengumuman rasmi. Saya rasa beliau lebih berhak untuk buat pengumuman,” katanya.

Ustaz Kazim berkata selepas pertemuan hari ini, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Najib khususnya mengenai peranan yang boleh beliau laksanakan sebagai anggota Majlis Tertinggi.
“Apabila Datuk Seri terangkan kepada saya bagaimana orang agama boleh memainkan peranan dalam UMNO dan agensi lain, saya rasa itu bentuk yang baik dan pihak luar perlu pandang baik, orang jemput kita sebab nak dengar nasihat.
“Penerangan yang diberikan puas hati dan yakin apa yang rakyat perlukan dan saya pun suarakan apa yang rakyat biasa inginkan, dan Datuk Seri dengar dengan sangat terbuka dan ada dua tiga benda yang saya lihat terkesan di hati Datuk Seri, dan saya yakin akan ada perubahan selepas ini,” katanya.

Pada 29 November lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Ustaz Kazim adalah antara sembilan anggota Majlis Tertinggi yang dilantik bagi melengkapkan jumlah 13 Majlis Tertinggi tambahan yang diputuskan presiden UMNO mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan UMNO.

Ustaz Kazim dipecat sebagai ahli PAS pada 14 Mei 2011...

Jangan kata orang lain malah Ustaz Kazim Elias sendiri hairan dengan sikap PAS yang bersungguh-sungguh mendakwa konon beliau masih ahli PAS.Ini katanya kerana beliau tidak pernah dilayan seperti ahli parti itu di masa dulu.

Penceramah bebas itu juga tidak begitu jelas soal status beliau sebagai ahli parti itu tetapi menggangap masih ahli parti kerana setakat ini tidak pernah terima surat rasmi mengatakan beliau dipecat sebagai ahli.

Ketika jawab soalan dalam sidang akhbar sebelum ceramah beliau di kawasan perumahan PPR di Setapak Sabtu malam,beliau hanya kata dulu ada dengar ura-ura PAS nak pecat beliau.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengesahkan Mohammad Kazim Elias adalah Ahli PAS semenjak beliau mendaftarkan diri pada 17 Julai 1998 dengan Nombor Keahliannya – 0475276 di PAS Kawasan Tambun dan di PAS Cawangan Kampung Manjoi.

Namun setelah menyelak balik laman blog Dewan Ulamak PAS Perak jelas tertera di situ ia telah meluluskan sebulat suara satu usul pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah diadakan pada 14 Mei 2011 di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak memecat Ustaz Kazim.

#MahasiswaNasional: APAKAH KELAINAN YANG BERJAYA DIBAWA? KLIK SINI!! @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal


Perhimpunan Agung UMNO 2013 kali ini melakar sejarah sendiri apabila buat julung kalinya memberi peluang kepada tiga mahasiswa untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada perhimpunan itu.

"Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah kebolehan dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa. 
"Selain itu, ia bertujuan melatih mahasiswa untuk berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara," katanya pada sidang media di sini hari ini. 
Seterusnya..

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata seorang akan berbahas pada persidangan Pemuda, seorang lagi pada persidangan Puteri dan seorang lagi pada Perhimpunan Agung UMNO.


Razali, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini dan dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pada Ahad.

"Malam ini, kita akan putuskan jurucakap dan 'back-up' (mahasiswa) untuk ke persidangan dan perhimpunan itu daripada kalangan mahasiswa yang mengambil bahagian dalam Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 2013 hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penangguhan PEMANAS 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Sebelum ini, hanya seorang wakil mahasiswa dari Kelab UMNO Luar negara diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Persidangan sehari itu dihadiri seramai 150 perwakilan mahasiswa dari dalam dan luar negara dan ia diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga Sabtu.

Pada persidangan berkonsepkan ala Parlimen itu, sebanyak 36 usul diluluskan merangkumi 10 usul ekonomi, 10 politik, sembilan agama dan tujuh pendidikan.

Razali berkata semua usul tersebut akan diagihkan kepada jurucakap yang dipilih untuk dibangkitkan semasa persidangan sayap dan Perhimpunan Agung UMNO.

"Wakil (jurucakap) yang bakal dipilih hanya mampu membangkitkan usul itu, bagaimanapun ia terserah kepada perwakilan untuk menerimanya," katanya.

Razali juga berpuas hati dengan perjalanan persidangan PEMANAS 2013 dan tidak menolak kemungkinan ia akan menjadi acara wajib perhimpunan pada masa depan. - SUMBER

VIDEO:

Temuramah Tun Faisal yang dijemput sebagai moderator antara delegasi persidangan dan pakar bidang berkongsi harapan beliau untuk Persidangan Mahasiswa untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ini:


Reaksi Pemerhati:



PERHIMPUNAN AGUNG AUMNO 2013 - SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PERWAKILAN!!

Saturday, November 30, 2013

#MahasiswaNasional: CETUSAN IDEA @RazaliIbrahim YANG #MeremajakanUMNO @shaberyc @tunfaisal

“Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa”

Jangan lupa bahawa esok merupakan hari berlangsungnya Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 yang akan diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC. 
Persidangan Mahasiswa Nasional ini adalah usaha Datuk Razali Ibrahim (Pengerusi Biro IPT UMNO) agar dapat membentuk 'bakal pemimpin' yang berkreadibiliti.

PROMO VIDEO PERSIDANGAN MAHASISWA NASIONAL 2013:


ENTRI SEBELUM INI: #MahasiswaNasional: INTIPATI PENTING YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH SEMUA!! SEBARKAN!!

Meremajakan UMNO - Selaras dengan tema yang dibawakan, "Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa". Ruang yang luas diberikan kepada pemimpin mahasiswa untuk bersuara. Ini secara amnya dapat memberikan nafas baru kepada corak politik negara kita. 

RINGKASAN

Berikut adalah serba-serbi ringkasan mengenai Persidangan Mahasiswa Nasional 2013. Diharap dengan ringkasan ini , pembaca lebih memahami apakah output yang bakal diberikannya kepada barisan kepimpinan mahasiswa ini. 
  1. Anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO.
  2. Seramai 75 pemimpin mahasiswa dari universiti di 14 buah negara dan 75 pemimpin mahasiswa dari semua universiti (IPTA Tempatan) akan menyertai persidangan ini.
  3. Diadakan sebagai inisiatif kepada para pemimpin muda berdiskusi atau berbahas untuk membawa usul-usul ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.


MENGAPA PERSIDANGAN INI MENGGUNAKAN FORMAT ALA PARLIMEN DAN JAWATANKUASA PILIHAN KHAS (SELECT COMMITTEE)?

Format ala Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee) digunakan adalah bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa kepada asas perdebatan dalam Parlimen, selain mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda serta secara tak langsung dapat melatih mereka agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.

  1. Memberi pendedahan kepada Mahasiswa Nasional kepada asas perdebatan dalam Parlimen;
  2. Mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda di kalangan Mahasiswa Nasional
  3. Melatih Mahasiswa Nasional agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.


peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :

i. Politik - “Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14.”

ii. Ekonomi - “Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara.”

iii. Agama - “Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah.”

iv. Pendidikan - “Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan.”

MY SLIDESHARE UPLOAD